Cara Jual Rumah Pusaka Jika Semua Waris Dah Setuju

cara jual rumah pusaka

Bagaimana cara jual rumah pusaka setelah kematian ayah atau emak.

Rumah pusaka adalah rumah yang diwarisi oleh anak-anak selepas kematian ibu bapa.

Ia adalah harta atau aset keluarga yang dipindahkan kepada generasi seterusnya sebagai sebahagian daripada warisan keluarga.

Rumah pusaka ini boleh mempunyai nilai emosi dan nilai sejarah yang penting bagi keluarga, dan ia sering menjadi lambang semangat kehidupan dan kesinambungan dalam sebuah keluarga.

Namun apabila semua anak beranak sudah keluar bekerja maka mungkin tiada siapa yang duduk lagi rumah pusaka sehingga tinggal terbiar dan usang.

Apabila masing masing sudah ada kerjaya dan keluarga di tempat lain maka siapa lagi yang nak tinggal atas rumah pusaka ini.

Jadi antara jalan terbaik adalah dengan menjualnya jika tidak ada siapa lagi yang mahu tinggal di sana.

Kalau ada salah seorang daripada anak yang mahu tinggal di atas rumah pusaka boleh la juga dia jaga rumah tersebut.

So kalau semua dah sepakat buat keputusan untuk jual rumah pusaka maka anda kena lakukan dengan langkah yang betul.

Buat Pembahagian Harta Pusaka

Sebelum boleh jual rumah pusaka tersebut langkah pertama adalah kena buat permohonan pembahagian harta pusaka terlebih dahulu.

Geran hakmilik rumah pusaka mestilah diturunkan kepada waris waris yang masih hidup.

Undang undang tidak membenarkan harta yang dipunyai oleh orang mati untuk dijual.

Jadi para waris kena dapatkan kelulusan pembahagian pusaka terlebih dahulu.

Untuk membuat pembahagian harta pusaka kita telah terangkan secara panjang lebar sebelum ini.

Anda boleh baca disini ya Permohonan Pembahagian Harta Pusaka

Anda boleh baca panduan tersebut yang mana kita telah terangkan apa yang perlu dilakukan untuk memohon pembahagian harta pusaka.

Mula Proses Menjual Rumah Pusaka

Selepas selesai anda membuat permohonan pembahagian harta pusaka dan nama telah ditukarkan kedalam geran kepada nama nama waris yang ada barulah anda boleh mula menjual.

sebelum menjual rumah pusaka bincangkan dulu bagaimana hasil jualan daripada rumah tersebut untuk dibahagikan kepada waris.

Anda boleh bahagikan duit mengikut bahagian bahagian yang ada dalam geran mengikut faraid ataupun anda dengan waris ingin berikan sama banyak terpulang.

Lepas dah setuju semua barulah anda lakukan proses jualan rumah pusaka.

Tentang kaedah menjual rumah kita dah terangkan dalam banyak artikel anda boleh baca di sini.

Kaedah menjual rumah sama sahaja tak kira sama ada rumah pusaka atau pun bukan rumah pusaka.

Anda boleh baca panduan dan langkah jual rumah yang telah dikongsikan disini Cara Jual Rumah

Pastikan anda ikuti langkah jual rumah tersebut satu persatu supaya mudah untuk anda menjual.

Jika anda nak mudah lagi anda boleh lantik ejen hartanah untuk mereka jualkan rumah pusaka anda. Cuma kena bayar komisen kepada mereka sebanyak 3% daripada harga jualan.

Kesimpulan

Sebagai kata kata akhir menjual rumah pusaka adalah jalan terakhir setelah semua waris tiada yang mahu tinggal lagi diatas rumah pusaka.

Tiada lagi jalan yang baik daripada membiarkan rumah pusaka terbiar ataupun usang lama kelamaan.

Ikutilah cara yang telah dikongsikan diatas tadi untuk anda menjual rumah pusaka supaya anda dapat mudahkan proses penjualan.

Semoga perkongsian cara jual rumah pusaka ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Bagaimana cara menentukan harga jual untuk rumah pusaka?

Harga jual untuk rumah pusaka biasanya ditentukan melalui penilaian hartanah profesional atau melalui perbincangan bersama antara semua waris. Faktor seperti nilai pasaran semasa, keadaan hartanah, dan faktor-faktor lain seperti keadaan pasaran hartanah tempatan perlu dipertimbangkan.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menjual rumah pusaka?

Dokumen-dokumen yang diperlukan termasuk sijil waris yang mengesahkan keahlian waris, surat kebenaran untuk menjual daripada semua waris, salinan sijil hakmilik rumah, serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan hartanah tersebut.

Related Posts