Selalu kita bercakap tentang rumah sahaja namun kali ini kita lihat pula kepada pertanyaan sama ada bolehkah buat loan beli tanah dengan bank di negara Malaysia ini.
Apabila bercakap tentang hartanah maka ia melingkupi dua perkara iaitu tanah dan bangunan. Gabungan tanah dan bangunan inilah yang memberi maksud kepada hartanah.
Selain buat loan untuk membeli rumah tidak ketinggalan juga rakyat di negara ini boleh membeli tanah pertanian dengan menggunakan pinjaman loan daripada bank tapi bagaimanakah cara beli tanah guna loan bank?
Kali ini kita fokuskan kepada pembelian tanah syarat pertanian.
Loan bagi membeli tanah pertanian ini biasanya di pelopori oleh Agrobank yang dulu dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia Berhad (Bank Pertanian).
Bank inilah yang banyak menawarkan loan kepada orang ramai bagi membuat pembelian tanah pertanian.
Biasanya tanah pertanian di dalam Malaysia ini adalah seperti tanah sawah padi, getah, kelapa sawit, dusun dan lain lain lagi.
Pihak Agrobank membuka kemudahan loan bagi pembelian tanah ini kepada pekerja kerajaan mahupun swasta serta yang bekerja sendiri untuk tujuan tersebut.
Bagi sesiapa yang mempunyai kelayakan gaji yang sesuai dengan harga belian tanah tersebut maka bolehlah untuk masuk mencuba produk agro bank loan beli tanah ini.
Cara Beli Tanah Pertanian Guna Loan Bank
Pembelian tanah ini adalah boleh dilakukan samaada
- Pembeli terus membeli daripada pihak tuan tanah (penjual)
- Pembeli membeli tanah melalui lelongan awam
- Pembeli ingin membeli tanah yang dilelong sendiri oleh pihak Agrobank (Bank Pertanian Malaysia Berhad)
Ciri ciri tanah pertanian yang hendak dibeli hendaklah:
- Tanah yang mempunyai hak milik geran individu yang yang sah.
- Tanah mempunyai banyak nama tetapi mempunyai hakmilik geran yang sah.
Kelebihan Pakej Pinjaman
Antara kelebihan membuat loan bagi membeli tanah pertanian dengan Agrobank dengan skim yang sedia ada ini antaranya ialah:
Margin Loan | -Had Margin Loan adalah sebanyak maksimum 90% daripada Nilai Tanah yang ingin dibeli mengikut had kelayakan pemohon. -10% baki harga jualan anda kena sediakan deposit dan bayar kepada pemilik tanah yang menjual tanah kepada anda. -Jika tidak layak sehingga margin 90% maka bank akan bagi margin loan mengikut kadar kelayakan pemohon. |
Tempoh Masa Bayaran Balik Loan | Tempoh paling maksimum adalah 240 bulan (20 tahun) atau sampailah umur pemohon 60 tahun pada tarikh matang loan (atau mana-mana yang lebih awal). |
Kadar Interest | Kadar adalah bermula daripada Kadar Asas Standard (KAS) + 4.70% setahun atas baki bulanan. Untuk kadar semasa sila rujuk Agrobank |
Yuran dan Caj caj Lain | -Bayaran Duti Setem, Caj Guaman Pindahmilik, Fee Broker -Fee dan caj adalah tertaluk kepada SST 6% jika berkaitan. |
Sumber Agrobank
Penyelesaian Kepada Para Bakal Pembeli
Jadi anda tidak perlu risau lagi sekarang jika berminat untuk beli tanah pertanian maka anda boleh buat loan jika ingin membelinya.
Tidak kisah berapa luas tanah syarat pertanian yang anda ingin beli, yang penting anda tahu berapa kelayakn anda.
Mungkin anda orang yang jenis tidak minat beli rumah banyak banyak, maka apa kata anda beli tanah pertanian sebagai aset anda untuk masa hadapan.
Jadi nanti mungkin lepas bersara atau pencen boleh jadikan tanah pertanian tersebut untuk kerjaya anda nanti pada masa tersebut jika tidak mahu duduk rumah sahaja pada waktu itu.
Jadi sekarang anda dah boleh tengok tengok mana mana tanah yang anda berkenan yang sedang dijual, kalau ada rezeki boleh beli satu nanti.
Proses lebih kurang sama sahaja sebab tanah dan rumah juga dikira sebagai property ataupun hartanah.
Tidak semua bank sediakan perkhidmatan pinjaman untuk beli tanah anda kena buat survey terlebih dahulu.