Bagaimana cara cek defect rumah baru selepas diserahkan oleh developer kepada pembeli.
Seronok dan teruja apabila dapat memiliki kediaman dan rumah baharu pertama kali dalam seumur hidup. Tahniah saya ucapkan kepada anda.
Bukan senang nak memiliki rumah pada zaman sekarang jika mempunyai gaji yang rendah dengan harga rumah yang semakin hari semakin menaik.
Hanya yang berkemampuan sahaja yang layak memiliki rumah, manakala yang belum layak teruskan berusaha untuk dapatkan rumah anda yang pertama.
Kali ini kita nak ceritakan tentang satu proses bila mana anda beli rumah baharu ada satu proses yang anda perlu lakukan selepas dapat rumah.
Ia selaras dengan undang undang yang diperuntukkan oleh KPKT
Selepas dapat Sijil CCC maka pemaju perumahan akan mula serahkan rumah kepada semua pembeli yang telah sign Perjanjian Jual beli rumah S&P.
Semasa serahan rumah dilakukan, kunci rumah juga akan turut serta di serahkan.
Selain itu ada satu borang yang juga diberikan oleh mereka iaitu borang untuk anda buat defect rumah.
Apakah tujuan untuk buat defect rumah ini ?
Secara mudah nak bagi faham, tujuan untuk pembeli buat defect rumah mereka adalah bagi tujuan untuk mereka mengenalpasti kerosakan kerosakan yang masih ada pada rumah mereka.
Rosak disini bukanlah bermaksud rumah itu rosak, rosak disini bermaksud defect defect kecil(kecacatan pada bangunan) yang masih ada ketika kontraktor selesai buat rumah.
Selalunya defect yang ada adalah minor defect sahaja iaitu kecacatan kecil pada bangunan yang boleh diperbaiki oleh pemaju dalam masa yang singkat.
Contoh defect yang sering berlaku adalah seperti terdapat lubang di sekitar suis plug, cat yang tak sekata, cat menitik di lantai dan lain lain lagi la.
Ianya bukanlah major defect sehingga membuatkan sesebuah rumah itu tidak boleh berfungsi.
Kali ini kita lihat bagaimana cara nak buat defect secara ringkas.
Sediakan Alat Untuk Menanda
Bagi tujuan membuat defect rumah yang baru ini antara yang diperlukan untuk memudahkan kerja adalah alat untuk menanda.
Tujuannya penandaan ini dibuat adalah bagi memudahkan kontraktor nampak rosak yang anda tanda tersebut dekat mana.
Jadi apabila mereka masuk kerumah mereka tidak perlu lagi cari dekat mana yang rosak sebab anda dah tanda, jadi mereka boleh terus lakukan kerja pembaikan.
Bawa Bersama Senarai Checklist Defect
Biasanya borang defect yang diberikan pemaju ada ditulis part dan ruang yang anda boleh cek dan semak di dalam rumah seperti bilik, ruang tamu dan dapur.
Level | Section Area |
First Floor | Porch/Parking |
Living | |
Dining | |
Bedroom 1 | |
Kitchen | |
Toilet | |
Terrace | |
Second Floor | Family Area |
Master Bedroom + Bathroom | |
Bedroom 2 | |
Bedroom 3 | |
Bathroom | |
Balcony |
Contoh Checklist Defect Yang Boleh Dilihat:
- Cat yang tidak sekata
- Terdapat lubang pada sekitar dinding suis plug
- Tompokan cat pada lantai
- Pemasangan tile yang tidak sekata/senget
- Kunci dan tombol pintu tak boleh guna
- Pintu kayu berlubang disebabkan serangga
- Dinding atau lantai ada serpihan
- Bumbung bocor
- Suis tidak boleh digunakan
- Cermin tingkap pecah/retak/crack
- Sliding door ketat bila nak tarik
- Air masuk melalui tingkap bila hujan
- Air bertakung di balcony
- Paip bocor di dinding
- Cat dinding mengelupas
- dan banyak lagi ikut atas tahap ketidakpuashatian masing masing boleh tanda sebanyak mungkin.
Selain itu jangan lupa bawa kunci kunci yang telah diserah kan oleh pemaju sebelum ini. Anda kena test semua kunci yang diberikan.
Contoh gambar defect pada bangunan rumah
Tandakan Pada Bahagian Rumah Yang Rosak
Lepas dah kenal pasti bahagian rumah yang rosak anda jangan lupa tandakan.
Biasanya orang akan guna marker pen dan pita pelekat yang kesat untuk pelekat di dinding dan juga untuk tulis di atasnya.
Disamping pelekat dan tulis anda juga boleh buat tanda panah dan tulis kerosakan yang anda nak kontraktor perbaiki.
Hantar Laporan Kepada Pemaju
Disamping anda tanda anda juga boleh tuliskan tempat yang anda tanda tersebut dan hantar kepada pemaju.
Ada pembeli rumah siap hantar report bergambar lagi dan mereka buat sendiri semua tu.
Kalau anda rajin bolehla buat macam tu dan email kepada pemaju.
Nanti free baca juga Baca Ni Kalau Nak Tahu Cara Jimat Masuk Rumah Baru.
Tunggu Kontraktor Repair Sehingga Selesai
Lepas pembeli dah buat defect dan serahkan laporan kepada pemaju maka tiba giliran untuk kontraktor masuk kerumah pembeli dan kutip semua defect yang pembeli tandakan didalam rumah dan juga diluar rumah.
Lepas dah siap kontraktor kutip dan buat repair pembeli boleh semak semula kerja kerja yang dilakukan oleh kontraktor adakah masih ada yang tertinggal atau semua defect mereka dah kutip.
Pastikan anda semak betul betul berdasarkan laporan defect yang anda serahkan kepada pemaju sebelum ini.
Jika semua dah ok maka selesailah proses defect selepas pemaju serah rumah dan anda boleh start masuk.
Anda tak boleh masuk duduk selagi mana kontraktor belum selesai buat defect rumah ya.
Begitulah gambaran secara ringkas bagaimana cara defect rumah baru dilakukan, saya pon banyak perhati daripada pembeli yang buat defect sebelum ini.
Sekarang ini jika anda tak nak buat defect sendiri mungkin sebab leceh atau tidak ada masa, anda boleh lantik syarikat yang buat defect rumah ini.
Syarikat syarikat ini menyediakan servis defect siap laporan bergambar disediakan malahan ada yang mereka cek sampai ke atas bumbung.
Mungkin anda boleh cuba perkhidmatan daripada syarikat syarikat ini jika anda ada duit yang lebih.
Harga saya tak pasti berapa yang mereka caj.
Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran kepada anda macam mana cara cek defect rumah baru anda nanti.
Tentu bagus juga kalau ada CCTV kan. 5 Sebab Anda Perlu Pasang CCTV Di Rumah
Baca juga Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sijil Layak Menduduki Rumah CCC?
Boleh tidak ada masalah dan tidak menjadi kesalahan.
Terma buat defect ini hanya ada pada rumah baru yang dibeli daripada pemaju sahaja. Kalau beli rumah subsale kena terima condition sesuatu bangunan tersebut sebagaimana anda nampak. Lepas beli kalau ada rosak kena repair sendiri.