Nak bina rumah atas tanah orang lain boleh ke sesuka hati kita nak buat macam tu.
Rumah adalah satu keperluan asas yang bagi setiap manusia di atas dunia ini.
Semua orang perlukan rumah untuk dijadikan tempat tinggal dan berteduh siang dan malam bersama keluarga.
Impian seseorang ketika hidup sebolehnya memang nak ada rumah sekurang kurangnya sebuah untuk kita tinggal di dalam nya.
Rumah boleh diperolehi sama ada dengan membeli ataupun boleh diperolehi dengan mewarisi harta pusaka daripada keturunan.
Kalau bernasib baik ada yang dapat hadiah rumah tanpa perlu beli atau mewarisi daripada ayah dan emak.
Namun kali ini kita hendak berkongsi tentang satu perkara iaitu berkenaan isu membina rumah atas tanah orang lain apakah kesan dan masalah yang boleh berlaku.
Tidak Boleh Bina
Jawapan yang secara tepat jika ada yang bertanya adakah boleh bina rumah atas tanah orang lain, jawapannya ialah tidak boleh sama sekali.
Jika anda membina rumah diatas tanah orang lain anda telah melakukan kesalahan dan melanggar undang undang.
Anda boleh dikenakan hukuman penjara dan ditangkap polis jika tuan tanah membuat laporan.
Kita hanya boleh buat rumah atas tanah orang hanya jika diberikan izin oleh tuan tanah.
Dapatkan Keizinan
Jika anda berhasrat nak buat rumah diatas tanah orang lain langkah pertama adalah kena minta izin daripada tuan tanah terlebih dahulu.
Selepas meminta izin dan jika tuan tanah berikan kebenaran barulah anda boleh buat rumah.
Tidak kira siapa tuan tanah tersebut sama ada adik beradik, sedara mara atau sahabat kita, selagi mana tanah tersebut bertuan maka wajib kita kena minta izin jika nak buat rumah.
Kalau zaman dahulu orang hanya beri izin dan berjanji dengan hanya menggunakan mulut sahaja sebab percaya kepada pihak masing masing.
Namun zaman sekarang dah tak sesuai.
Setiap janji atau keizinan perlulah ada dokumen untuk dipersetujui oleh kedua dua belah pihak.
Risiko Timbul Masalah
Banyak sudah yang berlaku pertikaman lidah dan perebutan kuasa berlaku apabila mak ayah dah meninggal.
Tiba tiba anak anak buat tuntutan ke atas tanah tersebut sebab mereka dah dapat bahagian faraid.
Bayangkan jika tanah yang anak anak simati tuntut ada rumah yang dibina dengan persetujuan ayahnya ketika hidup tapi hanya dengan janji mulut sahaja.
Maka anak anak yang tuntut tapak tanah tu boleh halau pemilik rumah tersebut bila bila masa sahaja sebab tidak bukti yang boleh ditunjukkan bahawa dia sudah mendapat kebenaran daripada simati.
Begitu juga jika anda ada tanah. Bayangkan tiba tiba ada orang datang nak buat rumah di atas tanah anda tanpa kebenaran.
Anda tinggal jauh daripada tanah tu dan tiada siapa yang uruskan untuk tengok apa yang berlaku kepada tanah tu.
Jadi bila tiba tiba anda nak melawat tanah anda tengok ada orang buat rumah, anda rasa macam mana.
Mesti anda rasa marahkan sebab ada penceroboh dah bina rumah tanpa kebenaran anda.
Begitulah juga orang lain yang ada tanah akan rasa apabila ada orang yang bina rumah di atas tanah mereka tanpa kebenaran.
Hal hal tanah ini tidak boleh dibuat main, bukan sahaja boleh berlaku pergaduhan malahan boleh berlaku pembunuhan.
Banyak sudah berita berita yang kita dengar tentang hal perebutan tanah ini dalam berita semasa.
Jadi anda sebagai orang yang faham janglah mencari masalah kalau nak buat rumah sekalipun.
Dalam Islam pun jelas telah jelaskan jangan kita ambil hak orang lain tanpa izin.
Penutup
Jadi dalam isu ini jika ada orang bina rumah atas tanah orang lain tanpa keizinan daripada tuan tanah maka dia tekah mengambil hak orang lain tanpa kebenaran.
Dalam Islam pun telah diajar tentang perbuatan begini adalah dosa.
Sekiranya anda ingin buat rumah atas tanah orang lain juga pastikan anda meminta izin terlebih dahulu kepada tuan tanah.
Freehold vs Leasehold Manakah Yang Lebih Bagus
Membina rumah atas tanah orang lain tanpa kebenaran boleh mengakibatkan pelbagai masalah undang-undang dan sivil. Pemilik tanah boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melakukan pembinaan tanpa kebenaran, termasuk menuntut ganti rugi dan meminta pembongkaran struktur yang tidak sah.
Ya, seseorang boleh membina rumah atas tanah orang lain dengan kebenaran pemilik tanah melalui perjanjian sewa tanah atau persetujuan bertulis lain. Perjanjian ini biasanya merangkumi syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak dan perlu dipatuhi.