bila kena start bayar loan rumah

Apabila anda membuat pinjaman perumahan sama ada melalui bank atau LPPSA dan dah lulus semua prosesnya, jadi bila kena start bayar loan rumah tersebut.

Kebiasaannya majoriti dekat Malaysia ni orang beli rumah menggunakan loan perumahan sama ada daripada bank atau LPPSA.

Tapi ada yang beli rumah secara tunai (cash), ini jarang jarang kita dengar walaupun memang ada.

Bila dah buat loan ni anda mesti ada persoalan ini kan tambahan pula baru first time beli rumah.

Bagaimana nak tahu bilakah nak kena mula start bayar loan rumah?

First kita kena lihat apakah jenis rumah yang dibeli sama ada rumah subsale atau rumah under construction (dalam pembinaan) developer.

Terdapat perbezaan yang nyata bagi kaedah pembayaran pinjaman loan antara dua jenis pembelian rumah ini.

Jadi kita sebagai bakal pembeli rumah mestilah ambil tahu akan hal ini.

Beli Rumah Subsale

Ini adalah khusus bagi pembeli yang buat pinjaman loan rumah melalui bank, untuk pinjaman melalui LPPSA ada di bahagian seterusnya.

beli rumah subsale

Jikalau anda membeli rumah yang telah siap, rumah seconhand (subsale) sama ada daripada pemaju perumahan (developer atau daripada individu.

loan kena start bayar apabila nama pembeli dan penjual dalam geran dah di tukar nama dan anda dah diserahkan kunci untuk masuk rumah rumah oleh peguam hartanah.

Proses pembelian jenis ini agak strait dan mudah berbeza dengan jika anda membeli rumah yang masih dalam pembinaan.

Kalau beli rumah yang dah siap bukan dalam pembinaan daripada pemaju perumahan pastikan, rumah tersebut telah dapat siji Certificate of Completion and Compliance atau dalam Bahasa Melayu adalah Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

Dapat saja kunci maka pembeli dah mula kena start bayar bulan bulan rumah tersebut.

Beli Rumah Dalam Pembinaan

Berbeza sedikit jika buat loan untuk beli rumah yang masih dalam pembinaan daripada developer.

beli rumah dalam pembinaan

Untuk pembayaran loan rumah yang masih dalam pembinaan pembeli haruslah kena bersedia untuk bayar loan meskipun rumah belum siap dan belum dapat diserahkan kepada pembeli.

Perkara ini dikenali sebagai Progressive Payment. Maksudnya ialah pembeli akan kena mula bayar loan rumah bila pemaju telah buat claim duit daripada bank mengikut peratusan tahap kerja kerja pembinaan di tapak.

Peratusan claim ini pembeli boleh rujuk di dalam Sale & Purchase Agreement (Perjanjian Jualbeli S&P) ada dinyatakan jadual peratus untuk claim.

Claim oleh pemaju adalah mengikut tahap progress (kesiapan) projek tersebut.

Untuk mudah lebih faham lihat contoh di bawah ini.

Katakan sebagai contoh bulanan rumah anda RM 1500 sebulan. Selepas beberapa tempoh developer buat claim sebanyak 30% daripada bank.

Peratusan claim bergantung kepada berapa peratus progress unit anda dah siap di tapak.

Jadi selepas bank luluskan duit kepada pemaju sebanyak 30% maka pembeli dah kena start bayar sebanyak 30% daripada jumlah installment bayaran bulanan anda.

Sebagai contoh pengiraannya seperti berikut:

RM 1,500X30%=RM 450 SEBULAN

Jadi anda dah mula kena start bayar loan rumah berjumlah sebanyak RM 450 sebulan walaupun rumah belum siap dan masih dalam pembinaan.

Seharusnya pegawai bank yang melululuskan loan rumah anda telah terangkan keadaan ini jika anda beli rumah under construction.

Begitulah seterusnya, jika developer claim 50% anda juga kena naikkan bayaran bulanan sebanyak RM 750 sebulan.

RM 1,500 x 50% = RM 750 sebulan

RM 1,500X50%=RM 750 SEBULAN

Proses ini berlaku berterusan mengikut perkembangan di tapak perojek sehingga pemaju claim kepada bank 100% ketika rumah dah siap dan dapat CCC dan diserahkan kepada pembeli.

Apabila semuanya selesai, pembeli akan mula bayar kepada bank installment penuh setiap bulan iaitu RM 1,500.

Semoga anda lebih jelas terhadap masalah ini.

Kira 1 meter berapa kaki persegi untuk pengiraan yang lebih tepat.

Bayaran Pinjaman Loan Rumah LPPSA

Bila kena start bayar loan rumah lppsa?

Bagi anda yang bekerja sebagai penjawat awam, selepas anda buat loan tentu anda nak tahu juga waktu nak kena bayar loan rumah lppsa yang anda telah buat.

Penjawat awam di Malaysia diberi kelebihan oleh kerajaan untuk membeli rumah.

Mereka boleh membeli rumah dengan membuat loan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Jika mereka tidak mahu membeli rumah melalui bank mereka boleh pilih lppsa untuk membuat pinjaman perumahan.

Yang menariknya mereka boleh buat pinjaman penuh 100% bagi rumah yang mereka beli.

Loan rumah lppsa adalah amat berlainan dengan loan bank daripada segi tempoh mula untuk bayar.

Bayaran Pinjaman Loan Rumah LPPSA

Mula Bayar Bila Rumah Telah di Serahkan

Bila potongan gaji LPPSA bermula?

Kerajaan begitu menjaga penjawat awam dalam hal ini di mana mereka tidak perlu bayar bulanan rumah selagi mana pihak pemaju tidak serahkan rumah dan kunci kepada pembeli.

Kelebihan ini hanya penjawat awam dapat jika buat loan perumahan melalui lppsa sahaja, jika buat loan melalui bank memang tidak dapat kelebihan ini.

Kepentingan pembeli yang buat loan melalui lppsa memang betul betul dijaga oleh pihak kerajaan.

Maksudnya selagi mana mereka tidak dapat rumah dalam tempoh yang dijanjikan oleh pemaju selagi itulah mereka tidak perlu membayar bulanan rumah mereka.

Perkara ini terpakai sama ada mereka membeli rumah baru daripada pemaju ataupun beli rumah subsale.

Notis akan di hantar kepada mereka untuk pihak lppsa membuat potongan bayaran bulanan rumah di dalam slip gaji.

Lppsa akan mula potong dalam slip gaji bilamana pemaju sudah claim 100% di atas harga jualan rumah.

Start Bayar Bila Tamat Tempoh 24 Bulan Dalam Perjanjian Jualbeli (SNP)

Keadaan ini berlaku disebabkan tarikh anda sign S&P telah sampai 24 bulan namun projek perumahan belum lagi disiapkan oleh pemaju.

buat bayaran rumah

Projek pemaju telah lewat siap melebihi daripada tempoh 24 bulan seperti yang tertakluk di dalam akta untuk menyiapkan sesebuah projek.

Jika situasi ini berlaku dalam bulan ke 25, 26, 27 atau pun dalam 3 bulan selepas tamat tempoh 2 tahun perjanjian jual beli, memang pembeli dah mula kena start bayar loan rumah.

Pada masa inilah penalti akan mula dikira sehingga pemaju serah rumah kepada pembeli. Anda boleh tuntut (LAD) gantirugi lewat serah rumah daripada pemaju bila mereka serah rumah nanti.

Pengiraan akan dilakukan oleh pemaju berdasarkan berapa hari lewat dan juga berapa harga rumah.

Untuk pengiraan caj lewat serah rumah ini ada formula khusus untuk buat pengiraan.

Ini adalah keadaan di mana jika pembeli yang menggunakan lppsa untuk membuat loan rumah.

Anda sekurang kurang nya boleh tahu secara asas bilakah slip gaji anda dipotong dan juga boleh bersedia jika berlaku situasi yang kedua ini.

Bila mana anda perlu buat bayaran bulanan rumah walaupun rumah belum boleh dapat.

Bagi yang membeli rumah subsale maka anda akan mula start bayar bila rumah telah diserahkan sepenuhnya kepada anda.

Bagi yang membeli rumah subsale maka isu rumah lambat siap tidak akan berlaku.

Jadilah Pengguna Yang Sentiasa Alert

Jadi jika anda ingin membeli rumah baru dalam pembinaan daripada pemaju anda boleh semak dulu projek projek mereka yang lepas yang telah disiapkan sebelum ini.

jadi pengguna bijak

Buat kajian dan survey dulu beberapa pemaju yang anda berminat sebelum buat keputusan unutuk membeli daripada mereka.

Sama ada anda beli rumah dengan loan bank atau loan lppsa cara pembayarannya adalah tidak sama mengikut kepada jenis rumah yang dibeli dan juga loan yang digunakan.

Kesimpulan

Jadi berdasarkan maklumat yang telah dihuraikan diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam hal ini.

Apa yang penting adalah anda faham terhadap proses bagaimana pinjaman perumahan ini berfungsi.

Semoga penerangan ini memberi anda kefahaman dalam masalah bila kena start bayar loan rumah ini.

Baca juga tentang Cara Isi Borang Harta Pusaka Online dan Cara Nak Jual Rumah Yang Belum Habis Bayar

Berapa lama bank proses loan rumah?

Biasa bank akan proese permohonan loan rumah dalam tempoh 14 hari bekerja dan tempoh adalah tidak sama bagi setiap bank.

Apakah proses selepas loan rumah lulus?

Proses seterusnya selepas loan rumah lulus adalah proses untuk sign S&P Surat perjanjian jual beli, sign borang 14A dan tunggu sehingga selesai tukar nama di dalam geran.

Bila boleh dapat cashback beli rumah?

Jika anda beli rumah dengan pemaju perumahan yang yang menjanjikan dapat cashback kebiasaannya mereka akan bagi duit cashback tu semasa buat serahan rumah ataupun selepas serahan rumah kepada pembeli.

Related Posts