Bagaimana Proses Beli Rumah Baru Dari Pemaju?

Proses beli rumah baru dari pemaju

Bagaimana sebenarnya proses beli rumah baru dari pemaju sehingga selesai dan mendapat kediaman anda.

Jika anda bercadang membeli rumah anda ada dua pilihan sama ada membeli rumah baru daripada pemaju ataupun membeli rumah subsale.

Mungkin anda terfikir juga bagaimanakah proses beli rumah sehingga dapat kunci yang akan diberikan oleh pemaju, teruskan baca hingga akhir.

Sekarang terdapat banyak pilihan rumah di dalam pasaran.

Apa yang penting adalah anda mencari rumah mengikut harga kemampuan dan lepas loan berdasarkan gaji anda.

Proses beli rumah daripada pemaju.

Survey Projek Perumahan

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah melakukan survey terlebih dahulu projek perumahan dan harga berapa yang sesuai dengan kelayakan pinjaman anda.

Cari beberapa senarai pemaju dan hubungi mereka satu persatu. Jika tidak ada banyak pilihan projek pemaju ketika itu maka anda boleh fokus dengan apa yang ada sahaja.

Anda boleh beli samada rumah yang masih dalam pembinaan ataupun yang telah siap daripada pemaju.

Boleh cari secara online atau cari di sekitar kawasan anda ingin beli rumah.

cari rumah

Hubungi Bahagian Jualan Rumah

Hubungi bahagian sale mereka untuk bertanyakan jika masih ada unit rumah yang kosong.

Jika masih ada unit yang kosong anda boleh setkan hari dan masa untuk melihat tapak projek atau unit rumah yang masih ada.

Jualan Rumah

Pada masa hari melihat rumah dengan pemaju anda boleh bertanyakan pelbagai soalan berkaitan projek dan juga berkaitan dengan proses jual beli rumah.

Kaji juga track rekod pemaju dengan melihat projek projek sedia ada yang telah pun siap sebelum ini.

Tanyakan juga projek yang anda berminat ini bila telah bermula dan bila dijangka siap.

Apakah tawaran tawaran yang ada daripada pemaju seperti diskaun,hadiah, fee, dan sebagainya.

Bincang dan Buat Keputusan

Selepas anda telah melihat rumah itu, bincang dulu dengan pasangan anda atau dengan ahli keluarga tentang rumah yang anda lihat tadi.

Bincang dan Buat Keputusan

Boleh juga bawa bersama pasangan dan ahli keluarga semasa melihat rumah.

Fikir masak masak sebelum buat keputusan daripada semua sudut seperti jenis rumah, lokasi, harga dan juga kemampuan kewangan anda.

Bayar Booking

Lepas dah bincang dan capai kata sepakat.

Seterusnya boleh buat bayaran booking dan isi form booking untuk beli rumah yang nada berkenan.

Selepas buat bayaran booking proses seterusnya adalah mendapatkan pinjaman loan perumahan.

bayar booking

Buat Permohonan Loan Rumah

Anda boleh buat sendiri jika tahu, atau boleh minta pihak pemaju yang uruskan permohonan loan.

Mereka boleh bantu uruskan samada loan bank ataupun loan LPSSA kerajaan.

Buat Permohonan Loan Rumah

Anda hanya perlu bagi dokumen dokumen yang diperlukan sahaja.

Baca sini Cara Buat Loan Rumah Dengan Bank

Sign SNP Perjanjian Jual Beli Rumah

Selepas loan lulus anda akan diminta untuk sign perjanjian jual beli S&P yang disediakan oleh peguam hartanah.

Biasanya pemaju dah ada peguam hartanah panel sendiri yang dilantik oleh mereka jadi anda tak perlu cari peguam sendiri.

Semasa sign S&P anda perlu membayar 10% deposit kepada pemaju jika anda hanya buat loan bank 90% sahaja.

Jika anda dapat loan rumah 100% maka anda tak perlu bayar 10% deposit tersebut.

sign snp beli rumah baru

Keluarkan KWSP Akaun Kedua Untuk Beli Rumah

Namun sekarang ada pilihan bagi pembeli rumah yang tidak ada duit tunai untuk bayar deposit, mereka boleh keluarkan duit KWSP akaun kedua bagi membayar deposit pembelian rumah.

Permohonan pengeluaran Kwsp ini hanya boleh dilakukan selepas pembeli telah sign S&P dan dokumen telah dimatikan di Lembaga Hasil Dalam Negeri.

keluarkan duit KWSP akaun kedua

Anda boleh walk in ke Kwsp untuk melakukan permohonan. Proses untuk dapat duit selepas permohon ini adalah dalam tempoh 21 hari bekerja.

Duit akan dimasukkan kedalam akaun bank anda dan anda perlu jelaskan deposit kepada peguam.

Selepas selesai part ni seterusnya peguam akan proses pembelian anda dengan pejabat tanah pula untuk tukar nama di dalam geran.

Berapa Lama Proses Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah?

Proses Tukar Nama Rumah Dari Pemaju

Bagaimanakah proses tukar nama rumah dari pemaju kepada nama pembeli dilakukan.

Memang tak sabarkan nak masuk rumah baru lebih lebih lagi ini kali pertama seumur hidup dapat rumah yang baru.

Semua orang pasti teruja jika nak masuk rumah baru ni.

proses tukar nama rumah dari pemaju

Namun untuk dapat masuk rumah baru yang dibeli ia perlukan masa berbulan bulan juga untuk selesaikan semua proses sehingga selesai.

Sebenarnya proses tukar nama ataupun tukar hakmilik ini adalah sama sahaja prosesnya.

Sama ada anda membeli rumah baru daripada pemaju ataupun rumah subsale daripada pemilik rumah.

Urusan tukar nama rumah ini akan dilakukan oleh peguam hartanah yang anda guna.

Selepas anda tandatangan tandatangan perjanjian jualbeli, peguam akan matikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Selepas dah selesai dengan LHDN, maka peguam akan ke Pejabat Tanah untuk hantar Borang 14A.

Borang 14A ini adalah bertujuan untuk tukar nama daripada penjual kepada pembeli.

Apabila dah selesai semuanya maka nanti pemaju akan panggil pembeli untuk serahkan kunci rumah.

Kos urusan untuk tukar nama dalam geran juga semua termasuk dalam fee yang akan diberikan oleh peguam.

Pada awal semasa anda jumpa pemaju dan peguam mereka akan nyatakan berapa jumlah bayaran yang perlu di bayar.

Ada juga pemaju yang memberikan pakej free untuk semua proses jual beli dan juga fee peguam.

Biasanya kalau tidak ada apa apa masalah proses tukar hakmilik ini akan memakan masa sekitar 4 bulan hingga 6 bulan untuk selesai.

Dalam proses tukar nama rumah dari pemaju ini ia bergantung kepada kerja kerja dan gerak tugas peguam yang anda guna.

Jadi anda hanya perlu tunggu sahaja peguam jalankan kerja mereka sahaja.

Anda juga boleh secara berkala follow up peguam dan pemaju untuk bertanyakan tentang progress pembelian rumah anda.

Terima Rumah (Serahan Milikan Kosong)

Proses akhir adalah pemaju akan panggil anda untuk buat serahan rumah dan kunci setelah semuanya selesai.

Proses ini dipanggil sebagai serahan pemilikan kosong “vacant possession”.

Anda akan dapat surat jemputan daripada pemaju untuk ambil kunci rumah dan terima rumah.

dapat rumah baru

Buat Defect Rumah

Selepas itu anda diberikan tempoh untuk buat “defect” ke atas rumah anda. Biasanya dalam tempoh 2 minggu di berikan masa.

Anda akan diberi borang untuk buat defect ini.

Masa buat defect ini anda kena tandakan segala defect yang berlaku dengan rumah anda.

Semua jenis masalah boleh tandakan pada kerosakan yang berlaku. Daripada sekecil kecil sehinggalah sebesar besarnya.

Tandakan dengan sole tape dan tulis apa masalah yang berlaku supaya mudah untuk kontraktor pemaju untuk buat pembaikan.

dinding retak

Sekarang dah ada syarikat yang sediakan perkhidmatan buat defect rumah ini, kalau anda ada duit lebih dan tidak ada masa boleh lantik mereka. Harga dalam ratus ratus juga.

Mereka akan sediakan laporan bergambar setelah report siap.

Dah tandakaan defect hantar semula borang defect kepada pemaju, dan kontraktor akan masuk ke rumah anda untuk buat pembaikan.

Anda kena ingat buat defect ini hanya boleh sekali sahaja dalam tempoh ini, lepas anda dah duduk tiada lagi defect defect yang kecil yang berlaku untuk ditanggung oleh pemaju.

Selepas kontraktor dah buat semua defect anda akan dimakluman bahawa kerja mereka dah selesai maka anda boleh mula masuk.

Selepas anda dapat rumah baru yang dibeli masa pembinaan anda akan dapat waranty 2 tahun selepas rumah di serahkan oleh pemaju.

Waranty ini akan cover major defect, minor defect dah tak cover sebab anda dah duduk rumah tersebut dan defect pada masa awal telah dilakukan oleh kontraktor pemaju.

Baca info Cara Cek Defect Rumah Baru

Masuk Ke Rumah Baharu

Lepas dah selesai semua proses di atas maka anda boleh mula masuk ke rumah baru anda.

Pada masa ini juga anda boleh mulakan jika ingin buat renovation terhadap rumah anda.

Begitulah bagaimana proses beli rumah baru dari pemaju sehinggalah selesai secara ringkas dan umumnya supaya anda senang faham.

masuk rumah baru

Beli Rumah Cash Dari Developer

Jika anda ingin membeli rumah secara cash daripada developer anda hanya perlu terus berjumpa dengan mereka dan menyatakan unit rumah mana yang anda ingin beli sama ada rumah dah siap ataupun rumah yang masih dalam pembinaan.

Beli rumah cash dari developer

Anda boleh berunding dengan developer jika anda mahu bayar tunai dan mahu bayar ansuran mengikut progress di tapak.

Biasanya developer akan keluarkan satu surat perjanjian di antara pembeli dan pemaju mengenai terma terma dan kaedah kaedah bagaimana bayaran secara ansuran akan dilakukan.

Anda sebagai pembeli tidak perlu bayar cash selagi mana rumah tersebut tidak siap dan tidak diserahkan kepada anda.

Begitu juga jika anda beli rumah yang sudah siap daripada pemaju, anda juga tidak perlu bayar cash terus semuanya sekali, dan anda boleh berunding untuk bayar secara ansuran dalam tempoh tersebut sehingga nama anda sudah ditukar di dalam geran.

Jadi tidak ada masalah jika anda ingin beli cash dengan developer dan tidak mahu buat loan bank untuk beli rumah.

Kesimpulan

Pastikan anda pilih pemaju yang tidak ada masalah dalam melaksanakan projek perumahan yang terdahulu ya supaya anda tidak akan menghadapi masalah pada masa akan datang.

Proses beli rumah baru daripada pemaju adalah tidak sama dengan anda membeli kediaman subsale, step dia lain sikit dan lebih mudah.

Semoga artikel ini ada memberi manfaat kepada anda yang baca sampai akhir di sini.

Pernah dengar tapi tak tahu baca sini Apa Maksud Rebat Didalam Pembelian Rumah?

Bagaimana cara nak tahu pemaju perumahan yang bermasalah?

Untuk mengetahui info lengkap dan senarai pemaju perumahan yang bermasalah anda boleh semak di website KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

Bilakah boleh dapat kunci rumah daripada pemaju?

Pembeli akan boleh dapat kunci rumah selepas CCC dikeluarkan dan pihak pemaju menghantar surat Pemilikan Kosong kepada pembeli.

Related Posts