Kalkulator Dan Jadual Ukuran Keluasan Tanah

ukuran keluasan tanah

Kalkulator Kira Keluasan Tanah

Pertukaran dalam unit:

  • Hektar
  • Ekar
  • Relong
  • Meter Persegi
  • Kaki Persegi
Kalkulator Ukuran Tanah

Unit Utama - Hektar


Unit Utama - Ekar


Unit Utama - Relong


Unit Utama - Meter Persegi


Unit Utama - Kaki Persegi


Di sini saya kongsikan jadual ukuran keluasan tanah bagi anda yang ingin kira sendiri luas di dalam geran.

Dalam jadual ini anda tak perlu tahu semua jenis jenis ukuran, hanya ambil tahu yang perlu sahaja.

Unit Ukuran Luas Tanah

LUAS  
1 EKAR=4 ROOD
  160 POLE
  43,560 KAKI PERSEGI
  100,000 LINK
  1.40625 RELONG
  0.404686 HEKTAR
  4046.86 METER PERSEGI
   
1 BATU=640 EKAR
  900 RELONG
  258.9988 HEKTAR
  2.589988 KILO METER
   
1 KM=247.105163 EKAR
   
1 HEKTAR=2.471054 EKAR
  10,000 METER PERSEGI
  107,639.11 KAKI PERSEGI
  247,105.4 LINK
  3.473 RELONG
   
1 ROOD=40 POLE
  1,011.714 METER PERSEGI
  10890 KAKI PERSEGI
  25,000 LINK
   
1 POLE=272.25 KAKI PERSEGI
  625 LINK
  25.29288 METER PERSEGI
   
1 RELONG=484 JEMBA
  0.71111 EKAR
  71,111.1111 LINK
  30976 KAKI PERSEGI
  2,877.767 METER PERSEGI
   
1 JEMBA=64 KAKI PERSEGI
  5.9458 METER PERSEGI
  146.9238 LINK
   
1 METER PERSEGI=10.7639 KAKI PERSEGI
  24.7105 LINK
   
1 KAKI PERSEGI=0.0929 METER PERSEGI
   
1 LINK=0.4356 KAKI PERSEGI
   
1 METER PERSEGI=1.308 ELA
Jadual 1: Ukuran Luas Tanah

Bagi kebanyakkan pengiraan bagi mendapatkan keluasan tanah terutama sekali untuk ukuran luas tanah bagi rumah biasanya kita hanya menggunakan Meter Persegi dan Kaki Persegi sahaja.

Bagi tanah pertanian pula seperti getah, bendang atau sawit perlu gunakan ukuran antaranya seperti hektar, ekar, relong, jemba, meter persegi dan juga kaki persegi.

Ok kita lihat bagaimana nak guna jadual di bawah.

Kiraan Keluasan Tanah Bagi Rumah

Biasanya bagi rumah taman atau projek pemaju, dalam geran biasanya akan guna ukuran meter persegi (MP) di dalam geran.

Anda boleh semak geran anda berapa ukuran luas tanah rumah anda.

Kemudian lihat jadual di bawah.

Untuk ukuran luas Meter Persegi kepada Kaki Persegi adalah bersamaan

1 Meter Persegi = 10.7639 Kaki Persegi

Sebagai contoh jika luas rumah anda adalah 110 meter persegi kiraannya adalah seperti berikut:

110 meter persegiX 10.7639 kaki persegi= 1,184.029 kaki persegi

Biasanya untuk pengiraan kita akan bundarkan menjadi hanya 1,188 kaki persegi sahaja.

Jika harga tanah rumah kediaman jenis anda adalah RM 80 sekaki persegi maka:

1,188 kaki persegiX RM 80= RM 95,040

Kesimpulannya harga tanah bagi rumah anda adalah RM 95,040 keseluruhannya. Ini harga tanah sahaja belum lagi termasuk dengan harga bangunan rumah.

Kalau nak dapatkan nilai keseluruhan sesuatu hartanah maka hanya perlu tambah harga tanah dengan harga rumah, maka dapatlah nilai keseluruhan.

ukuran tanah
Ukuran Tanah

Pengiraan Luas Tanah Pertanian

Tadi kita dah tengok contoh nak kira harga tanah bagi kediaman kali ini kita lihat pula cara kira luas tanah dalam geran jenis pertanian.

pengiraan luas tanah pertanian

Sebagai contoh kita kira ukuran luas tanah hektar kepada ekar?

Dengan merujuk jadual di atas maka 1 hektar persegi = 2.471 ekar persegi

Kalau nak tukar kepada relung pula adalah 1 hektar = 3.473 relong

Kalau nak tukar keluasan relung kepada kaki pula adalah : 1 relung = 30976 kaki persegi

Anda semak geran tanah pertanian anda berapa hektar atau ekar, kemudian kirakan seperti di atas.

Begitulah cara ingin menggunakan formula untuk ukur keluasan ini.

Jadual di bawah pula adalah untuk kira panjang. ini adalah sebagi tambahan untuk rujukan anda semua jika ada keperluaan untuk digunakan pada masa hadapan.

Nota penting: keluasan relung adalah tidak sama bagi beberapa buah negeri, anda kena rujuk dengan Pejabat Tanah Daerah untuk info lanjut.

Unit Ukuran Panjang Tanah

PANJANG  
1 BATU=1.609344 KM
  30 RELONG
  80 RANTAI
  1609.344 METER
  1760 ELA
  5280 KAKI
  8000 LINK
  63360 INCI
   
1 RANTAI=100 LINK
  22 ELA
  66 KAKI
  20.1168 METER
  0.375 RELONG
   
1 RELONG=22 JEMBA
  176 KAKI
  53.6454 METER
  266.666 KAKI
   
   
1 JEMBA=8 KAKI
  2.4384 METER
  12.1212 LINK
  2.666 ELA
   
1 METER=4.97097 LINK
  3.2808 KAKI
  0.4101 JEMBA
  1.0936 ELA
   
1 LINK=7.92 INCI
  0.201168 METER
  0.66 KAKI
   
1 KAKI=12 INCI
  0.3048 METER
  1.51515 LINK
  0.125 JEMBA
Jadual 2: Ukuran Panjang Tanah

Ambil tahu juga tentang Cara Kira Kaki Persegi Rumah Paling Mudah

1 hektar berapa ekar?

Sehektar bersamaan dengan 2.471054 ekar

1 ekar berapa kaki persegi?

Seekar sama dengan 43,560 kaki persegi

1ekar berapa meter?

1 ekar sama luas dengan 4046.86 meter persegi

1 relong berapa kaki persegi?

Serelong adalah sama dengan 30976 kaki persegi

Related Posts