semak baki ptptn

Jom kita semak baki Ptptn berapakah jumlah semasa ataupun berapa bulan tunggakan jika pernah miss bayar.

Siapa siapa yang sambung belajar ke universiti atau kolej diberi peluang untuk memohon pinjaman pelajaran melalui Ptptn ini.

Boleh katakan hampir semua majoriti akan mengambil peluang bagi membuat pinjaman Ptptn ini.

Sebab sambung belajar memang banyak memerlukan duit seperti kos yuran pinjaman dan juga kos untuk sara hidup pelajar setiap semester.

Kalau orang yang keluarga mereka banyak duit mungkin tidak perlukan kepada pinjaman Ptptn.

Namun bagi golongan keluarga mereak tidak mampu mahu tidak mahu terpaksa ambil juga loan Ptptn ini untuk membolehkan anak anak mereka sambung belajar.

hanya dengan memberi pendidikan sahaja dapat mengubah nasib anak anak itu sendiri seterusnya dapat membantu keluarga mereka setelah mereka bekerjaya.

PTPTN adalah singkatan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Badan ini telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

PTPTN telah mula beroperasi pada tarikh 1 November 1997 beralamat di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Peranan dan fungsi Ptptn ditubuhkan ialah untuk:

  • menguruskan dan menyelaras pinjaman pendidikan tinggi
  • Mengutip balik bayaran balik pinjaman yang telah diberikan
  • Menyediakan skim simpanan dan menjaga deposit untuk tujuan pendidikan tinggi
  • Melaksanakan lain lain fungsi yang diberikan kepada daripada masa ke semasa

Dah habis belajar jom kita tengok macam mana nak buat semakan Ptptn

Daftar Pengguna Akaun Online PTPTN

Sebelum nak check baki Ptptn pastikan anda telah mempunyai akaun pengguna website Ptptn.

Jika telah membuat pinjaman memang sepatutnya dah daftar akaun sebagai pengguna.

Jika belum ada boleh daftar segera di website Ptptn.

Login Ke Akaun Utama

Pilih pada bahagian E-Perkhidmatan Bayaran Balik

Lihat pada bahagian Penyata Pinjaman

Masukkan nombor kad pengenalan kemudian klik “Semak”

Masukkan Kad Pengenalan dan kata laluan/password anda kemudian klik Login.

Pada bahagian ini anda akan ditunjukkan paparan menu apa yang boleh didapati di dalam akaun pengguna ini.

Pengguna boleh melakukan:

  • Melihat senarai pendaftaran pinjaman sebelum ini
  • Boleh buat pendaftaran baru
  • Mohon pinjaman baru
  • Tukar password dan email
  • Semak penyata baki
  • Lihat transaksi penyata baki secara details
  • dan perkhidmatan perkhidmatan lain

Semak Penyata Baki

Pada menu sebelah kiri pilih bahagian Penyata Baki.

Sistem akan tunjukkan penyata baki anda dan apa yang terkandung dalam penyata tersebut adalah seperti:

  • Kad Pengenalan, nama, dan alamat
  • Insuran pinjaman Ptptn
  • Kos pentadbiran
  • Baki semasa terkini akaun
  • Tunggakan semasa jika ada
  • Boleh lihat details amaun yang dicaj setiap bulan insuran dan upah
  • Download dan print
  • Boleh terus buat bayaran melalui online
penyata baki ptptn

Selesai semak baki Ptptn memang sangat sangat mudah dilakukan sebab tak banyak step.

Jadi sekarang dah tahu berapa baki semasa Ptptn atau jika ada tunggakan boleh kita buat bayaran untuk orang lain pula nanti nak pinjam dan sambung belajar.

Sumber daripada Ptptn

Jangan lupa baca juga Kalau Ada CCRIS Ptptn Boleh Apply Loan Rumah Tak?

Bagaimana cara bayar ptptn?

Anda boleh bayar ptptn dengan dua kaedah iaitu dengan buat bayaran di kaunter atau buat pembayaran secara online

Selain bayaran pinjaman belajar apa lagi yang perlu dibayar?

Peminjam perlu bayar kos pentadbiran dan juga insuran pinjaman.

Related Posts