semakan cukai tanah kelantan

Semakan cukai tanah Kelantan dan membuat bayaran boleh dilakukan dengan lebih mudah apabila sistem online diperkenalkan.

Pihak pentadbir iaitu Pejabat Tanah dan galian negeri Kelantan telah memperkenalkan sistem online untuk menyemak dan membuat bayaran cukai tanah secara online.

Sistem online tersebut boleh dilawati di https://hasiltanah.kelantan.gov.my/ bagi pemilik hartanah yang terletak didalam negeri Kelantan.

Pada masa dahulu pemilik tanah membayar cukai tanah di kaunter pejabat tanah, namun sekarang mereka ada pilihan untuk membuat pembayaran secara dalam talian juga.

Dengan cara bayaran cukai tanah secara online ini amat memudahkan pengguna membuat bayaran tanpa perlu mereka pergi ke kaunter pejabat tanah.

Daftar Pengguna Di Hasiltanah.kelantan

Sebelum anda boleh menyemak cukai tanah dan membuat bayaran bagi hasil tanah di negeri Kelantan, anda perlu membuka akaun portal hasiltanah.kelantan terlebih dahulu.

Untuk membuat pendaftaran anda boleh ikuti langkah langkah berikut.

1. Layari laman website utama di https://hasiltanah.kelantan.gov.my/

2. Kemudian klik pada butang Daftar

3. Isikan maklumat maklumat yang diminta

  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Alamat email
  • Warganegara
  • Masukkan kata laluan
  • Sahkan kata laluan
  • Cipta soalan dan jawapan keselamatan
  • Masukkan Captcha Text  yang diberikan

Kemudian dah selesai isi semua maklumat klik pada butang Daftar

4. Pengesahan pendaftaran akan dihantar kepada alamat email anda untuk anda aktifkan akaun anda.

5. Selesai mendaftar dengan portal online hasiltanah.kelantan

Buat Semakan Cukai Tanah

Selepas dah selesai daftar dan mempunyai akaun dengan portal online hasiltanah.kelantan sekarang anda sudah boleh buat carian cukai tanah anda.

1. Login ke akaun hasiltanah.kelantan

2. Masukkan Nombor kad pengenalan dan masukkan kata laluan anda kemudian tekan butang Log Masuk

3. Didalam sistem ini anda perlu daftarkan hakmilik hartanah pertama kali supaya senang untuk anda buat bayaran pada masa hadapan.

4. Anda boleh buat carian dan masukkan maklumat hakmilik seperti berikut:

  • Jajahan
  • Mukim
  • Jenis Hakmilik
  • Nombor Hakmilik

kemudian klik pada butang Cari

5. Paparan maklumat hartanah anda akan ditunjukkan.

6. Tandakan pada kotak untuk pilih senarai hakmilik tersebut untuk anda simpan di dalam akaun anda.

Bayar Cukai Tanah Online

Seterusnya bila dah ada senarai hakmilik anda yang belum dibayar, seterusnya adalah proses untuk membuat bayaran.

1. Tick(tandakan) pada hakmilik tersebut untuk teruskan pembayaran.

2. Klik pada butang Pilih kemudian klik pada Teruskan Dengan Bayaran

3. Kaedah pembayaran adalah menggunakan sistem bayaran Financial Process Exchange (FPX)

4. Teruskan proses pembayaran sehingga selesai

5. Resit bayaran akan diberikan secara elektronik setelah pembayaran selesai dan berjaya dilakukan

6. Sila simpan resit bayaran cukai tanah anda untuk maklumat rujukan anda.

Untuk pembayaran tahun hadapan anda tidakperlu lagi membuat carian hakmilik tanah anda kerana anda sudah simpan nombor akaun pembayaran dan detail hakmilik didalam akaun hasiltanah.kelantan.

Untuk penggunaan pertama kali akaun hasiltanah.kelantan ini jika anda tidak tahu sangat cara nak guna, mereka ada sediakan manual penggunaan di laman website tersebut.

Anda boleh baca dan ikuti langkah langkah tutorial cara nak guna daripada panduan manual tersebut.

Begitulah proses secara ringkas bagaimana nak lakukan semakan cukai tanah di Kelantan serta membuat bayaran secara online.

Baca juga cara Semak Cukai Tanah Terengganu dan Semak Cukai Tanah Melaka

Adakah sama cukai tanah dengan cukai pintu?

Tidak sama, cukai pintu diuruskan oleh PBT manakala cukai tanah pula diurus oleh Pejabat Tanah

Berapa kali kena bayar cukai tanah dalam setahun?

Cukai tanah hanya perlu bayar sekali sahaja setahun.

Related Posts