Cara Beli Rumah Second Hand Dengan Owner Direct Deal

cara beli rumah second hand dengan owner

Bagaimana cara beli rumah second hand dengan owner yang anda boleh lakukan sendiri walaupun anda tak pandai.

Anda baru nak cari rumah second hand tapi nak beli terus dengan owner rumah tanpa ada bantuan pihak ketiga seperti ejen hartanah.

Mungkin anda ada sebab sebab tersendiri untuk lakukan pembelian rumah ini secara terus.

Namun disini kita akan ceritakan terus apakah langkah yang boleh dilakukan untuk beli rumah secara terus dengan owner.

Tahu Kos Kos Terlibat Beli Rumah

Jika anda nak beli rumah terus direct dengan owner anda kena tahu juga apa kos kos terlibat yang anda perlu sediakan jika ingin membeli rumah.

Antara kos yang terlibat dalam proses membeli rumah adalah:

  • Deposit rumah
  • Yuran guaman
  • Yuran penilaian hartanah
  • Kos tukar nama utiliti seperti elektrik dan air
  • Cukai tanah
  • Cukai pintu
  • Bayaran bulanan rumah
  • Kos pembaikan rumah jika ada kerosakan

Senarai diatas adalah antara kos kos yang akan terlibat jika anda membeli rumah nanti.

Daripada kos kos inilah anda boleh sediakan bajet berapa anda kena ada jika nak beli rumah nanti.

Semak Kelayakan Loan Rumah

Untuk memeriksa kelayakan pinjaman rumah, langkah pertama adalah berjumpa dengan bank atau institusi kewangan yang anda pilih.

Mereka akan memeriksa kelayakan kewangan anda dengan mengambil kira pendapatan bulanan, hutang yang sedia ada, dan skor kredit anda.

Anda perlu menyediakan dokumen seperti penyata gaji, penyata bank, dan sebarang komitmen hutang yang sedia ada.

Selepas maklumat anda dinilai, bank akan memberikan anda maklumat mengenai jumlah pinjaman yang anda layakkan dan kadar faedah yang berkaitan.

Ini akan membantu anda menentukan tahap pembayaran bulanan yang anda mampu. Penting untuk memahami bahawa pemilihan bank dan jenis pinjaman juga mempengaruhi kelayakan dan kos pinjaman anda.

Maka, memeriksa kelayakan pinjaman adalah langkah awal yang bijak sebelum memulakan proses pembelian rumah untuk memastikan anda memahami batasan kewangan anda dan menjadikannya lebih lancar.

Mencari Rumah Second Hand

Mencari rumah yang ingin dijual oleh owner anda boleh lakukan dengan beberapa langkah mudah.

Pertama, gunakan laman web hartanah dalam talian seperti Mudah.my atau PropertyGuru untuk mencari senarai rumah yang sesuai dengan keperluan anda.

Kedua, boleh juga anda cari di dalam media sosial seperti facebook tiktok dan sebagainya.

Tanya juga kepada rakan dan ahli keluarga anda jika mereka mengetahui pemilik yang ingin menjual hartanah.

Terakhir ronda dikawasan yang anda nak beli rumah jika ada papan tanda rumah ingin “Dijual” da dapatkan contact tersebut.

Menghubungi Pemilik

Apabila anda sudah menemui rumah yang sesuai hubungi owner tersebut untuk membuat temujanji untuk melihat rumah.

Anda juga boleh bertanyak harga terlebih dahulu sebelum nak pergi tengok rumah supaya ianya sesuai dengan bajet anda.

Setkan masa untuk berjumpa dengan owner rumah untuk melihat keadaan rumah jika dah anda rasa harga yang dijual tu anda mampu beli.

Lawati Rumah

Setkan masa dengan owner rumah untuk anda tengok rumah tersebut.

Anda perlu tahu dimana lokasi sebenar rumah, bagaimana dengan keadaan sekitar dan kejiranan.

Yang penting adalah melihat keadaan rumah sama ada pada bahagian luar dan dalam untuk pastikan rumah dalam keadaan elok.

Jika ada sebarang kerosakan pada rumah pastikan anda tanya kepada owner supaya anda boleh repair nanti.

Buat Tawaran

Sekiranya anda berminat dengan rumah yang telah dilihat anda boleh buat penawaran kepada owner.

Anda boleh bincang untuk kurangkan harga atau minta harga yang munasabah. Anda boleh cuba mana tahu berjaya.

Pastikan anda menetapkan harga yang munasabah berdasarkan pasaran hartanah semasa dan keadaan rumah.

Bayar Booking

Jika anda dan owner sudah setuju dengan harga yang dibincangkan anda boleh buat bayaran bookin untuk lock rumah tu supaya orang lain tak boleh beli lagi selagi mana anda tak selesai mohon loan rumah.

Buat bayaran booking dan simpan resit bayaran sebagai bukti.

Booking mungkin anda boleh tawarkan buat bayaran sebanyak RM 1000 atau apa yang dipersetujui dengan owner.

Duit booking boleh tuntut balik jika anda dah mohon loan tapi tak lepas.

Masuk Loan Bank

Pada langkah awal tadi anda sudah pun tahu apa yang diperlukan untuk apply loan rumah kepada bank, jadi anda boleh terus pergi kepada bank tersebut untuk submit dokumen.

Sebab itu penting anda tahu dulu berapa kelayakan loan anda supaya anda tahu berapa harga rumah yang anda boleh beli dan berapa bayaran bulanan nak kena bayar nanti.

Sediakan dokumen yang diminta oleh bank bagi anda memohon loan rumah.

Tunggu proses kelulusan loan daripada bank jika lulus anda boleh ke langkah seterusnya.

Lantik Peguam Hartanah

Jika anda membeli rumah secara buat loan bank memang kena lantik peguam untuk uruskan proses pindah milik jual beli rumah.

Ia adalah penting untuk mendapatkan khidmat guaman yang cekap dan pakar untuk membantu anda dalam proses pembelian rumah.

Pihak peguam akan memastikan semua proses jual beli dan tukar hakmilik rumah berjalan lancar.

Jika semua dokumen cukup lengkap dan proses peguam berjalan lancar, mereka akan buatkan kerja mereka sehinggalah nama ditukarkan dalam geran kepada nama anda pembeli rumah yang baru.

Dapatkan Kunci Rumah

Selepas selesai semua proses pindah milik dipejabat tanah dan dengan bank maka proses terakhir adalah untuk anda diberi kunci rumah.

Peguam akan berikan kunci rumah daripada owner asal kepada anda.

Selepas anda dah dapat kunci rumah maka anda dah boleh masuk kerumah yang anda baru beli tadi.

Lepas ini anda dah boleh pindah masuk rumah yang anda beli.

Kesimpulan

Begitulah proses cara beli rumah second hand dengan owner secara terus secara ringkas.

Apa yang penting adalah anda kena ikut langkah langkah tersebut step by step supaya proses membeli rumah lebih tersusun.

Memahami keseluruhan proses tersebut dan kos yang terlibat adalah kunci utama kepada pembelian rumah yang berjaya.

Semoga panduan ini dapat membantu anda mencari rumah sendiri ya.

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membeli rumah terpakai?

Langkah pertama adalah menetapkan bajet dan membuat kajian pasaran untuk mendapatkan rumah yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Selepas itu, anda perlu mencari rumah yang berkenan dan menjalankan pemeriksaan keselamatan dan keadaan hartanah.

Bagaimana cara menilai harga yang adil untuk rumah terpakai?

Anda boleh menilai harga yang adil dengan membandingkan harga rumah tersebut dengan harga pasaran semasa di kawasan yang sama, mempertimbangkan usia, keadaan dan kelengkapan rumah, serta memperoleh penilaian profesional jika perlu.

Related Posts