Tahu tak kenapa anda perlu pasang CCTV di rumah jika anda ada budget yang lebih untuk keselematan keluarga anda.
Dalam dunia hari ini sekarang, individu atau pemilik rumah atau perniagaan perlu mengambil langkah langkah yang lebih berkesan dan efektif.
Usaha ini perlu dilakukan untuk melindungi rumah, pejabat, diri mereka, keluarga dan juga pelaburan mereka.
Dengan memasang kamera litar tertutup ini adalah satu idea yang sangat sangat baik.
Ini kerana kamera keselamatan ini boleh membantu merakam semua aktiviti yang berlaku di dalam dan sekitar kawasan tertentu terutama sekali didalam tempat tinggal kita.
CCTV bukan sahaja direka untuk kegunaan luar diluar rumah anda.
Tetapi juga boleh digunakan di dalam rumah untuk melihat aktiviti apa yang berlaku dalam tempoh 24 jam setiap hari.
Sebab itu ramai pemilik rumah dan pemilik perniagaan yang sanggup melaburkan duit untuk memasang CCTV bagi menjaga keselamatan mereka.
5 sebab utama kenapa pemilik rumah atau premis perniagaan perlu pasang CCTV adalah:
Pemantauan Berterusan 24 Jam
Kamera keselamatan (CCTV) ini memberikan atau menyediakan pemantauan berterusan di dalam dan sekitar rumah atau premis perniagaan anda walaupun anda tidak berada di situ.
Keperluan kerja pada zaman ini menyebabkan ramai orang terpaksa tinggalkan rumah setiap hari malahan pada malam hari baru balik kerumah.
Jadi elok sekiranya dengan memasang CCTV membantu anda untuk memantau apa yang berlaku di rumah ketika anda sedang bekerja.
Tak semua orang mampu untuk mengupah security guard untuk menjaga kawasan, jadi dengan adanya CCTV ini dapat membatu anda menjaga keslematan dengan kos yang rendah dan jimat.
Rakaman CCTV Menjadi Bukti Jika Ada Kes Polis
Banyak kita lihat sekarang bagaimana banyak tersebar video video rakaman kes curi yang disebar di media sosial.
Rakaman rakaman tersebut adalah diambil daripada CCTV yang dipasang di rumah ataupun di premis perniagaan mereka.
Malahan sekarang tempat tempat ibadat juga perlu memasang CCTV seperti di masjid masjid kerana terdapat banyak kes kecurian tabung masjid.
Jadi dengan adanya rakaman yang diperolehi melalui CCTV ini maka ianya sangat membantu pihak polis mendapatkan bukti dan menjalankan siasatan lanjut sehingga tertangkapnya pencuri.
Sekiranya kecurian berlaku, penggunaan kamera keselamatan boleh memberikan bukti berharga.
Ini untuk membantu mensabitkan pelaku dan mungkin juga mendapatkan semula barang yang dicuri.
Mengawasi Pengasuh Anak Anak Anda
Kamera keselamatan boleh membantu ibu bapa mengawasi pengasuh anak anak mereka di rumah. Apabila anda meninggalkan anak anda di rumah dan berada dengan pengasuh tidak ada salahnya anda melihat apa yang mereka lakukan di rumah.
Anda juga ambil maklum sekarang ini banyak juga berlaku kes kes penderaan kanak kanak oleh pengasuh yang tidak bertanggung jawab berlaku saban hari.
Jadi inilah antara cara yang boleh anda gunakan unuk menjaga keselamatan anak anak anda di rumah ketika anda berada diluar bekerja.
Mengawasi Anak Anak Anda
Walaupun sekiranya anda tiada pengasuh atau anak anak kecil, anda juga boleh memasang CCTV untuk melihat kegiatan anak anak anda juga.
Mungkin anak anda sudah sekolah ataupun ketika cuti sekolah anda terpaksa meninggalkan anak anak dirumah sedangkan anda perlu bekerja.
Jadi inilah caranya untuk anda lihat anak anak anda daripada tempat kerja anda.
Sebab kadang kadang takut juga macam macam boleh berlaku seperti litar pintas, kebakaran dan sebagainya yang tidak diduga didalam rumah.
Boleh Bercuti Atau Balik Kampung Dengan Tenang
Jadikan usaha ini sebagai ikhtiar anda dengan adanya CCTV ini anda mampu mengawal rumah anda ketika anda berada diluar kawasan.
Sama ada dengan anda pergi bercuti atau balik kampung pada musim perayaan dan meninggalkan rumah kosong tanpa ada orang, sedikit sebanyak dapat membantu anda mengawasi rumah anda dari jarak jauh.
Selain mengharapkan jiran tetangga untuk melihat rumah anda, anda juga boleh boleh awasi dari jauh dengan adanya CCTV ini.
Ada banyak kelebihan jika anda pasang cctv di rumah anda.
Jadi jika anda ada budget yang lebih apa kata anda boleh memikirkan untuk pasang di rumah anda pada hari ini.
Ketahui cara Cara Jimat Elektrik dan juga cara Bagaimana Cara Saya Halau Dan Bunuh Tikus
Anda perlu ada sambungan internet untuk lihat rakaman CCTV rumah anda di telefon jika anda berada diluar.
Boleh pasang sendiri sahaja CCTV jika anda tahu teknik pemasangan, boleh jimatkan duit kalau boleh pasang sendiri.