Bagi anda yang ingin buat pinjaman melalui bank kadang kadang tertanya tanya kenapa loan rumah lambat lulus.
Hal ini adalah kebiasaan memang akan berlaku dan boleh berlaku terhadap mana mana bank sekalipun.
Tidak kira lah sama ada bank yang mempunyai cawangan yang banyak ataupun bank yang kecil.
Proses kelulusan juga bergantung kepada banyak perkara sama ada daripada pihak bank itu sendiri ataupun daripada pihak pembeli itu sendiri.
Tapi nak buat macam mana kan sebab kalau nak beli rumah memang nak kena buat loan bank memang terpakasa tunggu juga walaupun lambat.
Lainlah orang yang ada duit banyak yang boleh beli rumah bayar secara tunai.
Antara sebab utama kenapa loan rumah lambat lulus adalah:
Proses kelulusan pihak bank
Berbeza bank berbeza jugalah sistem untuk mereka proses setiap permohonan loan rumah.
Ada sesetengah bank boleh buat keputusan di cawangan sendiri sama ada sesuatu permohonan loan rumah itu boleh lulus ataupun tidak.
Ada sesetengah bank kelulusan sesuatu loan tidak boleh di buat di cawangan dan kena hantar permohoan ke ibu pejabat terlebih dahulu untuk kelulusan.
Secara logiknya jika sesebuah bank itu boleh membuat keputusan sendiri di bahagian cawangan maka tentunya proses loan akan menjadi lebih cepat.
Sekiranya sesebuah bank perlu menghantar permohonan ke ibu pejabat terlebih dahulu maka proses akan mengambil masa yang lebih lama sedikit.
Namun ianya adalah sesuatu yang subjektif bergantung juga bagaimana seseorang pegawai bank itu menguruskan sesuatu permohonan loan rumah tidak kira mana mana bank sekalipun.
Dokumen pembeli sediakan tidak lengkap
Masalah biasa yang dihadapi semasa permohonan loan rumah adalah masalah pembeli tidak memberikan dokumen yang lengkap seperti yang diminta oleh pihak bank.
Ini perkara biasa sebab orang awam bukannya selalu beli rumah dan mungkin sekali sahaja dalam seumur hidup.
Jadi mungkin dokumen dokumen yang diminta itu ada yang pembeli terlepas pandang dan terlupa.
Bila jadi perkara ini maka pihak bank akan follow up kepada pembeli untuk sediakan dokumen yang tidak lengkap.
Selagi mana dokumen tidak lengkap selagi itulah proses nak masuk loan tidak boleh dilakukan dalam sistem bank.
Status profile kewangan pembeli ada masalah
Dokumen semua dah lengkap pembeli serahkan kepada bank namun kadang kadang score profile kewangan pembeli selepas masuk permohonan tak lepas.
Keadaan ini biasanya berlaku sebagai contoh pembeli nak buat 100% loan tapi bila submit dalam sistem tak lepas, dapat 90% loan sahaja.
Bila ini berlaku biasanya pegawai bank akan cuba submit lagi dan cuba membuat rayuan. Mungkin dapat mungkin tak dapat.
Jadi ini juga akan memakan masa sebenarnya sebab bank nak tolong pembeli.
Jika dah cuba namun tak dapat juga seperti yang dikehendaki oleh pembeli maka pegawai bank tadi akan beritahu sama ada lulus ataupun tidak.
Anda boleh tukarkan hektar kepada ekar jika mahu kira luas tanah pertanian.
Pembeli ada masalah dengan CCRIS
Dalam kes yang lain seperti pembeli ada masalah CCRIS pihak bank akan beritahu terus kepada pembeli sebelum buat permohonan seterusnya.
Kalau nak teruskan permohonan kena setelkan CCRIS terlebih dahulu.
Jadi terpulang kepada pembeli nak teruskan ataupun tidak ataupun boleh cuba bank lain.
Itu adalah antara beberapa perkara yang boleh membuatkan permohonan loan rumah anda lambat untuk tahu keputusan.
Jika perkara perkara tersebut berlaku maka anda boleh hendaklah mengikuti nasihat yang bank berikan untuk mereka luluskan permohonan loan rumah anda.
Berikan kerjasama dengan sediakan apa dokumen yang mereka minta jika tidak cukup dengan secepat mungkin. Lagi lambat anda serahkan lagi lambat loan anda untuk di proses.
Jika semuanya dah cuba dan tidak juga lulus maka anda boleh cuba bank lain pula.
Jika gaji tidak lepas boleh cuba cari hartanah harga yang lebih rendah daripada yang pertama anda masuk loan sebelum ini.
Jangan berputus asa untuk mencuba sehingga anda dapat membeli rumah yang anda idamkan. Teruskan mencuba dan mencuba sehinggalah anda berjaya.
Semoga artikel ini dapat membantu anda serba sedikit tentang permasalahan di atas.
Bila Kena Start Bayar Loan Rumah
Jika anda baru memohon loan perumahan daripada bank bagi masa dalam tempoh 14 hari bekerja untuk bank proses permohonan. Anda akan dapat jawapan dalam tempoh tersebut. Tempoh untuk tahu keputusan loan adalah tidak sama mengikut bank.
Syarat lulus loan rumah yang utama sekali adalah mempunyai gaji yang layak mengikut harga rumah yang ingin dibeli dan satu lagi ialah mempunyai score DSR yang cantik baru senang bank nak bagi loan rumah.