Penjawat awam mempunyai kelebihan jika ingin membeli rumah sebab ada lppsa untuk buat loan, namun berapa had umur pinjaman perumahan kerajaan yang dibenarkan.
Jika anda bekerja sebagai kakitangan kerajaan di Malaysia anda ada pilihan jika nak beli rumah sama ada nak buat loan rumah dengan bank ataupun nak buat loan rumah dengan LPPSA.
LPPSA Untuk Kemudahan Siapa
LPPSA di tubuhkan khusus untuk penjawat awam membuat loan rumah tanpa perlu buat loan dengan bank.
Entiti ni boleh dikatakan macam sebuah bank juga namun fungsinya hanyalah untuk bagi loan perumahan sahaja kepada penjawat awam sahaja.
Syarat utama untuk buat loan rumah dengan lppsa adalah anda mestilah bersatus sebagai pekerja tetap dengan kerajaan.
Kalau anda kerja kerajaan tapi masih dalam lantikan kontrak anda tak layak untuk buat loan dengan LPPSA.
Had Umur Nak Buat Pinjaman LPPSA
Had umur pinjaman perumahan kerajaan vs pinjaman bank
Untuk pengetahuan anda kalau nak buat pinjaman denga LPPSA ini, setahun sebelum pencen masih boleh buat loan lagi.
Ya betul tu, 1 tahun sebelum pencen masih boleh mohon pinjaman lppsa untuk beli rumah.
Nanti bayaran rumah bulan bulan akan ditolak daripada duit pencen setiap bulan.
Namun jika beli rumah ketika usia ini, bayaran balik akan menjadi lebih mahal sedikit, ini adalah disebabkan kadar takaful yang perlu dibayar sangat tinggi sebab umur dah masuk warga emas.
Memang ada yang beli rumah dalam umur 50 tahun ke atas sebab nanti duit pencen masih ada untuk bayar.
Jika meninggal sebelum bayaran balik habis dibuat takaful akan cover balik semua baki hutang dan rumah akan difaraidkan kepada para waris.
Jika buat loan rumah dengan bank tempoh maksimum umur hanyalah sehingga 70 tahun sahaja dan maksimum tempoh loan rumah adalah 35 tahun sahaja.
Jadi jika anda sedang bekerja dalam kerajaan anda dah boleh rancang bilakah umur yang sesuai untuk anda beli rumah.
Lagi umur muda lagi kurang bayaran takaful yang perlu dibayar.
Tempoh untuk buat pinjaman perumahan kerajaan adalah:
- 35 tahun untuk pinjaman pertama
- 30 tahun untuk pinjaman kedua.
Jadi anda boleh beli 2 biji rumah dengan buat loan lppsa.
Untuk buat loan rumah kedua anda kena selesaikan loan rumah pertama terlebih dahulu baru boleh buat loan rumah kedua.
Kelebihan yang diberikan oleh kerajaan ini memang tak dapat dimana mana hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja.
Jadi anda yang bekerja kerajaan tu ambillah peluang ini sebaik mungkin.
Baca juga tentang Bila Kena Start Bayar Loan Rumah Lppsa
Had umur pinjaman perumahan LPPSA adalah maksimum sehingga umur 90 tahun
Had umur maksimum pinjaman perumahan bank adalah sehingga 70 tahun