cara cek baki akaun bank cimb

Sebagai pengguna bagaimana cara cek baki akaun bank CIMB yang boleh dilakukan oelh orang ramai.

Bank CIMB dimiliki oleh CIMB Group Holdings Berhad yang berpangkalan di Kuala Lumpur Malaysia.

Kumpulan bank ini juga mempunyai banyak cawangan bank mereka yang terletak di serantau Asean.

Bank CIMB juga dikenali juga dengan bank sotong disebabkan oleh penjenamaan online mereka dengan menggunakan lambang sotong .

Bank CIMB adalah antara bank yang terawal di Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Bank Bumiputra.

Sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin pantas, CIMB juga tidak mahu ketinggalan untuk memperkenalkan perkhidmatan perbankan secara online.

Dengan adanya online banking ini, banyak dapat membantu para pengguna CIMB bank untuk melakukan apa jua transaksi tanpa perlu pergi ke kaunter cawangan bank mereka.

Cara Semak Baki Akaun CIMB di ATM Mesin

Bagi tujuan menyemak akaun bank CIMB cara yang biasa dan utama adalah dengan membuat semakan di ATM mesin.

Setiap pengguna yang membuka akaun CIMB akan diberikan kad debit untuk melakukan transaksi duit keluar ataupun memasukkan duit.

Untuk melakukan semakan baki dalam akaun CIMB:

1.Pergi ke ATM mesin di cawangan berdekatan anda

2. Masukkan kad bank anda

3. Pilih Bahasa yang ingin digunakan

4. Kemudian masukkan nombor pin kad bank anda.

5. Kemudian pilih pada bahagian “Pertanyaan Baki”

6. Pilih jenis akaun

7. Pilih Simpanan/Saving akaun

8. Jumlah baki terkini akaun CIMB anda akan dipaparkan pada skrin

Cimb Online Check Balance

Selain daripada semak baki duit dalam akaun CIMB menggunakan ATM mesin pengguna juga boleh cek akaun mereka dengan menggunakan CIMB online banking.

Untuk menggunakkan perkhidmatan online daripada CIMB ini pengguna perlu mendaftar akaun mereka terlebih dahulu.

Lepas dah daftar baru boleh guna untuk buat transaksi secara online.

Jika anda dah daftar boleh ikut step dibawah untuk semak akaun

1.Layari website cimbclicks

2. Masukkan Username anda

3. Pastikan Secure Word anda betul

4. Kemudian masukkan “Password” dan lepas itu klik “Login”

5. Lepas dah berjaya masuk ke akaun online anda pilih “My Account”

6. Pilih akaun anda sama ada Saving Akaun atau Current Akaun

7. Baki akaun anda akan dipaparkan di sini.

Begitu mudah sekali untuk semak akaun CIMB untuk tahu berapa jumlah duit yang masih ada secara online sahaja.

Dengan adanya perkhidmatan CIMB online banking ini, pengguna boleh cek duit mereka bila bila masa sahaja tanpa perlu pergi ke kaunter atau ke ATM mesin.

Cumanya kalau nak keluarkan duit masih lagi perlu pergi ke ATM mesin di bank sebab duit masih tak boleh dikeluarkan secara online hanya boleh transfer sahaja.

Jadi kepada semua pengguna CIMB harap dapat membantu anda semua untuk semak duit anda di dalam akaun dengan perkongsian cara cek baki akaun bank CIMB ini.

Check Akaun BSN Melalui Online

Macam mana nak tahu orang transfer duit ke akaun CIMB?

Cara pertama kena semak transaksi keluar masuk duit di dalam akaun melalui cimbclicks dan yang kedua jika transfer menggunakan sistem Duitnow akan dapat notifikasi melalui sms ke phone anda.

Berapa baki minimum kena ada dalam akaun CIMB?

Baki minimum kena ada dalam akaun CIMB adalah RM 20

Related Posts