cara jadi ejen hartanah

Bagaimana cara jadi ejen hartanah atau perunding hartanah yang anda boleh lakukan jika anda berminat dalam menceburi bidang ini?

Ejen hartanah adalah satu pekerjaan yang membantu orang ramai yang ingin membeli rumah ataupun ingin menjual rumah.

Mereka ini adalah orang yang beperanan sebagai orang tengah bagi membolehkan sesuatu hartanah itu boleh terjual sehinggalah selesai semua prosesnya.

Setiap ejen hartanah mestilah berdaftar dengan agensi hartanah yang mempunyai lesen yang diluluskan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah.

Antara tugas tugas ejen hartanah antaranya ialah:

  • Mendapatkan lantikan untuk menjual hartanah daripada pemilik hartanah
  • Menguruskan penjualan hartanah sehingga selesai.
  • Mengambil bayaran booking dari pembeli pembeli hartanah
  • Menyemak butir butir hartanah seperti maklumat geran, lokasi dan bangunan
  • Melakukan lawatan tapak / inspection hartanah yang hendak dijual
  • Melakukan pengiklanan unit hartanah samada online ataupun offline
  • Menapis kelayakan pembeli terhadap kemampuan loan rumah mereka
  • Membawa bakal pembeli melihat hartanah yang hendak dijual
  • Memberikan pendapat tentang bakal peguam yang ingin dilantik oleh pembeli dan juga penjual
  • Membantu menguruskan loan hartanah dengan bank yang berkelayakan untuk memohon loan

Jagi bagaimanakah cara untuk menjadi ejen hartanah ini?

Belajar Bidang Pengurusan Hartanah

Cara untuk jadi ejen hartanah atau perunding hartanah yang pertama adalah anda perlu belajar didalam bidang khusus yang dikenali dengan Course/Kos Pengurusan Hartanah.

Bidang pengurusan hartanah ini ada di tawarkan di universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Mara UITM dan juga Universiti Teknologi Malaysia UTM.

Selain itu juga anda boleh belajar juga bidang pengurusan hartanah ini di Institut Penilaian Negara (INSPEN).

Di INSPEN mereka ada menawarkan pelajaran dalam bidang ini secara part time dan juga fulltime.

Selepas anda habis belajar dan lulus dalam bidang ini anda boleh terus menajdi perunding hartanah dengan menggunakan kelulusan yang anda dapati.

Ambil Negotiator’s Certification Course (NCC)

Namun bagi anda yang tidak ada kelulusan dalam bidang pengurusan hartanah, sekarang ini orang ramai dah boleh menjadi perunding hartanah dengan hanya masuk kursus Negotiator’s Certification Course (NCC) sahaja.

Negotiator’s Certification Course (NCC) merupakan kursus yang telah diwajibkan diambil oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysia (LPEPH) bagi mana mana individu yang ingin menjadi sebagai Perunding Hartanah / Real Estate Negotiator (REN) di dalam mana mana agensi hartanah berdaftar di seluruh Malaysia ini.

Mankala yuran pendaftaran yang dikenakan buat masa ini adalah sebanyak RM600 seorang.

Kursus NCC ini akan dijalankan selama 2 hari dengan mengandungi 8 modul sukatan pelajaran antaranya seperti undang-undang tanah, proses jual beli rumah, cara nak buat marketing dan sebagainya.

Jika anda berminat untuk hadiri kursus Negotiator’s Certification Course (NCC) anda boleh hubungi PERSATUAN PERUNDING HARTANAH MUSLIM MALAYSIA (PEHAM) di website mereka di https://peham.org.my/.

Pihak PEHAM adalah antara pihak yang aktif menganjurkan kursus NCC ini di seleuruh Malaysia.

Sekarang ini semua orang orang atau sesiapa sahaja boleh menjadi perunding hartanah dengan mengikuti dua langkah diatas.

Anda juga boleh terus berhubung dengan agensi hartanah berdaftar berdekatan anda untuk mendaftar dengan syarikat mereka, mereka akan berikan maklumat bagaimana anda boleh menjadi perunding hartanah dengan syarikat mereka.

Baca juga info tentang Ejen Hartanah Kena Baca Kalau Nak Tahu Cara Mendapatkan Listing Hartanah Untuk Dijual

Berapa gaji atau komisen ejen hartanah?

Pendapatan ejen hartanah adalah berdasarkan komisen iaitu 3% daripada harga jualan hartanah tidak termasuk cukai.

Bagaimana nak buat semakan ejen hartanah yang berdaftar?

Anda boleh buat semakan ejen dan agensi hartanah berdaftar di http://search.lppeh.gov.my/

Related Posts