Freehold vs Leasehold Manakah Yang Lebih Bagus

freehold vs leasehold

Freehold vs leasehold pening la tak tahu nak pilih yang mana satu yang lebih baik jika ingin membeli rumah.

Bagi yang baru dalam bidang hartanah atau baru nak mula membeli rumah pasti anda nak tahu mana satu jenis pemilikan yang terbaik untuk anda pilih.

Pastinya anda keliru jika mendengar istilah istilah ini kerana anda langsung tidak pernah dengar dan tidak pernah belajar.

Jadi bila sampai masa anda nak beli rumah anda akan mendengar dua istilah ini jika anda bertemu dengan pemaju untuk membeli rumah.

Di dalam sektor dunia hartanah, ada dua jenis hak pemilikan yang ditawarkan untuk dijadikan pilihan para pembeli hartanah.

Dua jenis pemilikan asas yang ada dalam hartanah adalah pemilikan hartanah freehold dan juga pemilikan hartanah leasehold.

Maksud Freehod dan Leasehold

Maksud pemilikan hartanah adalah seperti berikut:

Jenis PemilikanMaksud Pemilikan
FreeholdHakmilik kekal selama lamanya. Pemilikan hartanah yang boleh di pegang selama lamanya. Tiada had tempoh masa.
LeaseholdHakmilik Pajakan. Pemilikan hartanah yang sementara kerana ada tempoh had masa. Contohnya diberi pemilikan pegangan sementara pajakan selama 99 tahun.

Pegangan Hakmilik

Apakah maksud freehold yang terkandung dalam syarat syarat pemilikan dalam sesuatu geran hartanah.

Maksud freehold adalah hakmilik selama lamanya atau pun dikenali juga sebagai pegangan bebas.

Jadi disini telah dinyatakan dalam geran bahawa hakmilik hartanah tersebut adalah milik selama lamanya tuan punya mengikut nama yang ada dalam geran rumah tersebut.

Selagi mana tiada pindah milik dilakukan selagi itulah tuan punya nama dalam geran akan memilik hartanah tersebut sehinggalah sampai bila bila.

Tidak ada tempoh atau had masa untuk tuan tanah memiliki tanah tersebut dan sesiapa pun tidak boleh ambil daripada pemilik secara tidak sah.

Manakala tanah berstatus Leasehold atau Pajakan tidak boleh dimiliki selama lamanya oleh pemilik.

Ini kerana tanah berstatus pajakan ada had tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja yang membelinya.

Tempoh pajakan yang biasa diberikan adalah paling maksimum 99 tahun, itu apa yang dipraktiskan di Malaysia ini.

Apabila tempoh pajakan semakin berkurang pembeli rumah yang berstatus pajakan ini boleh menambah tempoh pajakan selagi mana dia mahu miliki rumah tersebut.

Pembeli kena buat permohonan kepada pejabat tanah untuk membuat tambahan tempoh pajakan dan pejabat tanah akan kirakan berapa jumlah premium yang perlu dibayar untuk tambah tempoh pajakan.

Itulah perkara yang tak bestnya apabila anda membeli rumah yang berstatus pajakan ini.

Katakan nyawa anda panjang sebagai contohnya.

Masa anda beli rumah tu tempoh pajakan adalah 99 tahun, tetapi apabila dah duduk lama sampai tempoh pajakan kurang daripada 30 tahun anda nak kena buat permohonan untuk tambah tempoh pajakan pula.

Cuba bayangkan anda dah beli rumah kemudian bayar bulan bulan hutang kepada bank, kemudian apabila tempoh pajakan berkurang kena buat bayaran premium lagi kepada pejabat tanah untuk tambah tempoh pajakan.

Jadi ini lah isunya anda terpaksa hadap jika anda membeli rumah dengan status pajakan ini.

Kalau tempoh pajakan masih panjang tidak ada masalah tetapi jika dan sampai bawah 30 tahun pasti nak kena minta tambahan tempoh pajakan jika masih mahu tinggal di dalam rumah itu.

Nilai Pasaran Harga

Dari segi nilai pasaran harga antara dua jenis hakmilik ini sudah tentu ada perbezaannya.

Hartanah status freehold hakmilik kekal selama lamanya harganya lebih tinggi berbanding dengan harga hartanah berstatus leasehold pajakan.

Perbezaan harga ini berlaku kerana hartanah status leasehold tempoh pegangannya semakin berkurang dari hari ke hari walaupun didirikan rumah jenis yang sama antara tanah freehold dan leasehold.

Manakala hartanah status freehold tidak ada tempoh pegangan sebab itu harga dia tidak terkesan dengan masalah berbanding dengan pegangan leasehold.

Jika anda beli rumah baru yang berstatus tanah pajakan harganya mungkin lebih kurang sama ataupun jika ada beza adalah tidak jauh sangat kerana ia rumah baru.

Selepas anda duduk lama barulah perubahan nilai harga itu berlaku sebab tempoh leasehold semakin berkurangan.

Kemudahan Pinjaman Perumahan

Daripada sudut kemudahan pinjaman perumahan pula bank lebih mudah memberi pinjaman perumahan kepada hartanah freehold berbanding dengan hartanah leasehold.

Hartanah freehold tidak ada tempoh pajakan sebab itu bank lebih mudah memberi pinjaman perumahan kepada hartanah jenis ini.

Jika hartanah leasehold pula jika tempoh pajakan masih banyak dan masih ada lebih 60 tahun, bank tidak ada masalah untuk memberi pinjaman perumahan.

Namun akan ada masalah untuk medapat pinjaman perumahan daripada bank jika tempoh pajakan sudah tinggal 33 tahun ke bawah.

Jadi jika ini berlaku maka anda terpaksa pohon ke pejabat tanah untuk tambah tempoh pajakan (leasaehold) dan terpaksa bayar premium lagi.

Lepas dah lulus untuk tambah tempoh pajakan barulah boleh buat permohonan pinjaman perumahan kepada bank.

Permintaan Pasaran

Daripada segi permintaan dalam pasaran pula semestinya hartanah yang berstatus freehold akan dapat lebih permintaan berbanding hartanah berstatus leasehold.

Bakal pemilik rumah semestinya mahukan rumah dan tanah mereka boleh dimiliki selamanya lamnya selagi mana mereka masih hidup tanpa perlu bayar tambahan premium untuk tambah tempoh pajakan.

Namun jika lokasi sesuatu hartanah itu bagus walaupun berstatus leasehold tetap ada permintaan dan orang akan beli disebabkan faktor lokasi yang bagus.

Freehold Bukan Bermaksud Non Malay Rezab

Ya betul tu, freehold bukan bermaksud Non Malay Rezab.

Inilah salah faham sampai sekarang orang salah faham.

Freehold maksudnya adalah hakmilik selama lamanya.

Leasehold bermaksud pajakan bertempoh.

Malay Rezab bermaksud hanya boleh dibeli oleh orang melayu sahaja.

Non Malay Rezab boleh dibeli oleh semua kaum warga negara Malaysia.

Bumiputra Lot hanya boleh dibeli oleh bumiputra sahaja.

Jadi anda kena fahamkan istilah istilah ini supaya senang dan kita tidak peing kepala nanti.

Dalam artikel ini, kita akan melihat maklumat yang berkaitan antara dua jenis pegangan hartanah ini untuk kita memahami dengan lebih jelas lagi.

Kefahaman ini bagus untuk anda ada supaya dapat memilih hartanah mana yang sesuai dengan anda dan yang mana lebih bagus.

Kesimpulan

Jadi sebagai penutup untuk isu kelebihan dan kekurangan freehold vs leasehold ini terletak pada pandangan masing masing.

Tujuan pembelian rumah atau hartanah lain adalah hak masing masing individu.

Cuma setelah perbandingan dibuat antara hartanah freehold dan leasehold ini, ada kelebihan bagi tanah yang berstatus freehold berbanding dengan leasehold seperti yang dihuraikan di atas.

Oleh itu anda selepas ini jika nak beli rumah atau hartanah lain, terlebih dahulu fahamkan jenis hakmilik hartanah tersebut terlebih dahulu supaya tidak timbul masalah di masa hadapan selepas pembelian dilakukan.

Nak info seterusnya Punca Harga Rumah Mahal di Malaysia

Manakah yang lebih baik, hartanah freehold atau leasehold?

Keutamaan bergantung kepada keperluan dan keadaan individu. Hartanah freehold biasanya dianggap lebih bernilai kerana hak milik kekal, manakala hartanah leasehold mungkin menawarkan nilai yang lebih rendah tetapi dengan kos pemilikan yang lebih rendah.

Apakah kelebihan hartanah freehold?

Kelebihan hartanah freehold termasuk kestabilan pemilikan tanah, tiada had masa, kebebasan untuk membuat perubahan pada hartanah, serta nilai yang lebih tinggi dalam jangka panjang.

Apakah kelebihan hartanah leasehold?

Kelebihan hartanah leasehold termasuk kos pemilikan yang mungkin lebih rendah, fleksibiliti dalam jangka pendek, dan penyelenggaraan tanah dan bangunan yang diuruskan oleh pemilik tanah asal.

Related Posts