cara bayar bil elektrik online
Contoh Bil Elektrik

Macam mana cara bayar bil elektrik online kepada Tenaga Nasional Berhad TNB?

Elektrik sekarang dah jadi satu keperluan dan satu benda asas dalam kehidupan manusia.

Setiap rumah atau tempat mesti ada bekalan elektrik kalau tak ada macam mana nak hidup pada masa sekarang.

Hampir setiap bulan pasti kita akan dapat bil elektrik yang akan dihantar kerumah.

Kena bayar ikut tempoh yang diberikan kalau tak nak kena potong elektrik.

Untuk lebih mudah sekarang hanya buat bayaran online sahaja daripada phone atau laptop.

Kali ini nak buat bayaran bil elektrik melalui Maybank2u, guna bank online yang lain pun boleh.

Login Ke Online Banking

Layari maybank2u dan masukkan username dan password untuk masuk ke dalam akaun.

Jika anda anda belum mempunyai online banking boleh buat pendaftaran secara online sahaja di website.

Jika ada online banking senang nak guna anytime tanpa perlu beratur panjang.

Tekan Pay & Transfer

Lepas dah login anda akan dibawa masuk ke bahagian utama akaun bank anda.

Lepas tu tengok dan pilih pada bahagian Pay & Tranfer.

Sistem akan bawa ke paparan seterusnya untuk mula membuat transaksi bayaran.

Pilih Tenaga Nasional Berhad

Dalam kotak payee buat carian dengan perkataan Tenaga Nasional Berhad.

Kemudian pilih TNB

pilih tenaga nasional berhad

Masukkan Bil Akaun Nombor

Satu popup akan muncul , tekan tanda ? untuk melihat dimana nak tengok nombor akaun bil elektrik anda.

Dah selesai, masukkan akaun nombor bil elektrik anda.

Akaun TNB 12 digit kemudian tekan confirm.

masukkan nombor akaun bil elektrik

Isi Jumlah Bayaran

Semak dahulu maklumat berikut pastikn betul:

  • Nombor akaun
  • Nama pemilik

Kena semak pastikan betul supaya tidak salah bayar untuk akaun orang lain nanti.

Masukkan jumlah bayaran dan tekan pay.

isi jumlah bayaran bil

Request TAC Number

Step seterusnya dapatkan nombor TAC.

Nombor TAC dihantar kes sms phone anda. Lepas dah dapat, masukkan nombor TAC dan tekan confirm.

bayar bil elektrik dengan maybank2u

Save Receipt Bayaran

Selesai buat bayaran pilih Save receipt untuk download dan simpan resit bayaran elektrik anda untuk rujukan.

save resit bayaran tnb

Penting untuk simpan resit bayaran ini supaya jika berlaku apa masalah tentang bayaran elektrik pada masa hadapan kita ada bukti untuk tunjukkan kepada TNB.

Baca juga kalau baru nak beli rumah Cara Buat Loan Rumah Dengan Bank

Jom Cara Bayar Bil Air Online

Adakah boleh bayar tidak mengikut jumlah yang dicaj dalam bil?

Anda boleh bayar ikut kemampuan anda pada bulan tersebut, baki amaun akan dibawa kebulan hadapan. Bil bulan hadapan akan jadi lebih tinggi. Jangan biar sampai tertunggak.

Selain bayar online dekat mana boleh bayar lagi bil elektrik?

Jika anda tidak mahu bayar secara online anda boleh bayar seperti biasa seperti di pejabat pos, kedai tenaga Tenaga Nasional Berhad dan boleh juga dengan bank bank yang berdaftar.

Related Posts