bolehkah blacklist jadi penjamin

Ada yang bertanya bolehkah blacklist jadi penjamin untuk membuat apa apa pinjaman daripada bank.

Dalam erti kata yang lain penjamin ini bermaskud sebagai guarantor kepada orang yang membuat pinjaman.

Kaedah membuat pinjaman dengan menggunakan penjamin adalah kaedah yang dipraktiskan oleh institusi kewangan bagi meluluskan pinjaman.

Penggunaan penjamin dalam memohon pinjaman adalah disebabkan gaji pemohoon iti sendiri tidak lepas untuk buat loan dengan bank.

Jadi jika pemohon mahu juga buat loan atau luluskan loan maka dia kena sediakan penjamin untuk menyokong pinjaman yang dilakukan olehnya.

Siapakah Penjamin

Penjamin adalah individu atau entiti yang bertanggung jawab untuk membayar pinjaman jika peminjam utama gagal melakukan pembayaran.

Jadi apabila peminjam utama lari daripada membayar loan setiap bulan maka bank akan cari penjamin ini untuk sambung loan bagi pihak peminjan utama.

Inilah masalah yang berlaku apabila peminjam utama tak bayar loan maka bank akan ligan penjamin untuk tuntut hutang.

Orang lain yang buat loan lepas tak bayar orang lain pulak kena tolong bayarkan.

Memang kes aniaya kalau kena macam ni. Tu sebab kalau nak jadi penjamin anda kena fikir masak masak sebelum nak buat keputusan.

Bagaimana Blacklist Boleh Berlaku

Bila dah tak bayar hutang dalam tempoh dan dengan jumlah hutang tertentu maka nama akan dimasukkan dalam status bankrap oleh jabatan insolvensi.

Disinilah nama akan kena blacklist nak buat pinjaman apa pun tak boleh.

Orang yang kena bankrap dan blacklist perlu selesaikan hutang yang jadualnya diaturkan oleh pihak insolvensi sampai selesai barulah nama akan dibersihkan dari status bankrap.

Jadi bolehkah blacklist jadi penjamin?

Jawapan yang paling tepat adalah tidak boleh.

Ini adalah kerana nama yang nak jadi penjamin tersebut telah masuk dalam status blacklist.

Bank akan semak semua data orang yang nak jadi penjamin seperti mereka semak data ke atas peminjam utama.

Bank akan semak semua sudut seperti pendapatan, rekod CCRIS, dan semua aspek kewangan bagi orang yang nak jadi penjamin.

Bank juga akan tengok pendapatan bersih penjamin selepas tengok semua hutang, jika tak lepas memang tak boleh jadi penjamin walaupun tidak blacklist.

Tanggungjawab penjamin dengan peminjam utama adalah lebih kurang sama iaitu akan kena bayar hutang.

Jadi bank akan semak secara terperinci latarbelakang kewangan peminjam utama dan juga penjamin.

Orang yang pernah jadi blacklist boleh jadi penjamin jika namanya telah dibersihkan dalam sistem kebankrapan.

Jadi mahu tak mahu orang yang blackist ini kena berusaha untuk langsaikan hutang yang tertunggak terlebih dahulu supaya nama dia dapat dibersihkan.

Ambil Peringatan

Jadi anda kena beringat jika nak jadi penjamin atau nak cari penjamin.

Kalau nak jadi penjamin risiko utama menjadi penjamin adalah anda harus membayar hutang jika peminjam utama gagal melakukannya.

Manakala cara nak pilih penjamin pula adalah dengan pilih bakal penjamin yang memiliki reputasi kewangan yang baik, pendapatan yang kukuh dan yang paling penting memiliki kepercayaan dalam kemampuan peminjam utama untuk membayar hutang.

Biasanya penjamin ini adalah kena saling mempercayai antara satu sama lain.

Hubungan antara seseorang adalah individu adalah faktor penting untuk menjadi penjamin.

Biasanya orang yang guna penjamin ini ada pertalian yang dekat seperti anak dan ayah, adik dan abang ataupun suami isteri.

Jadi kalau tak kenal atau tak rapat eloklah jangan jadi penjamin yer supaya tidak menempah masa depan yang gelap.

Cara Mengeluarkan Duit Kwsp Kalau Sudah Muflis

Bagaimana seseorang boleh terdapat dalam senarai hitam?

Seseorang boleh terdapat dalam senarai hitam jika mereka gagal mematuhi perjanjian kewangan seperti tidak membayar pinjaman, gagal membuat bayaran kad kredit, atau terlibat dalam aktiviti yang bertentangan dengan syarat-syarat perjanjian.

Apakah kesan terdapat dalam senarai hitam?

Terdapat dalam senarai hitam boleh menyebabkan pelbagai kesan termasuk penolakan permohonan pinjaman, kad kredit, atau perkhidmatan kewangan lain. Ia juga boleh menyebabkan penurunan skor kredit, menyukarkan akses kepada perkhidmatan kewangan, atau meningkatkan kos pinjaman.

Related Posts