Kaedah bagaimanakah cara baca geran tanah dan melihat apa isi isi kandungan yang terdapat di dalamnya.
Jika orang tak biasa dalam hartanah atau baru pertama kali tengok geran tentu ia tidak tahu antara isi kandungan didalam geran.
Apa Itu Geran
Geran tanah adalah umpama satu sijil atau surat pengesahan atau suratmilik untuk membuktikan bahawa seseorang itu adalah pemilik kepada hartanah tersebut.
Setiap hartanah sama ada rumah atau tanah mestilah mempunyai hakmilik jika ia dimiliki oleh individu atau syarikat.
Jika tidak ada nama dalam geran tanah maka dari segi undang undang ia dikira bukan hakmilik kepada orang tersebut.
Walaupun sesuatu hartanah diberimilik secara keturunan atau daripada perjanjian mulut, jika tidak ada nama dalam geran ia dikira bukan hakmilik mereka dari segi perundangan.
Pihak Yang Uruskan Geran
Siapakah pihak yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal geran ini?
Jika tidak ada pihak yang menguruskan hal ehwal geran tanah ini tentu lah akan jadi bermasalah dikalangan penduduk.
Jika tidak diuruskan dengan betul dan teratur pasti habis berkelahi orang pasal harta ini.
Jadi kerajaan menubuhkan Pejabat Tanah di setiap daerah di setiap negeri bagi menguruskan hal ehwal tanah di dalam sesuatu daerah.
Jadi untuk masalah tanah, geran, cukai tanah semua diuruskan oleh pejabat tanah.
Jenis Hakmilik Geran
Perkara utama yang terdapat pada geran ialah jenis hakmilik tanah tersebut.
Senarai hakmilik geran dan kod adalah seperti berikut dan dipaparkan pada jenis geran tanah anda:
- Geran (Geran)
- Pajakan Negeri (PN)
- Geran Mukim (GM)
- Pajakan Mukim (PM)
- Hakmilik Sementara Daerah (HSD)
- Hakmilik Sementara Mukim (HSM)
Sumber Pejabat Tanah
Butiran Maklumat Geran
Bahagian dalam geran tanah ini mengandungi antaranya maklumat seperti:
PERKARA | KETERANGAN |
Negeri | Negeri tanah tersebut berada |
Daerah | Daerah mana terletaknya tanah ini |
Bandar/Pekan/Mukim | Dimana terletaknya tanah tersebut bandar mana, pekan mana atau mukim |
Tempat | Lokasi atau tempat spesifik seperti nama kampung lokasi tanah tersebut |
Cukai Tahunan | Jumlah cukai tanah yang perlu dibayar setiap tahun |
Nombor Geran | Contoh nombor geran seperti PT 1234 / No HSM 4321 |
Keluasan | Keluasan tanah dalam hektar atau ekar |
Kategori Penggunaan Tanah | Penggunaan tanah tersebut untuk jenis kegunaan apa seperti bangunan, pertanian, industri |
Nombor Lembaran Piawai | Ini adalah nombor pelan peta dimana kedudukan tanah tersebut berada dalam suatu daerah atau negeri. Contoh nombor pelan seperti 32-D, 30-B |
Nombor Fail | Nombor fail rujukan untuk hartanah itu didalam pejabat tanah |
Pengisytiharan Rezab
Jika sesuatu tanah tersebut berada dalam kawasan Rezab Melayu maka akan tertulis dalam geran tersebut “Pengisytiharan Rezab Melayu”
Jika tidak dinyatakan dalam geran dan tidak terdapat perkataan Rezab Melayu maka tanah tersebut adalah diluar kawasan Rezab Melayu.
Status Pegangan Geran
Status pegangan geran atau hakmilik terbahagi kepada 2 iaitu:
1.Hakmilik Kekal
Status ini adalah hakmilik kekal dan boleh dipegang selama lamanya atau di tulis Geran untuk selama lamanya
2 .Pajakan
Pajakan pula adalah pegangan hakmilik secara bertempoh seperti pajakan tempoh selama 99 tahun atau 66 tahun.
Untuk pegangan pajakan pemilik perlu renew tempoh pajakan jika hampir tamat di pejabat tanah.
Tarikh Geran Didaftarkan
Di dalam geran juga akan tertulis bila tarikh tanah itu didaftarkan beserta cop oleh Pentadbir Tanah.
Dan juga satu lagi tarikh ialah tarikh bila dokumen hakmilik tanah tersebut dikeluarkan.
Syarat Syarat Nyata
Syarat syarat nyata adalah syarat khas mengenai kegunaan tanah tersebut.
Ia tertakluk kepada peruntukan peruntukan Kanun Tanah Negara dan syarat syarat yang telah ditetap oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Biasanya syarat nyata akan menyatakan kegunaan khas tanah tersebut.
Kalau syarat tanah bangunan akan dinyatakan kegunaan bangunan seperti:
- Kegunaan Rumah Teres Sahaja
- Rumah Teres Kos Rendah
- Rumah 2 tingkat
- Rumah berkembar
- Pejabat 2 tingkat
- Rumah kedai 2 tingkat
Jikalau tanah syarat pertanian syarat nyata kegunaan tanah adalah seperti:
- Bendang
- Getah
- Kelapa Sawit
- Dusun
- Koko
- Pokok Kelapa
Jika didalam geran telah dinyatakan kegunaan jenis tanaman dan tuan tanah tanam pokok lain ia adalah menjadi kesalahan dalam perundangan hartanah.
Tuan tanah kena mohon tukar syarat nyata terlebih dahulu dipejabat tanah untuk ubah jenis tanaman.
Pejabat tanah boleh ambil tindakan undang undang jika anda didapati bersalah dalam hal ini.
Sekatan Sekatan Kepentingan
Dalam bahagian ini biasanya akan dinyatakan tentang ” Tanah ini tidak boleh digadai,dipajak, atau ditukar nama melainkan dengan kebenaran Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri”
Rekod Ketuanpunyaan
Di sini akan terdapat siapakah pemilik semasa kepada tanah atau geran tersebut.
Siapa tuan tanah kepada tanah tersebut. Kalau ada ramai pemilik maka ramailah senarai dalam ini mengikut pecahan bahagian masing masing.
Contoh isi kandungan maklumat setiap penama adalah seperti:
- Nama
- Bahagian (Contoh seperti 7/60 bahagian) maksudnya luas tanah pemilik ini dalam geran tersebut
- Warganegara
- Alamat
Cara kiraan bahagian pemilik ada dikongsikan di bawah ini.
Perkara Lain Melibatkan Hakmilik
Contoh perkara lain yang dinyatakan adalah seperti:
- Pindaan harga cukai tanah
- Perserahan bahagian hakmilik akibat pengambilan tanah oleh kerajaan
Pelan Tanah
Ini adalah bahagian last sekali di akhir muka surat geran dan pada bahagian ini disertakan pelan tanah dan sempadan yang diwarnakan
Pelan ini adalah dibuat oleh jurukur yang turun ke tapak untuk buat penentuan sempadan.
Pada bahagian ini juga ada dinyatakan:
- Nombor geran dan nombor lot
- Negeri
- Daerah
- Bandar/pekan/mukim
- Nombor Lemabaran Syit/Peta
- Keluasan
Cara Kira Bahagian Pemilik Dalam Geran Tanah
Jika sesuatu geran itu mempunyai banyak nama, maka ia akan dibahagi mengikut bahagian masing masing.
Biasanya kaedah yang digunakan adalah mengikut sistem faraid dalam Islam.
Ataupun mereka didalam geran bersetuju untuk bahagikan mengikut persetujuan masing masing.
Jadi macam mana nak kira bahagian bahagian tersebut.
Contoh senarai penama dalam geran dan bahagian masing masing.
Tanah pertanian seluas 1.5 hektar dan ada 5 orang penama. Kita buat contoh sahaja ya.
UNIT | NAMA | BAHAGIAN |
1 | ADAM BIN ABDULLAH | 7/60 |
2 | HAWA BINTI ABDULLAH | 7/60 |
3 | MUSA BIN ABDULLAH | 3/20 |
4 | SALWA BINTI ABDULLAH | 7/20 |
5 | ISA BIN ABDULLAH | 4/15 |
Formula Pengiraan Bahagian Dalam Geran Tanah
BAHAGIAN x LUAS TANAH = LUAS TANAH PENAMA |
Cara pengiraan dan jumlah keluasan tanah setiap penama dalam geran tanah.
NAMA | BAHAGIAN |
ADAM | 7/60 x 1.5 hektar = 0.18 hektar |
HAWA | 7/60 x 1.5 hektar = 0.18 hektar |
MUSA | 3/20 x 1.5 hektar = 0.23 hektar |
SALWA | 7/20 x 1.5 hektar = 0.53 hektar |
ISA | 4/15 x 1.5 hektar = 0.40 hektar |
JUMLAH KESELURUHAN 1.5 HEKTAR |
Maksud 7/60 bahagian adalah 7 bahagi 60.
Kemudian dapat dalam bentuk peratus. Peratus tu darab dengan keseluruhan luas tanah.
Hasil daripada kiraan tadi semua penama dah dapat tahu berapa keluasan tanah bahagian masing masing dalam hektar.
Sekarang kita tukar pula luas tersebut kepada ekar dan juga kaki persegi.
1 hektar = 2.471 ekar
1 hektar = 107,639 kaki persegi
Lihat disini Ukuran Keluasan Tanah
NAMA | LUAS BAHAGIAN PENAMA | EKAR PERSEGI | KAKI PERSEGI |
ADAM | 0.18 hektar | 0.43 | 18837 |
HAWA | 0.18 hektar | 0.43 | 18837 |
MUSA | 0.23 hektar | 0.56 | 24219 |
SALWA | 0.53 hektar | 1.30 | 56510 |
ISA | 0.40 hektar | 0.99 | 43056 |
JUMLAH KESELURUHAN 1.5 HEKTAR | 3.71 | 161459 |
Boleh Mula Buat Kiraan Sendiri
Untuk memudahkan lagi kiraan anda, anda boleh gunakan kalkulator untuk kira setiap bahagian pemilik di sini Kalkulator Kira Bahagian Dalam Geran
Semua dah dapat tahu keluasan tanah bahagian masing masing seperti contoh diatas.
Sekarang anda dah boleh kira sendiri, ambil geran anda dan mula buat kiraan berapa luas tanah bahagian nama anda.
Mula mula memang pening sikit tapi tak mengapa kalau rajin boleh cuba banyak kali nanti lama lama boleh la.
Anda sebenarnya tak perlu pun kira sendiri tapi untuk pengetahuan apa salahnya belajar kan.
Jadi begitulah proses atau cara baca geran tanah yang anda boleh fahami secara asas.
Harap dapat share info ini kepada semua kenalan anda.
Bagaimana Kaedah Penilaian Harta Tanah Yang Boleh Anda Tahu Secara Ringkas
Geran tanah hanya dikeluarkan hanya 1 sahaja bagi setiap satu hartanah
Anda boleh menjual bahagian keluasan yang dimiliki oleh anda sahaja tanpa mengganggu luas tanah penama penama yang lain. Biasanya dikenali sebagai “Jual Bahagian”