Anda boleh baca di sini cara nak pilih ejen hartanah untuk mengurangkan risiko kena tipu.
Dalam dunia jual beli hartanah yang sentiasa berubah, peranan seorang ejen hartanah menjadi semakin penting dalam membantu individu menjual atau membeli hartanah dengan berjaya sehingga selesai.
Walau bagaimanapun, dengan banyaknya ejen hartanah yang beroperasi, risiko untuk terjebak dalam urusan yang merugikan boleh meningkat jika tidak berhati-hati dalam pemilihan ejen.
Artikel ini akan membincangkan langkah-langkah bijak yang perlu diambil apabila anda mahu melantik ejen hartanah dengan memberikan tumpuan kepada semua aspek.
Dengan memahami proses ini dengan lebih mendalam, anda akan dapat memastikan pelantikan ejen hartanah yang cekap dan bagus akan membantu anda mencapai matlamat.
Rujuk LPPEH
Setiap agensi hartanah profesional mestilah berdaftar dengang LPPEH.
LPPEH adalah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta merupakan badan yang ditugaskan untuk mengawal selia Penilai, Pentaksir, Ejen serta Pengurus Harta Tanah di Malaysia.
Ini akan membantu memastikan mereka mematuhi etika profesional dan peraturan yang diperlukan.
Anda boleh semak senarai nama syarikat ejen hartanah yang anda ingin lantik di website LPPEH di https://lppeh.gov.my
Pergi kepada bahagian Search dan pilih pada bahagian Search for Negotiator.
Semua agensi ejen hartanah yang berdaftar ada disenaraikan di dalam website ini.
Jika tidak ada nama agensi yang anda cari tersebut mungkin agensi tersebut tidak berdaftar, kena tanya balik ejen hartanah mereka sama ada mereka berdaftar atau tidak.
Pastikan Ada Pejabat Urusan
Agensi hartanah yang berlesen mesti mempunyai pejabat urusan yang sah untuk mereka beroperasi.
Pejabat ini adalah tempat perjumpaan anda pelanggan dan juga ejen ejen hartanah di bawah seliaan mereka.
Jika tidak ada pejabat urusan yang boleh anda kunjungi maka ada perlu berfikir 2 kali jika nak lantik ejen hartanah tersebut.
Semak Nombor REN
Setiap ejen hartanah yang berdaftar akan mempunyai nombor REN mereka sendiri.
Nombor REN ini akan dapat setelah mereka masuk kursus untuk menjadi ejen hartanah.
Setelah lulus barulah nombor REN ini akan diberikan.
Nombor REN ini berfungsi sebagai nombor rujukan REN dan sentiasa perlu ada ketika mereka melakukan kerja.
Ejen hartanah juga akan dibekalkan name card untuk diberikan kepada semua pelanggan mereka.
Semak Reputasi dan Pengalaman
Selidik latar belakang ejen hartanah tersebut. Tanya tentang pengalaman mereka, sejarah pekerjaan mereka, dan rekod kejayaan dalam urusan hartanah.
Lihat juga jika mereka mempunyai akaun media sosial sama ada aktif ataupun tidak.
Boleh juga lihat akaun mereka di website Mudah atau laman web hartanah yang lain jika ada.
Pastikan mereka aktif dan mempunyai rekod yang baik dalam menjalankan perniagaan hartanah.
Periksa Ulasan dan Maklum Balas
Jika ada kenalan anda yang pernah menggunakan khidmat ejen hartanah anda boleh bertanya kepada mereka juga.
Tanya bagaimana servis dan perkhidmatan yang diberikan oleh ejen hartanah yang anda nak lantik ini semasa berurusan dengan kenalan anda.
Jika mereka memberi alasan yang positif maka ia adalah signal yang baik tetapi jika kenalan anda memberika alasan yang negatif maka anda perlu elakkan.
Boleh Berikan Info Yang Jelas
Ejen hartanah yang cekap dan tahu selok bleok jual beli hartanah mereka boleh memberikan semua jawapan yang lengkap jika anda bertanya soalan.
Ketika berjumpa dengan ejen hartanah tanyakan soalan-soalan yang relevan mengenai pasaran hartanah, harga semasa, proses jualan atau pembelian hartanah, dan sebagainya.
Ejen hartanah sepatutnya dapat menjawab dengan jelas dan memberikan nasihat yang baik kepada anda.
Kesimpulan
Sebagai kata kata akhir memilih atau menapis untuk melantik ejen hartanah yang tepat adalah langkah penting dalam mendapatkan proses jual beli hartanah anda berjalan lancar.
Bagi memastikan kejayaan transaksi hartanah dan mengelakkan penipuan, kita perlu mengambil langkah-langkah bijak ini.
Pertama, pastikan ejen anda mempunyai lesen dan reputasi yang baik dalam industri hartanah.
Selidik latar belakang mereka, minta rujukan, dan baca ulasan daripada pelanggan terdahulu.
Jika ada sesuatu yang tidak kena atau anda rasa tidak selesa dengan ejen tertentu, pertimbangkan untuk mencari ejen yang lain.
Melantik ejen hartanah yang boleh dipercayai adalah langkah awal yang penting untuk mencapai matlamat hartanah anda tanpa sebarang risiko atau kekecewaan.
Dengan mengambil tindakan berjaga-jaga ini, anda dapat memastikan urusan anda akan dipermudahkan.
Semoga dengan cara nak pilih ejen hartanah ini dapat membantu anda diluar sana.
Jual Rumah Guna Agen Atau Sendiri Mana Satu Pilihan
Ya, adalah bijak untuk bertemu dengan beberapa ejen hartanah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai kepakaran, gaya kerja, dan personaliti mereka. Ini membantu anda membuat pilihan yang lebih baik berdasarkan keperluan dan kehendak anda.
Ciri-ciri penting termasuk pengalaman, reputasi, kepakaran dalam kawasan yang berkenaan, ketekunan, kebolehan berkomunikasi, serta kebolehan untuk memahami dan menyesuaikan keperluan peribadi anda.