Bagaimana cara nak lakukan Affin bank online transfer kepada akaun bank yang lain melalui internet banking.
Affin Bank Berhad adalah salah satu bank yang berasal daripada Malaysia dengan mempunyai jumlah cawangan sebanyak 110 buah cawangan.
Ibu pejabat Affin Bank Berhad yang utama adalah terletak di Kuala Lumpur Malaysia.
Affin Bank juga pada masa ini telah ada dan mempunyai sistem online banking mereka sendiri untuk kemudahan kepada pengguna mereka.
Pengguna Affin Bank boleh membuat sebarang transaksi online dengan menggunakan sistem online banking yang disediakan.
Daftar Affin Bank Online
Sebelum boleh melakukan sebarang transaksi secara online, perkara pertama sekali yang perlu dilakukan oleh pengguna adalah kena buat pendaftaran secara online terlebih dahulu.
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna online di website Affin bank iaitu affinalways.com
1: Masuk ke website tersebut dan klik pada bahagian Login
2: Kemudian klik pada bahagian “Affinalways Personal”
3: Klik pada “First Time Login” bagi yang belum ada akaun
4: Isikan jenis kad bank anda, kad nombor, jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan kad pin
5: Klik ‘Request TAC’ kemudian nombor TAC yang telah diterima ke smartphone
6: Cipta Username, Password, Verify Password, Email dan Secure Word.
7: Pilih Secure Image, Tick on Terms & Conditions and click ‘Submit’.
Isikan maklumat yang diminta dan teruskan pendaftaran hingga selesai.
Cara Login Affin Bank Online
Selepas selesai pendaftaran secara online anda baru boleh guna internet banking yang disediakan oleh Affin bank ini.
Untuk login masuk anda boleh ikuti langkah dibawah berikut:
1: Klik pada bahagian “Login”
2: Kemudian klik pada bahagian “Affinalways Personal”
3: Masukkan Username anda kemudian tekan Login
4: Pastikan Secure Word dan Secure Image anda adalah betul. Tandakan pada kotak yang disediakan
5: Kemudian masukkan Password anda dan klik pada Login
Anda dah berjaya masuk ke dashboard akaun affin online anda.
Transfer Duit Online Dari Affin Bank
Selepas dah berjaya masuk ke akaun anda, seterusnya kita lihat bagaimana nak transfer daripada akaun Affin ke akaun bank yang lain.
1: Masuk ke akaun anda dan pilih “Transfer Now”
2: Kemudian pilih Transfer to Other Bank
3: Pilih Transfer Mode seperti Duit Now atau Interbank Giro
4: Pilih akaun simpanan affin anda
5: Kemudian Select Transfer To, masukkan maklumat:
- Nama bank
- Jenis akaun
- Nombor akaun
- Nama penerima
Kemudian klik “Confirm”
6: Masukkan jumah Amaun untuk di transfer
7: Masukk “Recipient Reference”
8: Isikan Other Payment Detail (Optional), klik Continue
9: Semak semua maklumat yang anda telah isikan tadi, jika betul klik pada request nombor TAC
10: Isikan nombor TAC yang diterima melalui SMS nombor phone anda
11: Kemudian klik butang “Confirm”
12: Selesai proses buat Affin bank online transfer kepada bank yang lain
13: Download dan simpan resit untk rujukan anda.
Semak Baki Akaun Affin Bank Online
Untuk melihat berapa baki akaun anda yang ada dalam Affin bank adalah sangat sangat mudah.
Anda boleh login macam biasa ke dalam Affin bank internet banking seperti yang dikongsikan diatas.
Selepas dah masuk kedalam akaun anda, lihat pada paparan dashboard.
Lihat pada My Dashboard dan lihat pada bahagian Current/Savings Account.
Pada bahagian ini akan ditunjukkan terus berapa jumlah baki duit anda yang masih ada dalam akaun bank.
Untuk melihat kepada transaksi yang telah berlaku dalam akan anda, anda boleh klik pada bahagian “View History” untuk melihat sejarah transaksi transaksi yang lepas.
Kelebihan Perkhidmatan Affin Online Banking
Melalui platform online banking yang disediakan oleh pihak Affin bank banyak kelebihan kelebihan di atas perkhidmatan yang disediakan oleh mereka.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
- Melihat maklumat akaun seperti berapa baki dan sejarah transaksi
- Memohon kepada eSaver atau eSaver-i akaun online
- Memohon untuk dapatkan statement bank melalui sistem e-Statement
- My Internet Banking Profile
- Peringatan kepada Maintenance
- Online Banking Limit
- Setup Sekurity dengan with AffinSecure bila anda buat transaksi RM10,000 dan ke atas dengan AffinAlways
- Kad Maintenance
- Boleh buat laporan kehilangan kad bank
- DuitNow
- AFFINBANK Funds Transfer
- Interbank GIRO (IBG) Transfer
- Telegraphic Transfer
- Payment
- JomPAY
- ASNB Funds
- IPO
- eShare
- FD/TD-i Placement & Withdrawal
Begitulah antara caranya bagaimana anda boleh daftar akaun online Affin bank dan juga melakukan pemindahan wang ke bank lain.
Baca juga tentang Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut
Sumber daripada Affin bank
Affin bank menyediakan produk kewangan Islamic di bawah Affin Islamic Bank Berhad
Affin Bank Berhad tertubuh pada January 2001