Teknik Snowball Bayar Hutang Habis Cepat

teknik snowball bayar hutang

Bagaimana cara teknik snowball bayar hutang yang boleh dilakukan jika anda mahu habiskan hutang secepat mungkin.

Hutang adalah perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita semua.

Bermacam macam jenis hutang yang ada dalam dunia ini yang ditawarkan oleh pihak pihak yang berkemampuan.

Namun jika anda mengalami masalah hutang yang banyak dan semakin bertambah, mungkin teknik snowball ini boleh membantu dan memberi jawapan kepada masalah kewangan anda.

Di dalam artikel ini kita akan melihat atau menerangkan teknik bayar hutang snowball dan bagaimana ia boleh membantu anda keluar daripada hutang dengan lebih cepat.

Apakah Kaedah Teknik Snowball?

Teknik snowball adalah kaedah yang popular untuk menghabiskan dan menguruskan hutang yang banyak dipraktiskan dalam dunia ini.

Caranya adalah dengan membayar hutang anda yang berjumlah kecil kepada yang paling besar, tanpa mengira kadar faedah.

Dengan cara ini, anda akan mendapat kesungguhan apabila anda berjaya melunaskan hutang yang lebih kecil, yang seterusnya akan mendorong anda untuk teruskan proses ini sehingga semua hutang selesai dilunaskan.

Senaraikan Semua Hutang Anda

Langkah pertama dalam menggunakan teknik snowball adalah dengan menyenaraikan semua hutang yang anda ada.

Ia adalah merangkumi semua semua hutang seperti PTPTN, kad kredit, pinjaman peribadi, dan apa-apa jua hutang lain yang anda miliki.

Pastikan anda mencatat jumlah hutang, kadar faedah, dan berapa bayaran setiap bulan.

Tentukan Anggaran

Langkah seterusnya adalah anda perlu menentukan berapa banyak wang yang boleh anda sumbangkan setiap bulan untuk membayar hutang anda.

Maksudnya selepas anda buat bajet bulanan masih ada duit yang anda tidak gunakan dalam masa sekarang.

Maka duit tersebut anda boleh jadikan untuk tambahan kepada bayar loan yang anda mulakan dengan teknik snowballs ini.

Contohnya anda ada lebihan RM 200, maka duit inilah yang anda boleh topup untuk bayar loan nanti.

Kalau ada lagi banyak maka lagi cepat anda boleh langsaikan hutang hutang anda.

Bayar Hutang Terkecil Terlebih Dahulu

Sekarang, beralih kepada langkah utama teknik snowball. Mulakan dengan membayar hutang terkecil anda terlebih dahulu. Ini tidak kira kadar faedahnya.

Dengan melakukan ini, anda akan dapat melunaskan hutang ini dengan lebih cepat dan mendapatkan rasa pencapaian yang positif.

Kita lihat contoh dibawah supaya lebih mudah faham bagaimana teknik ini digunakan.

Katakan Ahmad mempunyai tiga jenis hutang:

  1. Kad Kredit: Hutang RM5,000 dengan bayaran minimum RM200 sebulan dan kadar faedah 18% setahun.
  2. Pinjaman Peribadi: Hutang RM8,000 dengan bayaran minimum RM350 sebulan dan kadar faedah 12% setahun.
  3. Pinjaman Kereta: Hutang RM20,000 dengan bayaran bulanan RM500 dan kadar faedah 5% setahun.

Bagaimana nak praktiskan menggunakan teknik snowball:

Langkah 1: Senaraikan Semua Hutang

Ahmad membuat senarai hutangnya beserta jumlah, bayaran minimum, dan kadar faedah.

Langkah 2: Tentukan Anggaran

Ahmad memeriksa bajet kewangannya dan mendapati bahawa dia boleh membelanjakan tambahan RM200 sebulan untuk membayar hutang. (Ini lebihan yang diterangkan di atas tadi)

Langkah 3: Bayar Kad Kredit Terlebih Dahulu

Ahmad memulakan dengan membayar hutang kad kreditnya yang paling kecil, iaitu RM5,000.

Dengan menambah bayaran tambahan RM200 kepada bayaran minimum, dia membayar RM400 sebulan ke atas hutang kad kredit ini.

Hutang hutang lain masih dibayar seperti biasa dengan jumlah amaun yang asal.

Langkah 4: Teruskan Proses Ini

Setelah hutang kad kredit dah bayar habis dalam masa beberapa bulan, seterusnya Ahmad kena ambil jumlah keseluruhan pembayaran bulanan kad kredit tadi (RM400) dan menambahkannya kepada bayaran bulanan pinjaman peribadi (RM350).

Sekarang, dia membayar pula RM750 sebulan untuk pinjaman peribadi. Dia mengulang proses ini sehingga semua hutangnya selesai dibayar.

Ok sekarang 2 hutang Ahmad dah selesai sekarang tinggal satu lagi hutang kereta untuk dilangsaikan.

Untuk bayar hutang kereta dengan lebih cepat dia kena tambah duit bayaran hutang kad kredit RM 400 dan pinjaman peribadi RM350 tambah dengan jumlah hutang kereta RM500.

Jadi jumlah keseluruhan sekarang dia bayar hutang kereta adalah sebanyak RM 400 + RM 350 RM500 =RM 1250.

Jadi sekarang Ahmad buat bayaran bulanan untk hutang kereta sebanyak RM 1250 berbanding sebelum ini RM 500 sahaja sebulan.

Hutang kereta Ahmad akan cepat habis kerana buat bayaran yang lebih besar daripada jumlah kebiasaan.

Begitulah caranya setelah hutang terkecil anda habis, ambil jumlah yang sama yang anda gunakan untuk bayar hutang itu dan tambahkan kepada pembayaran bulanan hutang berikutnya.

Ini akan memberi kesan seperti bola salji yang semakin membesar apabila anda melunaskan hutang yang lebih besar. Teruskan proses ini sehinggalah semua hutang anda selesai dibayar.

Kesimpulan

Teknik bayar hutang snowball ini adalah kaedah yang berkesan untuk menguruskan hutang dan mencapai kebebasan kewangan dengan lebih cepat.

Namun ia memerlukan motivasi dan disiplin yang kuat untuk menguruskan wang yang ada.

Dalam tempoh melakukan teknik ini anda tidak boleh membuat apa apa hutang baru selagi mana hutang lama belum habis.

Kalau nak buat hutang baru terpulang kepada masing masing. Seeloknya jangan membuat hutang baru.

Jadi jika anda sudah faham anda sudah boleh mulakan teknik snowball bayar hutang dengan kadar segera hari ini juga.

Bolehkah Blacklist Jadi Penjamin

Apakah kelebihan menggunakan teknik snowball dalam pembayaran hutang?

Kelebihan utama adalah memberikan motivasi dengan melihat hutang yang lebih kecil dilunaskan lebih awal, meningkatkan keyakinan dan keinginan untuk terus membayar hutang. Ia juga membantu mengurangkan beban hutang secara beransur-ansur.

Bagaimana cara memulakan penggunaan teknik snowball?

Mulakan dengan membuat senarai semua hutang yang anda miliki, termasuk baki hutang, kadar faedah, dan pembayaran minimum bulanan. Kemudian, tentukan jumlah tambahan yang boleh anda bayarkan setiap bulan, dan gunakan jumlah tambahan tersebut untuk membayar hutang yang terkecil.

Related Posts