Bagaimanakah cara tuntut wang tidak dituntut yang boleh kita lakukan untuk dapatkan semula duit kita jika ada dimana mana institusi.
Kita mungkin telah lama dan tak ingat di mana kita ada simpan atau gunakan duit kita sebelum sebelum ini.
Sehinggakan ada antara kita yang telah lupa akaun bank yang kita buka sebelum ini sehinggalah bank terpaksa tutup dan bekukan akaun kita sebab tidak aktif.
Biasalahkan sifat manusia adalah pelupa lebih lebih lagi jika kita ada banyak gunakan pelbagai jenis perkhidmatan pada masa yang lepas.
Namun pada masa ini kerajaan sudah menyediakan satu perkhidmatan dimana kita boleh semak samada adakah terdapat duit kita yang masih boleh kita dapatkan semula hak kita.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan untuk menyemak duit anda melalui sistem egumis.
Jadi sekarang kita bolehlah semak jikalau ada duit kita yang masih ada dekat mana mana pertubuhan atau institusi yang boleh kita tuntut.
Mana tahu jika ada rezeki dapatlah sedikit duit jika ada duit yang masih boleh dituntut.
Daftar Akaun Egumis
Jadi kali ini kita akan lihat bagaimana cara semak wang tak dituntut melalui online yang boleh kita lakukan.
Untuk mengetahui cara tuntut wang di egumis anda boleh ikuti langkah langkah di bawah ini.
Pertama sekali apa yang perlu dilakukan bagi membolehkan anda menyemak duit anda adalah kena daftar dulu akaun sebagi pengguna.
Untuk mendaftar klik pada link ini Pendaftaran EGUMIS
Kemudian isi maklumat maklumat yang diminta seperti:
- Nama penuh
- Jenis kad pengenalan (Mykad atau Passport)
- Nombor kad pengenalan
- Nama Pengguna (Username)
- Kata Laluan (Password)
- Ulangi kata laluan (Password)
- Tandakan setuju pada segala terma dan syarat
- Tandakan saya bukan robot
- Kemudian klik pada butang Daftar
Selepas selesai daftar anda boleh login masuk untuk mulakan carian dan semakan duit anda jika ada.
Untuk semak wang tidak dituntut dengan jabatan akauntan negara apa yang diperlukan adalah nombor kad pengenalan sahaja.
Jadi anda juga boleh buat semakan untuk orang lain juga yang penting tahu nombor kad pengenalan.
Selepas dah login masuk pertama sekali adalah kena isi maklumat pada bahagian profile.
Antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti:
- Nama penuh
- Alamat
- Nombor telefon bimbit untuk dihubungi
Setelah selesai isi tekan butang “Simpan”
Semak Wang Tak Dituntut
Selepas dah selesai update profile anda boleh mulakan carian, klik pada bahagian “Carian Wang Tak Dituntut”
Kemudian masukkan nombor kad pengenalan pada kotak yang disediakan kemudian klik pada butang “Cari”
selepas anda buat carian jika ada duit yang masih boleh dituntut, sistem egumis akan paparkan senarai maklumat berkaitan duit pemilik yang ada.
Antara maklumat dalam carian yang dipaparkan adalah seperti:
- Nama empunya/pemilik duit
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Rujukan
- Jenis wang tidak dituntut cotoh seperti akaun simpanan atau tuntutan insuran
- Tahun kewangan
- Nama Entiti seperti nama bank
- Amaun/Jumlah duit yang boleh dituntut
Saya dah buat carian di egumis dan hasilnya ditunjukkan seperti gambar dibawah.
Alhamdulillah ada juga duit yang boleh dituntut sebanyak RM 106.63, jadilah kan ada juga walaupun tak banyak.
Selepas dah dapat hasil carian anda boleh teruskan untuk proses permohonan lanjut.
Untuk teruskan tandakan pada semua jenis tuntutan wang yang anda ingin lakukan kemudian klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”
Anda akan diminta untuk isi maklumat penerima.
Klik pada butang tambah penerima, apabila popup muncul tandakan sama seperti maklumat pemohon kemudian klik “simpan”.
Jangan lupa untuk masukkan maklumat akaun bank anda seperti nama bank dan juga nombor akaun bank. Kemudian klik pada bahagian “Seterusnya”
Upload Dokumen Untuk Pengesahan Tuntutan Wang
Selepas itu anda akan diminta untuk upload dokumen seperti berikut:
- SALINAN KAD PENGENALAN AWAM/ TENTERA/ POLIS / PASSPORT/ PENDAFTARAN SYARIKAT
- SALINAN PENYATA AKAUN BANK AKTIF/ (LIKUIDASI)
Klik pada bahagian muatnaik untuk upload semua dokumen anda.
Selepas selesai updoad kemudian klik pada bahagian “Seterusnya” pada sebelah bawah
Anda akan di bawa kepada bahagian pengakuan dan pengesahan
Pastikan anda semak dan tandakan Right pada butang yang disediakan,
Sila tandakan kedua-dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS.
Semak semua maklumat yang anda telah isi pastikan semuanya betul, selepas dah semak klik pada bahagian “Hantar” pada sebelah bawah.
Selepas dah selesai hantar permohonan anda boleh print maklumat permohonan anda. Klik Cetak untuk print dan simpan maklumat permohonan anda tersebut.
Bila Wang Akan Dapat
Pengalaman saya sendiri membuat tuntutan wang ini.
Selepas selesai semua permohonan anda akan menerima email daripada egumis memaklumkan anda telah berjaya membuat permohonan tuntutan wang. (Tempoh 24 jam)
Selesai permohonan anda dihantar untuk tuntut wang anda. Jadi sekarang hanya perlu tunggu pihak egumis semak permohonan dan sahkan dokumen anda. (Tempoh 2 minggu)
Jika semuanya ok dan dokumen tidak ada masalah maka duit akan ditransfer masuk terus ke akaun yang kita isikan semasa permohonan tersebut. (Tempoh 2 minggu)
Jadi secara keseluruhannya permohonan saya sehinggalah duit masuk kedalam akaun memakan masa selama 1 bulan jika tidak ada apa apa masalah.
Dalam tempoh proses permohonan ada 3 email yang dihantar:
- Permohonan
- Pengesahan dokumen
- Notifikasi bayaran
Begitulah cara cara tuntut wang tidak dituntut yang anda boleh lakukan dengan hanya menggunakan kaedah online sahaja.
Baca juga tentang Cara Check Baki KWSP Tanpa I Akaun
Had carian yang dibenarkan adalah hanya 2 carian sahaja sehari
Anda boleh buat carian untuk orang lain juga dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan mereka.