rumah mampu milik perak

Kerajaan negeri membuka permohonan rumah mampu milik Perak bagi mana mana pemohon yang menetap di negeri ini.

Kerajaan negeri Perak melalui kuasa undang undang yang ada boleh mendirikan rumah rumah mampu milik untuk dimilik oleh rakyat negeri ini.

Melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak adalah sebagai perintis pembangunan perumahan dan hartanah Negeri Perak secara menyeluruh.

Objektif penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak adalah seperti berikut:

  • Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak sebagai peneraju pembangunan perumahan dan hartanah Negeri Perak yang holistik
  • Menyelaras memudah cara dan mengawal selia urusan pembangunan perumahan dan hartanah negeri
  • Menyediakan perumahan dan sistem agihan pemilikan rumah atau hartanah mampu milik berkesan
  • Menjadi pusat rujukan utama maklumat perumahan dan hartanah negeri
  • Menjana kehidupan masyarakat sejahtera dan berkualiti

Projek Projek Perumahan

Banyak projek atau skim perumahan yang dibina oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak di seluruh negeri Perak.

Dengan membina rumah dengan harga yang mampu milik dan sesuai untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memilik rumah di negeri ini.

Antara skim perumahan yang ada adalah:

  • Projek Rumah Perakku
  • Projek Rumah Perwira
  • Projek Perumahan Rakyat PPR

Setiap skim rumah yang ada adalah berbeza harga dan dan jenis pembinaannya.

Rumah-rumah yang ditawarkan oleh LPHP adalah rumah kediaman 3 bilik tidur serta dilengkapi kemudahan 2 bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa.

Harga rumah dijual pada kadar yang mampu dimiliki oleh rakyat

Pemohon boleh memilih mana mana skim perumahan yang sesuai dengan kemampuan mereka.

Syarat Permohonan

Bukan semua orang boleh memohon rumah rumah yang dibina di bawah program rumah mampu milik negeri perak ini.

Ada syarat syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri perak bagi yang layak untuk memohon.

Antara syarat untuk memohon rumah Perakku adalah:

  • pemohon adalah warganegara Malaysia
  • berumur 18 tahun ke atas
  • pemohon adalah orang Perak
  • pemohon belum memiliki rumah
  • pemohon bekerja di Negeri Perak
  • bagi kategori Rumah Perakku 1 (kos rendah), pendapatan isi rumah mesti bawah RM3,860
  • Rumah Perakku 2 (kos sederhana) pendapatan isi rumah bawah RM7,000
  • Rumah Mampu Milik pendapatan isi rumah melebihi RM7,000 ke atas

Rumah Perakku mempunyai kuota sebanyak 5% bagi pemohon berstatus bujang dan OKU.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hanya salah seorang isi rumah yang dibenarkan untuk mendaftar Rumah Perakku di dalam sistem e-perumahan

Cara Memohon

Pemohon yang berminat dan layak boleh membuat pendaftaran di laman sesawang LPHP dengan mengisi maklumat di bahagian pendaftaran.

Selepas isi borang tersebut sehingga selesai klik hantar untuk mendaftar.

Pemohon perlu menyimpan maklumat akaun mereka sekiranya ada sebarang pengemaskinian dilakukan.

Kemaskini permohonan perlu dilakukan setiap 2 tahun sekali jika masih belum mendapat panggilan tawaran temuduga.

Oleh itu bagi sesiapa yang berminat dengan rumah yang disediakan oleh kerajaan negeri perak ini boleh mula memohon dengan kadar segera.

Related Posts