Macam mana nak semak atau cek balance public bank akaun untuk lihat berapa jumlah duit yang masih ada.
Public Bank adalah salah satu bank swasta yang berdaftar di Malaysia.
Public bank di miliki oleh Public Bank Berhad dan pemilik atau pengasasnya adalah Teh Hong Piow.
Bank Public ini diasaskan pada tahun 1966 dan berkembang pesat sehingga sekarang.
Bermula perniagaan daripada Kuala Lumpur dan sekarang berkembang pesat dengan pertambahan lebih banyak cawangan bank.
Jika anda sebagai pengguna public bank dan baru membuka akaun dengan bank ini mungkin anda tertanya tanya bagaimana nak semak baki akaun duit anda di dalam bank.
Kali ini kita lihat bagaimana cara untuk cek balance duit dalam akaun Public Bank.
Semakan Baki Akaun Public Bank di ATM Mesin
Jika anda baru sahaja membuka akaun dengan Public Bank, anda boleh macam biasa menggunakan kaedah tradisional untuk membuat semakan baki duit anda.
Anda boleh gunakan ATM mesin yang ada di cawangan cawangan Public Bank yang ada berkdekatan dengan anda.
1.Masukkan kad debit atau kad bank anda kedalam ATM mesin
2. Pilih Bahasa yang ingin digunakan
3. Masukkan nombor pin kad bank anda.
4. Pilih jenis akaun biasanya Akaun Simpanan
5. Pilih pada bahagian “Pertanyaan Baki”
6. Baki duit semasa di dalam akaun Public Bank akan dipaparkan pada skrin
Boleh teruskan sama ada ingin keluarkan duit atau tekan cancel untuk hentikan transaksi dan ambil kad bank anda semula.
Public Bank Online Banking Check Balance
Seterusnya selain daripada kaedah check balance di ATM mesin, pengguna Public Bank juga boleh membuat semakan akaun melalui online banking.
Bagi pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan online banking ini anda perlu terlebih dahulu kena daftar sebagi pengguna online banking Public Bank.
Selepas sudah berjaya daftar barulah boleh semak baki akaun anda secara online.
Untuk buat semakan duit secara online boleh ikuti step dibawah.
1.Layari website pbebank.com
2. Klik pada bahagian “Login”
3. Pilih “Pbe”
4. Masukkan User Id anda.
5. Pastikan “Personal Login Phrase ” anda adalah betul kemudian klik “Yes”
6. Masukkan “Password” kemudian klik pada Login
7. Pilih pada bahagian kotak “Account”
8. Skrin paparan sistem akan tunjukkan Available balance dan Current balance berapa duit anda yang masih ada dalam akaun.
9. Selesai semak baki akaun public bank anda.
Begitulah kaedah bagaimana pengguna boleh semak berapa jumlah duit atau baki duit yang masih ada dalam akaun Public Bank anda.
Jadi lepas ini ada boleh menyemak baki akaun anda bila bila masa sahaja tak kira siang ataupun malam.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa share panduan ini kepada orang lain juga.
Untuk lihat nombor akaun anda boleh masuk ke pbebank.com dan lihat pada bahagian Account disitu akan dipaparkan nombor akaun bank anda.
Untuk cara download Public Bank statement anda boleh baca di sini Cara Cek Statement Public Bank