Semak cukai tanah Terengganu dan buat bayaran mengikut berapa jumlah yang telah dikenakan Pihak Berkuasa Negeri.

Negeri Terengganu adalah salah sebuah negeri yang terletak di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Terengganu terdiri daripada 8 daerah kawasan iaitu:

  1. Kuala Terengganu
  2. Kemaman
  3. Dungun
  4. Marang
  5. Hulu Terengganu
  6. Setiu
  7. Besut
  8. Kuala Nerus

Kutipan hasil cukai tanah di negeri Terengganu di kawal selia oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu.

Penduduk asal Negeri Terengganu atau orang luar yang mempunyai hartanah di Terengganu perlu menjalankan kewajipan untuk membayar cukai tanah setiap tahun.

Pihak pemilik tanah boleh membayar cukai tanah mereka sama ada di kaunter pejabat tanah ataupun membuat bayaran secara online sahaja pada masa ini.

Masuk Ke Portal Online Cukaiptg.Terengganu

Bagi pemilik hartanah yang terletak di dalam negeri Terengganu anda boleh terlebih dahulu membuat semakan cukai tanah Terengganu dan tentang bil cukai tanah anda.

Anda boleh buat semakan cukai tanah berapa jumlah yang perlu dibayar setiap tahun bagi setiap hartanah yang dimiliki oleh anda.

Pihak pentadbir tanah iaitu Pejabat Tanah dan Galian Negeri Terengganu ada menyediakan satu sistem online untuk anda membuat semakan terperincin tentang bil cukai tanah anda.

Untuk membuat semakan cukai tanah di Terengganu anda boleh ikuti cara cara dibawah ini.

1. Layari portal online untuk buat semakan cukai tanah Terengganu di http://cukaiptg.terengganu.gov.my/

2. Selepas itu anda dikehendaki untuk mengisi maklumat sebelum anda boleh buat carian cukai tanah anda.

3. Anda boleh mencari maklumat cukai tanah melalui 2 cara iaitu dengan memasukkan nombor akaun bil cukai tanah anda ataupun membuat carian secara terperinci.

semak cukai tanah terengganu

4. Untuk membuat carian secara terperinci, masukkan dan pilih maklumat yang diminta:

  • Daerah
  • Mukim/Pekan/Bandar
  • Jenis Hakmilik
  • Nombor Hakmilik

Kemudian tekan butang Cari

5. Detail maklumat tentang hakmilik dan jumlah cukai akan dipaparkan.

6. Anda boleh print dan download hasil maklumat carian cukai tanah yang anda telah lakukan.

Buat Bayaran Onlini

Selepas anda selesai membuat carian dan semakan cukai tanah hakmilik anda tadi, seterusnya anda boleh mula buat bayaran.

Bagi yang tidak biasa menggunakan online, anda boleh seperti biasa buat bayaran di kaunter pejabat tanah di kawasan anda di Terengganu.

Pergi ke kaunter ambil nombor giliran, buat bayaran dan terima resit bayaran cukai tanah daripada kaunter.

Namun sekarang anda boleh membuat bayaran secara online untuk bayaran cukai tanah di Terengganu.

Pihak pentadbir tanah Terengganu menggunakan sistem JOMPAY untuk menerima bayaran daripada pemilik hartanah di seluruh negeri Terengganu.

Biller code untuk buat bayaran cukai tanah negeri Terengganu adalah 74021.

Dengan sistem bayaran online menggunakan Jompay ini anda boleh buat bayaran daripada akaun bank anda.

Untuk membuat bayaran cukai tanah Terengganu secara online melalui Jompay anda perlu masukkan maklumat berikut semasa membuat pembayaran dengan akaun bank anda:

  • Masukkan Biller code 74021
  • Bahagian Ref 1 : Nombor akaun cukai tanah
  • Bahagian Ref 2 : Nombor telefon anda

Lakukan pembayaran cukai tanah anda seperti biasa dan apabia selesai sila simpan bayaran resit bayaran cukai tanah tersebut untuk rujukan pada masa hadapan nanti jika ada apa apa masalah timbu dan berlaku.

Dengan menggunakan sistem Jompay untuk membuat bayaran cukai tanah, ianya amat memudahkan pengguna yang mahu buat bayaran secara dalam talian.

Begitulah bagaimana proses yang anda boleh lakukan jika anda ingin semak cukai tanah Terengganu dan seterusnya membuat bayaran.

Baca juga tentang cara Semakan Cukai Tanah Pahang dan cara buat Semakan Cukai Tanah Johor Online serta Semak Cukai Tanah Perlis

Adakah kadar bayaran hasil cukai tanah sama bagi setiap negeri?

Kadar bayaran cukai tanah adalah tidak sama mengikut negeri masing masing

Adakah boleh pembayar tidak membuat bayaran penuh cukai tanah seperti yang tertera didalam bil?

Pembayar dikehendaki membuat bayaran penuh bagi setiap cukai tanah yang hendak dibayar.

Related Posts