Semak cukai tanah Pulau Pinang dan buat bayaran dalam talian kini lebih mudah dengan menggunakan platform eBayar.

Ebayar adalah Portal Pembayaran Atas Talian yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memudahkan pemilik hartanah membuat transaksi secara online.

Portal e-Bayar Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah merupakan satu pusat sehenti (one stop center) yang ada menyediakan kemudahan bagi membuat bayaran bil-bil jabatan serta agensi negeri secara dalam talian.

Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang telah menyediakan suatu kemudahan untuk buat semakan no akaun cukai tanah/ petak bagi kegunaan orang ramai yang mempunyai tanah/hartanah di Pulau Pinang.

Selain membuat semakan mereka juga boleh membuat bayaran cukai tanah/ petak secara online melalui ebayar.penang.gov.my.

Antara Jabatan dan Agensi Negeri yang menggunakan eBayar sebagai platform pembayaran adalah:

  • Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang (Cukai Tanah/Petak PTG)
  • Majlis Bandaraya Seberang Perai (Cukai Taksiran/Pintu MBSP)
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (Cukai Taksiran MBPP)
  • SUK Pulau Pinang (ePinjaman Penuntut)

Daftar Ebayar Cukai Tanah Penang

Sebelum anda boleh membuat semakan dan membuat bayaran cukai tanah di Pulau Pinang secara dalam talian anda digalakkan membuka akaun Ebayar terlebih dahulu.

Untuk mendaftar akaun ebayar and boleh ikuti langkah langkah berikut.

1. Layari laman rasmi ebayar di https://ebayar.penang.gov.my/

semak cukai tanah pulau pinang

2. Kemudian klik pada bahagian Daftar untuk memulakan pendaftaran

3. Masukkan maklumat yang diminta

  • Nombor kad pengenalan/passport
  • Alamat email
  • Kata laluan (Kata laluan mestilah mempunyai minimum 8 aksara yang mengandungi sekurang-kurangnya satu nombor, satu huruf besar serta simbol)

4. Seterusnya dah siap isikan maklumat klik pada butang Daftar

5. Pengesahan pendaftaran akaun ebayar akan dihantar ke email anda untuk pengaktifan.

6. Selesai daftar anda boleh login ke akaun ebayar anda. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan, tekan Log Masuk

7. Selepas masuk kedalam akuan ebayar sila kemaskini maklumat profil anda. Isikan maklumat:

  • Nama penuh
  • Alamat
  • Nombor telefon

8. Didalam dashboard ebayar ada tiga bahagian utama iaitu:

  • Bayar bil
  • Sejarah pembayaran
  • Tambah akaun

Sebelum anda boleh membuat sebarang bayaran bil cukai tanah negeri Pulau Pinang, anda perlu tambah nombor akaun terlebih dahulu.

Dengan fungsi tambah akaun ini secara automatiknya segala maklumat cukai tanah atau cukai pintu hakmilik anda akan di nyatakan disini.

Selepas ini anda tidak perlu buat semakan cukai tanah harta anda di Pulau Pinang lagi sebab anda dah simpan maklumat tersebut didalam akaun anda.

9. Klik pada bahagian Tambah Akaun untuk anda masukkan maklumat bayaran cukai tanah anda.

10. Pilih Jenis Perkhidmatan (Cukai Tanah PTG) kemudian masukkan Nombor akaun bayaran bil cukai tanah anda. Nombor akaun boleh lihat di slip cukai pintu anda yang terdahulu.

Jika tidak ada anda boleh hubungi kaunter pejabat tanah Pulang Pinang untuk dapatkan nombor akaun bil anda.

Bayar Bil Cukai Tanah

Seterusnya untuk membuat bayaran bil cukai tanah Pulau Pinang secara online, anda hanya perlu login ke akaun ebayar anda.

1. Masuk ke akaun ebayar anda.

bayar cukai tanah pulau pinang

2. Klik pada bahagian Bayar Bil

3. Pilih pada bahagian Cukai Tanah/Petak PTG

4. Sistem akan paparkan bil cukai tanah anda mengikut nombor akaun bil cukai tanah yang anda telah masukkan di dalam sistem.

5. Untuk buat bayaran klik pada butang “Bayar”

6. Maklumat bil bayaran dan butir hakmilik akan ditunjukkan

7. Pilih kaedah pembayaran sama ada menggunakan online banking atau nak bayar melalui kad debit/kad kredit

8. Online banking menggunakan Financial Process Exchange (FPX)

9. Pilih akaun bank yang anda ingin gunakan dan teruskan bayaran sehingga selesai seperti biasa.

10. Selepas selesai pembayaran bil cukai tanah dilakukan resit pembayaran akan dipaparkan anda boleh download dan simpan.

11. Dididalam senarai bil yang anda bayar tadi status “Berjaya” akan ditunjukkan menandakan pembayaran telah selesai dan berjaya dibuat.

Begitulah proses bagaimana anda nak semak cukai tanah anda di Pulau Pinang dan membuat bayaran secara dalam talian.

Ambil tahu juga tentang cara Semakan Cukai Tanah Kuala Lumpur jika anda ada hartanah di sana dan Semak Cukai Tanah Terengganu.

Selain bayaran cukai tanah apakah bayaran lain boleh dibuat melalui Ebayar Pulau Pinang?

Pengguna juga boleh membuat bayaran cukai pintu/taksiran dan juga ePinjaman Penuntut melalui ebayar ini

Berapa lama masa diambil untuk Pejabat Tanah Pulau Pinang buat kemaskini bayaran melalui ebayar ini?

Semua pembayaran anda akan dikemaskini dalam tempoh masa antara 1 ke 5 hari waktu bekerja.

Related Posts