Cara Beli Rumah Subsale Tanpa Deposit

cara beli rumah subsale tanpa deposit

Ada dikalangan daripada kita ingin memiliki hartanah dengan cara beli rumah subsale tanpa deposit namun tak pasti bagaimana kaedahnya.

Ada orang ingin membeli rumah baru dan ada orang ingin membeli rumah subsale sahaja.

Perkara ini adalah bergantung kepada keperluan dan kemampuan diri masing masing, ada yang mampu dapat rumah baru dan ada yang mampu beli ruah subsale sahaja.

Maksud rumah subsale.

Apakah yang dimaksudkan dengan rumah subsale?

Dalam erti kata yang mudah rumah subsale adalah rumah second hand yang telah dimiliki oleh pemilik tersebut.

Ianya sama ada sebelum ini telah dibeli daripada pemaju perumahan ataupun daripada individu yang pemilik yang terdahulu.

rumah subsale

Rumah subsale juga mempunyai pasarannya tersendiri berbanding dengan rumah baru yang dibina oleh developer.

Proses beli rumah subsale adalah lebih kurang sama juga seperti mana jika anda membeli mana mana jenis rumah sekali pun.

Cuma berbeza jika membeli rumah dalam pembinaan.

Jika rumah dah siap sama ada daripada pemaju ataupun rumah subsale prosesnya dalah lebih kurang sama sahaja.

Proses Beli Rumah Subsale

Proses nak beli rumah secara asasnya adalah:

Proses beli rumah subsale

1.Anda semak kelayakan loan perumahan dengan bank

2.Cari rumah yang sesuai dengan harga dan kelayakan loan

3.Loan diluluskan oleh bank

4.Sign SNP dan tunggu hingga selesai geran ditukar nama.

Namun kali ini kita nak berbicara tentang tajuk diatas.

Cara untuk membeli rumah subsale tanpa bayar deposit adalah dengan membuat 100% loan keatas pembelian rumah anda.

Sebagai contohnya jika harga rumah yang anda ingin beli adalah berharga RM 200,000, maka anda boleh buat loan penuh dengan nilai harga tersebut.

Jadi dengan adanya full loan rumah ini maka anda tidak perlu keluarkan 10% deposit untuk membeli rumah.

Anda boleh apply dengan bank Skim Rumah Pertama yang mana dengan skim ini bertujuan untuk membantu para peminjam untuk mendapatkan full loan.

Jadi ia membantu para pembeli rumah diluar sana yang tidak ada tunai untuk sediakan bayaran deposit 10% bagi membeli rumah.

Kenapa Lambat Dapat Kunci Rumah Subsale

Ada juga yang mungkin risau kadang kadang kenapa lambat dapat kunci rumah subsale yang mereka beli. Mungkin anda pertama kali beli rumah dan belum tahu proses prosesnya.

Untuk pengetahuan semua proses tukar nama dalam geran adalah sama sahaja sama ada anda beli rumah subsale ataupun rumah baru atau dalam pembinaan daripada pemaju.

kunci rumah

Ada undang undang dan prosuder yang perlu diikuti oleh semua samada pihak pembeli ataupun pihak penjual.

Tidak kisah sama ada anda bayar cash untuk beli rumah ataupun buat loan.

Begitu juga jika anda dah bayar deposit kepada tuan rumah melalui peguam.

Apa pun jua keadaan selagi mana tak selesai tukar nama dalam geran selagi itulah rumah tak boleh diserahkan.

Pembeli kena faham keadaan ini.bahawa mereka tidak boleh nak masuk rumah atau nak minta kunci sewenang wenangnya.

Pelanggan terikat dengan undang undang yang terdapat dalam dokumen perjanjian jualbeli rumah S&P.

Ada juga pembeli yang berkata “ini undang undang kita yang buat jangan straight sangat”

Saya pernah berdepan dengan pembeli yang beli rumah bayar secara tunai. Nak minta masuk awal dulu dalam rumah walaupun geran belum tukar.

Peguam cakap memang tak boleh bagi masuk duduk dulu walaupun dah sign SNP. Tetap tak boleh masuk walau apa pun jua alasan.

Kalau dah geran tukar nama dan semua bayaran dah diselesaikan oleh penjual baru boleh serahkan kunci rumah untuk masuk.

Fahami Terma Undang Undang Hartanah

Untuk situasi ini peranan peguam yang dilantik adalah amat penting untuk memberikan panduan dan info tentang proses proses yang perlu dilalui oleh pembeli sehingga selesai semuanya.

Undang Undang Hartanah

Peguam perlu terangkan kepada pembeli supaya mereka faham apa yang boleh dana pa yang tak boleh.

Jika geran dah tukar nama dan bayaran juga semua dah selesai tapi anda masih belum dapat kunci juga mungkin ini ada masalah lain yang berlaku.

Untuk situasi ini anda perlu bertanya dengan peguam hartanah anda apa sebenarnya yang berlaku.

Apa yang boleh dilakukan oleh seorang pembeli adalah sentiasa follow up peguam hartanah anda bagaimana progress pembelian rumah anda dari masa ke semasa.

Kesimpulan

Begitulah sedikit tips cara beli rumah subsale tanpa deposit yang boleh anda ambil sebagai info awal.

Proses membeli rumah subsale ini memang jauh berbeza dengan membeli rumah baru daripada pemaju.

Lebih lebih lagi jika anda mahu membeli rumah tanpa membayar sebarang wang deposit.

Apakah kelebihan beli rumah subsale?

Antara kelebihan beli rumah subsale adalah anda tidak perlukan tempoh yang lama untuk tunggu rumah siap untuk diduduki, lepas nama dah tukar dalam geran dan dapat kunci boleh terus masuk.

Bagaimana cara beli rumah subsale direct owner?

Jika anda ingin membeli rumah dengan direct owner anda boleh terus bayar booking kepada owner tetapi proses pembelian rumah seterusnya anda kena buat sendiri semua seperti mendapatkan loan bank, mencari peguam hartanah, mendapatkan penilai hartanah dan lain lain lain lagi. Letih dan renyah sikit la.

Related Posts