Adakah anda tahu bahawa selain menjual barang di facebook anda juga boleh menjual rumah di situ. Kali ini kita lihat bagaimana cara jual rumah di marketplace facebook.
Sebelum kita teruskan berkenaan cara nak iklankan rumah di facebook kita ambil tahu serba sedikit secara ringkas tentang Facebook.
Pengenalan Kepada Facebook
Facebook telah dicipta pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg bersama beberapa orang rakan rakannnya yang lain.
Facebook adalah sebuah laman web sosial ataupun social media yang membolehkan pengguna berkongsi pelbagai maklumat.
Antara maklumat yang boleh dikongsikan adalah seperti video, gambar dan juga penulisan.
Selain itu juga fungsi lain juga ada seperti untuk membuat facebook live dan juga fungsi chatting dengan rakan rakan yang lain.
Pengguna hanya perlu mendaftar dengan mencipta profil untuk digunakan di dalam facebook.
Facebook ini adalah tempat orang bersosial sebenarnya bukan tempat untuk berniaga.
Namun disamping bersosial facebook ada menyediakan perkhidmatan iklan iaitu yang berbayar dan juga yang free.

Kali ini kita ingin bercerita tentang perkhidmatan yang berbayar yang di sediakan oleh facebook iaitu Facebook Marketplace.
Facebook Marketplace ialah perkhidmatan percuma di laman Facebook yang membenarkan pengguna mengiklan barang barang untuk dijual.
Hampir pelbagai jenis barang boleh di jual di dalam marketplace ini.
Dan menariknya rumah juga boleh dijual di sini.
Bayangkan berapa juta pengguna yang ada dalam facebook dan potensi untuk orang lihat iklan anda adalah tinggi.
Sehingga 2019, pengguna facebook mempunyai 2 bilion pengguna aktif bulanan, yang bersamaan dengan kira-kira 41% daripada populasi dunia.
Jadi rugi jika anda tidak guna peluang untuk beriklan menggunakan saluran ini.
Cara Jual Rumah di Marketplace Facebook.
Cara guna marketplace facebook, langkah pertama anda kena ada akaun di facebook terlebih dahulu jika tidak ada boleh daftar dahulu menggunakan email.
Nak mudah gunakan mobile phone anda.

Masuk ke profile anda kemudian tekan garis 3 di sebelah kanan atas.
Kemudian tekan bahagian Marketplace.

Kemudian tekan Sell
Dibahagian Create New Listing klik “Homes for Sale or Rent”

Masukkan gambar rumah maksimum anda boleh masukkan 10 keping gambar.
Masukkan tajuk
Contoh: Rumah Teres Taman Berlian
Masukkan harga
Contoh: RM 300,000
Category pilih “Home Sales”
Masukkan lokasi rumah anda
Masukkan keterangan.
Contohnya:
Rumah 1 tingkat 3 bilik tidur 2 bilik air
Siap tile semua rumah
Berdekatan dengan pelbagai kemudah sekitar
Untuk bahagian keterangan ini anda boleh lihat contoh iklan rumah yang lain sebagai panduan.
Bahagian tags boleh masukkan perkatan seperti “rumah untuk dijual” dan lokasi rumah.
Kemudian klik pada “Next”

Pada bahagian ini anda boleh iklankan iklan anda kepada 20 group facebook yang anda joint.
Kalau belum ada anda boleh joint group facebook sekitar kawasan lokasi rumah yang anda ingin jual seperti group penduduk kawasan perumahan, daerah, negeri dan sebagainya.
Satu listing iklan anda boleh iklankan ke 20 group dengan sekali buat iklan sahaja.
Kalau dah ready semua dan selesai anda boleh klik pada butang “PUBLISH”
Selesai iklan anda telah dihantar dan facebook akan review sebelum mereka approve.
Anda boleh tunggu selepas itu untuk dihubungi oleh orang yang berminat sama ada melalui call, wasap dan juga facebook messenger.
Semoga berjaya menjual rumah anda melalui facebook marketplace.
Bila Kena Start Bayar Loan Rumah Lppsa