Bagaimana cara kira kaki persegi rumah untuk dapatkan keluasan keseluruhan bangunan.
Bagi anda yang baru membeli rumah ataupun baru bercadang ingin membeli rumah pasti juga ingin tahu berapa keluasan rumah yang anda beli.
Jika anda memang dalam bidang rumah ataupun bangunan anda memnag tidak masalah jika ingin kira keluasan rumah anda sendiri.
Namun bagaimana pula bagi orang yang tidak tahu apa apa tentung ukuran rumah dan baru pertama kali ingin beli rumah.
Tentulah sukar bagi mereka yang zero pengetahuan tentang bangunan ini untuk kira luas rumah mereka sendiri.
Kenalpasti Ukuran Panjang Dan Lebar
Untuk memudahkan pemahaman kita ambil contoh jenis rumah yang mudah sahaja iaitu rumah teres satu tingkat sebagai panduan dalam artikel ini.
Lazimnya bila anda membeli rumah pasti anda akan disertakan dengan pelan rumah yang mengandungi perkara perkara berikut:
- Panjang rumah
- Lebar rumah
- Susun atur dalam rumah seperti living, bilik tidur, bilik air, dapur dan tandas
- Parking
Pelan rumah biasanya ada pada brochure, flyers iklan dan juga di dalam perjanjian jual beli rumah “Sale and Purchase Aggrement” S&P.
Biasanya jika ada berjumpa dengan bahagian jualan rumah mereka akan terangkan secara lengkap keluasan rumah yang dijual oleh mereka.
Namun tidak mengapa bagi yang belum ada pengalaman membeli rumah kali ini kita lihat bagaimana cara kira keluasan rumah iaitu bagunan rumah tersebut.
Sebagai panduan saya sertakan lukisan contoh pelan rumah ringkas sahaja seperti diatas.
Cara pengiraan kita tengok terlebih dahulu ukuran yang ditulis dalam pelan.
Biasanya guna ukuran kaki lebih mudah, jika gunakan ukuran lain seperti meter anda kena convert kepada ukuran kaki.
Saya gunakan ukuran kaki sebab lebih mudah dan terbiasa dengan ukuran ini.
Untuk lebih detail dan mudah faham kiraan bangunan terbahagi kepada 2 iaitu:
Main Floor Area (MFA) | Kawasan utama bangunan rumah yang berdinding |
Ancillary Floor Area (AFA) | Kawasan bangunan rumah yang tidak berdinding |
Merujuk kepada pelan yang saya sertakan diatas, ukuran terdiri daripada:
1. | Panjang bangunan |
2. | Lebar bangunan |
Cara Pengiraan Luas Rumah
Cara nak kira pelan rumah di atas:
Main Floor Area (MFA) | Panjang 50 kaki x Lebar 20 kaki | = 1000 kaki persegi |
Ancillary Floor Area (AFA) (Porch) | Panjang 10 kaki x Lebar 20 kaki | = 200 kaki persegi |
Cara kira keluasan tanah rumah tersebut:
Andaikan tidak ada tanah kosong depan dan belakang.
Panjang ( 50 kaki + 10 kaki ) = 60 kaki panjang x 20 kaki lebar
LUAS TANAH |
60 kaki panjang x 20 kaki lebar = 1200 kaki persegi |
Secara kesimpulannya keluasan bangunan dan tanah tersebut adalah seperti berikut:
Main Floor Area (MFA) | 1000 kaki persegi |
Ancillary Floor Area (AFA) (Porch) | 200 kaki persegi |
Keluasan Tanah | 1200 kaki persegi |
Kalau rumah lebih satu tingkat hanya tambah sahaja luas bangunan mengikut level.
Apa yang saya kongsikan ini hanyalah asas sahaja untuk kira keluasan bangunan.
Formula kiraaan keluasan bangunan adalah:
PANJANG x LEBAR |
Boleh faham tak pengiraan yang saya share ini, kalau keliru atau tak faham cuba ulang baca banyak kali.
Anda boleh gunakan Kalkulator Keluasan Bangunan untuk buat kiraan
Kesimpulan
Sebenarnya panduan cara kira kaki persegi rumah ni adalah untuk orang biasa yang tak pernah faham dan tahu bagaimana nak ukur luas rumah.
Orang awam yang tak pernah belajar tentang ukuran luas bangunan ini boleh la ambil sedikit ilmu ini jika anda berhasrat membeli rumah.
Sekurang kurangnya anda tahu serba sedikit supaya tak mudah kena tipu nanti.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda diluar sana.
Baca juga tentang Cara Cek Defect Rumah Baru
Sama juga dengan kiraan diatas, pastikan tahu berapa panjang dan lebar
Keluasan seekar tanah sama dengan 43560 kaki persegi
Keluasan lot tanah adalah tidak sama mengikut jenis bangunan yang akan didirikan. Biasanya lot tanah akan menggunakan ukuran meter persegi (mp) dan kaki persegi (kp). 1 mp = 10.7639 kp