Bagaimana Cara Saya Halau Dan Bunuh Tikus

Kali ini saya nak kongsikan pengalaman bagaimana cara halau tikus dan seterusnya bunuh haiwan ini dirumah.

Tikus adalah binatang yang ada di mana mana sahaja sama ada diluar atau di dalam rumah dan juga pejabat.

Jika persekitaran kawasan rumah kurang dijaga dengan tahap kebersihan yang baik maka risiko untuk tikus datang adalah lebih tinggi.

Tambahan lagi jika ia suka masuk ke dalam rumah kita tak kira siang dan malam.

Perkara ini boleh mendatangkan satu tekanan kepada diri kita sebab tikus ini bukan sahaja boleh mendatangkan penyakit tetapi juga mendatangkan kerosakan kepada barang barang yang ada dalam rumah kita.

Tikus ini boleh ada pelbagai saiz yang masuk kerumah kita, ada yang besar dan ada yang kecil.

Antara tikus yang paling biasa ada dalam rumah kita adalah tikus turi dan tikus ini mempunyai bau yang amat busuk sama ada pada tahi, air kencing ataupun pada badannya.

Kenapa Tikus Masuk Rumah

Tikus adalah antara mahluk yang tidak diundang kedalam rumah kita namun ia tanpa segan silu datang duduk tanpa kebenaran tuan rumah.

Tentu ada sebab kenapa tikus akan masuk ke rumah dan tinggal didalamnya serta beranak pinak.

Antara sebab utama tikus masuk ke rumah adalah untuk mencari makanan, sama ada makanan yang baru ataupun sisa makanan yang telah dibuang.

Sisa makanan yang tidak dibuang di luar rumah dan juga tidak ditutup akan mengundang tikus untuk masuk kedalam rumah kita.

Bukan sahaja sisa makanan, malahan makanan yang baru juga akan dimakan oleh tikus jika tidak ditutup dan diletakkan pada tempat yang betul.

Bukan sahaja makanan malahan plastik bungkusan makanan, kulit telur, kulit buah buahan juga akan dimakan oleh mereka.

Malah punca utama juga adalah mereka memerlukan sumber air untuk mereka minum sebab itu mereka menjadikan rumah manusia sebagai target.

Selain itu juga tikus masuk ke dalam rumah adalah bagi mencari tempat tinggal untuk mereka diami sekeluarga.

Tikus akan membuat sarangnya didalam rumah sama ada di kawasan bawah tanah, di ruang loteng malahan tikus juga boleh duduk di atas bumbung dan juga syiling rumah.

Jadi tidak hairanlah jika kita sering mendengar tikus berlari berkejaran di atas siling rumah tak kira malam ataupun siang.

Cara Halau Tikus Dalam Rumah

Bagaimana cara menghalau tikus atau cara membunuh tikus yang ada dalam rumah kita yang boleh dilakukan.

Antara langkah kebiasaan yang sering dilakukan oleh orang ramai untuk menghalau dan bunuh tikus adalah:

  1. Memasang perangkap untuk menangkap tikus
  2. Membela kucing didalam rumah supaya tikus takut masuk kedalam rumah
  3. Menggunakan racun tikus untuk membunuhnya
  4. Menutup bekas makanan dan sisa makanan yang telah dibuang
  5. Menggunakan bahan cecair mesra alam yang berbau busuk bagi tikus dan dispray sekitar rumah
  6. Menggunakan ultrasonic devices atau pengusir tikus elektronik
  7. Menutup semua lubang laluan masuk tikus ke dalam rumah
  8. Menggunakan perkhidmatan Pest Control

Umpan tikus paling berkesan jika anda hendak pasang perangkap tikus anda boleh gunakan seperti, ikan goreng, biskut ataupun roti.

Cara membunuh tikus tanpa menyiksa setelah anda pasang perangkap adalah dengan pukul terus dengan kayu sehingga dia mati.

Itulah cara bunuh tikus dengan cepat sebaik baiknya langkah yang anda perlu lakukan.

Jangan siksa tikus seperti lemaskan didalam air atau biarkan ditempat panas untuk matikan dia.

Cara Saya Bunuh Tikus

Pengalaman saya untuk masalah membasmi masalah tikus didalam rumah sebelum ini adalah dengan memasang perangkap tikus.

Setelah perangkap sudah kena, tikus akan dipukul sehingga mati dan terus buang.

Namun cara itu sangat leceh sebab banyak kerja nak kena buat, kadang kadang tikus terlepas lari semasa kita nak pukul.

Jadi apa yang saya buat saya gunakan racun tikus atau ubat tikus yang boleh di beli di pasar malam atau pasar tani.

racun tikus
Racun Tikus

Harga sepeket adalah RM 3 sahaja dan kalau beli 2 peket dapat harga RM 5.

Cara nak guna racun tikus ini adalah dengan meletakkan racun tikus ini dilaluan tikus selalu bermain.

Rupabentuk racun tikus ini adalah sepeti dedak ikan.

Saya letakkan racun tikus ini berdekatan dengan tingkap.

Pastikan anda letakkan racun tikus ini dan tidak mudah untuk anak anak kecil nampak sebab boleh mendatangkan bahaya jika kanak kanak ambil makan racun tikus ini.

ubat tikus paling berkesan

Tikus akan makan racun ini bila dia jumpa dan apabila lepas makan tikus akan rasa lapar air.

Bila tikus minum air maka racun ini akan bertindak balas dan akan menyebabkan tikus boleh mati.

Tikus akan mati dimana mana sahaja, seperti pengalaman saya menggunakan racun tikus ini, tikus mati didalam bilik air.

cara halau tikus

Perkara ini perlu dilakukan berterusan kerana jika tikus sudah mati maka ada tikus lain pula yang akan datang masuk ke rumah.

Racun tikus tersebut anda boleh buka dan simpan didalam botol tertutup dan boleh gunakan bila perlu.

Jadi begitulah bagaimana saya halau dan bunuh tikus dengan menggunakan racun tikus yang boleh dibeli dipasar malam ataupun pasar tani.

Bahaya kalau dibiarkan tikus hisup dalam rumah kita kerana dia bawa banyak benda tak elok seperti kuman dan sebagainya.

Baca juga tentang Cara Jimat Elektrik

Apakah sebab utama tikus masuk ke dalam rumah?

Sebab utama tikus masuk kedalam rumah adalah untuk mencari perlindungan, mendapatkan sumber makanan dan juga air.

Apakah bahaya selain daripada penyakit yang dibawa oleh tikus kepada manusia?

Tikus yang berada didalam rumah boleh mengundang kepada ular untuk masuk kedalam rumah kerana tikus adalah makanan kepada ular.

Related Posts