Borang 14A Cara Menulis Dan Isi Kandungannya

borang 14a

Borang 14a pindah milik adalah satu dokumen yang wajib digunakan jika seseorang itu menjual ataupun membeli apa apa hartanah di dalam negara ini.

Pembeli dan penjual perlu mengisi borang ini bagi tujuan pindah milik atau tukar nama setelah sesuatu jual beli hartanah itu telah dipersetujui dengan sesekian harga.

Borang ini anda boleh dapatkan salinan di mana mana pejabat tanah berhampiran anda ataupun boleh di download secara online di dalam website pejabat tanah negeri.

Kebanyakkan pejabat tanah negeri ada menyediakan kemudahan download borang ini di website mereka.

Pada masa ini jika anda membeli rumah dengan menggunakan perkhidmatan peguam hartanah, mereka akan sediakan borang 14a ini bagi pihak anda.

Panduan Mengisi Borang 14a

Borang 14a ini mengandungi 4 jumlah muka surat kesemuanya dan pembeli serta penjual perlu mengisi maklumat yang diminta sahaja.

Didalam artikel ini contoh tempat anda perlu isi sudah ditandakan dengan tulisan warna MERAH manakala tempat yang anda perlu kosongkan di tandakan dengan warna BIRU.

Mungkin ini bukan contoh borang 14a yang lengkap, namum diharapkan dapat membantu anda serba sedikit bagi yang belum tahu.

Muka surat 1
Muka surat 2
Muka surat 3
Muka surat 4

Pastikan pemohon mengisi borang menggunakan pen dakwat basah warna hitam sahaja.

Tulisan mestilah menggunakan huruf besar sahaja sama ada tulisan tangan ataupun bertaip.

Pembeli dan penjual hartanah hendaklah menandatangani borang dihadapan Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah bagi hakmilik MCL,GMM DAN HMM serta REZAB MELAYU.

Sila bawa semua dokumen dibawah ini semasa sesi tandatangan di Pejabat Tanah :

  • Kad pengenalan asal tuan tanah dan juga pembeli
  • Surat beranak asal pembeli tanah
  • Geran asal hartanah
  • Borang 14A

Selesai pembeli dan pemilik tandatangan di Pejabat Tanah, semua perkara 3 diatas dan borang 14A yang telah tandatangan hendaklah di buat salinan fotostat dan di hantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN) beserta dengan BORANG SEKSYEN 5, untuk proses Duti Setem.

Selepas selesai urusan di LHDN, sila datang ke Pejabat Tanah semula untuk mendaftarkan borang 14A tersebut, sila bawa:

  • Borang asal 14A
  • Salinan sijil beranak penerima
  • Salinan kad pengenalan
  • Geran asal
  • Sijil setem asal dan notis taksiran daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Salinan cukai tanah terkini yang telah dibayar
  • Bayaran pendaftaran (Rujuk pejabat tanah)

Denda lewat boleh/akan dikenakan oleh Pejabat Tanah selepas 3 bulan dari tarikh tandatangan penyaksian BORANG 14A jika tidak selesaikan proses di atas.

Isi Kandungan Borang 14a

MUKA SURAT 1

(N.L.C. 22A-Pin. 2/85)
Kanun Tanah Negara
BORANG 14 A
(Seksyen 215, 217, 218)

PINDAHMILIK TANAH, BAHAGIAN ATAU PAJAKAN
(Setem hendaklah dilekatkan atau pembayaran cukai diperakui-dalam ruang ini)

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT PENDAFTARAN
Ingatan pendaftaran dibuat dalam Dokumen/Dokumen- dokumen Hakmilik Daftar yang dijadualkan di bawah ini mulai dari pukul………………….pada………….haribulan……………… 20…….

T.M.
Pendaftar/Pentadbir Tanah.
Negeri/Daerah….

Fail mengenai-
Jilid…
Folio… Perserahan No.-

Saya………..beralamat di……….
*tuanpunya tanah/bahagian yang tak dipecahkan atas tanah-
*penerima pajak/penerima pajak kecil dalam *pajakan/pajakan kecil- yang diperihalkan dalam Jadual di bawah ini:
*(a) Sebagai balasan jumlah wang sebanyak……………….ringgit yang dengan ini saya mengaku telah terima;
*(b) Sebagai balasan- (Di sini nyatakan balasan (jika lain daripada wang) dan daripada siapa datangnya.)
*(c) Dengan tiada apa-apa balasan;

Dengan ini memindahkan kepada penerima pindahan yang tersebut namanya di bawah ini, segala hakmilik atau kepentingan sebagaimana yang ada pada saya.

Bertarikh pada…………haribulan…………….20………

Tandatangan (atau lain-lain cara penyempurnaan) oleh atau bagi pihak pemindah

MUKA SURAT 2


Di sini masukkan nama penuh dan kelayakan orang yang menyaksikan.

Saya,…………….
dengan ini mengaku bahawa *tandatangan/cap ibujari yang di atas itu telah ditulis/dicapkan di
hadapan saya pada……….haribulan…………………………….20… dan adalah *tandatangan/cap ibujari yang benar bagi-

Di sini masukkan nama orang yang menyempurnakan.

…………………………………………

yang telah mengaku kepada saya-
(i) bahawa dia adalah cukup umur;
*(ii) bahawa dia adalah warganegara Malaysia;
(iii) bahawa dia telah menyempurnakan suratcara ini dengan kerelaan hatinya sendiri; dan
(iv) bahawa dia faham akan kandungan serta natijahnya.

Disaksikan dengan tandatangan saya pada………….haribulan………….20…………

Tandatangan

*Saya,……
beralamat di………
menerima pindahmilik ini.

*Kami,……………….
menerima pindahmilik ini mengenai bahagian-bahagian yang tak dipecahkan atas tanah sebagaimana dinyatakan bersetentangan dengan nama kami di bawah ini-

Nama penerima pindahan , Alamat, Bahagian-bahagian tanah

Tandatangan (atau lain-lain cara penyempurnaan) oleh atau bagi pihak penerima pindahan

MUKA SURAT 3


Saya,…….Di sini masukkan nama penuh dan kelayakan orang yang menyaksikan.
dengan ini mengaku bahawa *tandatangan/cap ibujari yang di atas itu telah ditulis/dicapkan di
hadapan saya pada……………haribulan….20……………dan adalah *tandatangan/cap ibujari yang benar bagi-

…………………………………………. Di sini masukkan nama orang yang menyempurnakan.
yang telah mengaku kepada saya-
(i) bahawa dia adalah cukup umur;
*(ii) bahawa dia adalah warganegara Malaysia;
(iii) bahawa dia telah menyempurnakan suratcara ini dengan kerelaan hatinya sendiri; dan
(iv) bahawa dia faham akan kandungan serta natijahnya.
Disaksikan dengan tandatangan saya pada……haribulan……..20…………

Tandatangan

MUKA SURAT 4

Jika alamat orang yang berhak di bawah suratcara ini ialah di luar Persekutuan maka suatu alamat di dalam Persekutuan untuk penyampaian notis-notis hendaklah ditambah dalam ruangan ini.

———————————

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

*Bandar/Pekan/ MukimNo. *Lot/ Petak/P.T.Jenis dan No. HakmilikBahagian tanah (jika ada)No. Berdaftar *pajakan/pajakan kecil (jika ada)No. Berdaftar gadaian (jika ada)
(1)(2)(3)(4)(5)(6)

Potong sebagaimana yang sesuai

—————————

[Borang ini diterjemahkan oleh Peguam Negara, Malaysia, menurut Pemberitahu Undangan No. 12 tahun 1964-A.G. 3309 S.F. 1; P.T.T.M. 5/65 (4)].
234562-PNMB., K.L.

Kesimpulannya Borang 14 adalah adalah satu dokumen yang wajib diisi jika membeli hartanah bagi tujuan penukaran nama hakmilik di dalam geran.

Dapatkan info tentang Apa Itu Cukai Tanah dan bagaimana nak Semak Cukai Tanah Melaka

Sumber:

  1. https://ptg.ptgps.gov.my/
  2. https://www.pdtmt.gov.my/
  3. http://urusantanahkatperak.blogspot.com/

Borang 14A untuk apa?

Borang ini adalah digunakan untuk tujuan tukar nama hakmilik daripada penjual kepada pembeli oleh pejabat tanah.

Siapa yang perlukan borang 14A ini?

Semua orang yang menjual dan membeli hartanah di dalam Malaysia.

Related Posts