Bagaimana cara nak semak cukai tanah Melaka secara online dan seterusnya melakukan bayaran.

Pihak Pentadbir Tanah Negeri Melaka telah memperkenalkan satu platform online bagi pemilik tanah di negeri itu untuk menyemak dan membuat bayaran cukai tanah.

Platform online tersebut dikenali sebagai Portal Awam E-Tanah Pentadbiran Tanah Negeri Melaka.

Portal online ini boleh dlayari melalui laman http://etanah.melaka.gov.my/

Tujuan utama diwujudkan sistem online E-Tanah ini adalah untuk membangunkan satu sistem pengurusan dan pentadbiran tanah yang tersusun melalui penggunaan komputer sepenuhnya.

Ini adalah untuk tujuan mencapai hasrat kerajaan dalam melaksanakan dasar Kerajaan Elektronik dalam sistem perkhidmatan awam.

Melalui kaedah pelaksanaan e-Tanah ini, para pengguna akan dapat menjimatkan lebih masa apabila berurusan di pejabat-pejabat tanah.

Layari Portal E-Tanah

Bagi membuat semakan cukai tanah Melaka secara online, para pemilik hartanah yang mempunyai hartanah di Melaka anda boleh membuat semakan online sahaja.

1. Layari portal online E-Tanah di http://etanah.melaka.gov.my/

2. Klik pada bahagian “Semakan Cukai”

semak cukai tanah melaka

3. Kemudian pilih jenis Kategori ID untuk membuat carian status semakan sama ada melalui:

  • Nombor akaun
  • Nombor kad pengenalan
  • ID Hakmilik
bil cukai tanah negeri Melaka
Contoh bil cukai tanah negeri Melaka

4. Selepas itu masukkan huruf Captcha yang diberikan, kemudian tekan Submit

5. Hasil semakan cukai tanah anda akan ditunjukkan selepas itu.

Bayar Cukai Tanah Online Negeri Melaka

Selepas anda dah buat semakan cukai tanah anda tadi seterusnya anda boleh buat bayaran terus secara online.

Untuk membuat bayaran bil cukai tanah negeri Melaka anda boleh ikuti langkah langkah berikut.

1. Layari portal online https://melakapay.melaka.gov.my/

2. Klik pada bahagian Daftar. Anda kena daftar sebagai pengguna terlebih dahulu untuk menggunakan sistem melakapay ini.

3. Masukkan maklumat yang diminta.

  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nama penuh
  • Alamat email
  • Nombor telefon
  • Alamat
  • Kata laluan/Password
  • Pengesahan kata laluan

4. Tandakan setuju pada bahagian Terma dan Syarat serta dan Saya Manusia kemudian klik butang Daftar. Selesai pendaftaran

5. Login masuk ke akaun anda dan pilih pada bahagian Bayaran Secara Terus di menu Pautan Pantas

6. Pilih ID Hakmilik atau Nombor Akaun tekan butang Cari. Di sini anda juga boleh semak maklumat cukai tanah anda.

7. Semak maklumat bil cukai tanah anda dan seterusnya anda boleh buat bayaran online dengan menggunakan sistem FPX.

8. Selepas selesai pembayaran cukai tanah anda, resit akan dipaparkan, anda boleh download dan simpan serta boleh dicetak.

9. Selesai buat semakan dan buat pembayaran cukai tanah negeri Melaka secara online sahaja.

Kelebihan menggunakan sistem melakapay ini adalah anda dapat:

  • Melihat paparan bil persendirian.
  • Melihat paparan rekod bayaran yang terdahulu.
  • Rekod simpanan status transaksi akan dihantar melalui emel.
  • Transaksi carian persendirian terdahulu disimpan
  • Mengurus akaun berdaftar
  • Pendaftaran keahlian adalah PERCUMA sahaja.
  • Semua maklumat pengguna yang diberi akan dirahsiakan.

Begitulah bagaimana proses untuk anda yang nak semak cukai tanah di Negeri Melaka dan juga membuat pembayaran.

Lihat juga cara buat Semakan Cukai Tanah Kelantan

Sumber http://etanah.melaka.gov.my/ dan https://melakapay.melaka.gov.my/

Apakah itu cukai tanah?

Apa jua jumlah wang tahunan yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa negeri (PBN) sebagai cukai sewa atau hasil tanah.

Apakah tindakan undang undang yang boleh diambil jika pemilik tidak membayar cukai tanah?

Jika pemilik tanah gagal membayar jumlah tunggakan cukai beserta denda yang dituntut di dalam Notis 6A, maka perintah melucutkanhak di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diteruskan yang mana pemilik tanah akan kehilangan tanah mereka.

Related Posts