tugas valuer rumah

Jika anda ingin membuat pinjaman perumahan anda pasti diminta oleh pihak bank untuk kena sediakan valuation report, kali ini kita lihat apakah tugas tugas valuer rumah.

Valuer ataupun dalam Bahasa Melayu adalah bermaksud penilai. Dalam sektor penilaian hartanah ia dikenali sebagai penilai hartanah.

Apakah tugas penilai hartanah?

Ini adalah antara tugas utama mereka di dalam bidang ini:

Menentukan nilai sesuatu hartanah mengikut pasaran semasa (menilai semua jenis tanah dan bangunan yang ada dalam dunia ini).

Menentukan harga atau kadar sewa sesuatu hartanah

Membuat kajian kemungkinan pasaran (feasibility studies)

Bagaimanakah nak jadi penilai hartanah?

Untuk menjadi penilai hartanah anda boleh mengambil kursus Pengurusan Hartanah di dalam negara.

Dua buah yang ada menawarkan program pengurusan hartanah adalah Universiti Teknologi Mara UiTM dan Universiti Teknologi Malaysia UTM.

Program ini ada menyediakan daripada peringkat diploma dan juga ijazah.

Jurusan dalam bidang pengurusan hartanah, antara kerjaya utama yang boleh mereka lakukan adalah menjadi Penilai Hartanah, Ejen Hartanah dan juga Eksekutif Bangunan.

Penilaian rumah untuk dijual.

Antara keperluan utama ketika hendak jual beli rumah adalah melakukan penilaian rumah oleh bank.

Bank akan melantik valuer swasta untuk melakukan penilaian. Untuk tujuan ini, pembeli yang kena bayar fee laporan penilaian.

Laporan penilaian diperlukan adalah bagi membuktikan harga rumah tersebut adalah pada harga pasaran untuk menyokong sebarang kelulusan permohonan loan.

Rumah subsale yang biasanya perlu buat laporan penilaian, rumah dalam pembinaan tidak perlukan laporan ini.

Penilai yang dilantik akan memberitahu tuan rumah bila dia boleh buat lawat periksa rumah (inspection) untuk setkan masa.

Penilai akan ambil gambar, ukur ukuran rumah dan balik untuk sediakan laporan untuk diserahkan kepada bank.

Berapa gaji penilai hartanah?

Melihat kepada portal Jobstreet gaji yang ditawarkan untuk menjadi valuer property adalah antara RM 1500 ke RM 1800.

Jika berpengalaman gaji boleh meningkat lagi.

Gaji adalah tidak sama mengikut negeri dan juga bergantung atas sesuatu syarikat itu sendiri.

Selain daripada gaji asas ada juga pendapatan lain seperti komisen, claim mileage ketika pergi buat inspection dan lain lain lagi.

Manakala jika bekerja kerajaan mereka mengikut gred Gaji W.

Jenis penilai hartanah.

Penilai hartanah terbahagi kepada dua iaitu penilai swasta dan penilai kerajaan.

Penilai swasta bekerja dengan syarikat penilaian hartanah swasta berdaftar manakala penilai hartanah kerajaan bekerja di bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta ( JPPH)

Dan satu lagi tempat dimana ada jawatan penilaian hartanah ini adalah bekerja dengan Pihak Berkuasa Tempatan ataupun Majlis Daerah.

Penilaian kerajaan hanya buat nilaian asset kerajaan sahaja dan juga ada buat penilaian bagi kakitangan kerajaan yang ingin membeli rumah dengan LPPSA.

Semua mereka ini tertakluk undang undang di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH)

Berapa kos atau yuran penilaian rumah?

Fee, kos, ataupun yuran menyediakan laporan penilain hartanah adalah seperti berikut seperti yang terdapat di dalam website Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH).

Lebih tinggi nilai rumah lebih tinggi nilai bayaran yuran. Kiraan sebenar anda perlu semak dengan syarikat anda berurusan.

Senarai syarikat penilaian hartanah

Untuk dapatkan senarai syarikat penilaian yang berdaftar anda boleh buat carian di sini.

Klik link ini untuk ke website LPPH http://search.lppeh.gov.my/

Kemudian klik “Search for Firm”

Pada bahagian “Type” pilih “Valuer” atau “Valuer & Estate Agency”

Pilih “Negeri”

Kemudian tekan butang “Search”

Carian akan paparkan semua maklumat syarikat penilaian hartanah berdaftar yang ada sekitar negeri anda.

Selain itu anda juga boleh buat carian di Google juga.

Diharapkan anda dapat faham secara ringkas tentang tugas valuer rumah dan juga info info tambahan berkaitan kerjaya di dalam bidang ini.

Jika Dah Dapat Rumah Baru Tapi Bilakah Kena Bayar Cukai Pintu?

Related Posts