Apakah Maksud Non Bumi Lot Didalam Hartanah?

maksud non bumi lot

Pernah tak anda membaca dan tertanya tanya apa maksud non bumi lot yang terdapat dalam undang undang tanah di dalam negara ini.

Geran adalah sesuatu yang penting bagi sesuatu hartanah bagi membuktikan sesuatu hartanah tersebut adalah hakmilik seseorang individu.

Geran adalah sangat penting kerana jika anda ingin membeli rumah ataupun tanah melalui pinjaman perkara utama sekali bank akan minta dan lihat adalah geran.

Namun untuk kali ini kita akan berbicara tentang status rizab yang terdapat didalam geran yang diguna pakai dalam sistem perundangan hartanah di Malaysia.

Istilah Bumi Lot dan Non Bumi Lot adalah terma yang digunakan didalam bidang hartanah di Malaysia untuk membezakan status rizab sesuatu geran ataupun hakmilik.

Ia diguna pakai untuk menentukan sesuatu hakmilik tersebut diwartakan sama ada untuk golongan kaum bumiputra atau bukan bumiputra.

Bumi Lot vs Non Bumi Lot

Untuk Kepada Siapa Istilah ini digunakan.

Status Bumi Lot adalah hanya untuk penduduk daripada kalangan kaum bumiputra sahaja.

Bumi Lot vs Non Bumi Lot

Ia terdiri daripada kalangan melayu, dan bumiputra sabah dan sarawak

Manakala status non bumi lot boleh dimiliki oleh semua rakyat Malaysia sama ada bumiputra ataupun bukan bumiputra.

Bumi LotNon Bumi Lot
Khas untuk Bumiputra sahajaTerbuka untuk semua
Perbezaan bumi lot dengan non bumi lot

Bagaimana nak tahu status ini di dalam geran.

Didalam geran hakmilik untuk melihat status ini hanya dengan dua cara sahaja.

Jika untuk “lot bumi” atau “rezab melayu” akan terdapat terma ini di dalam geran.

Jika tiada tertulis di dalam geran sama ada “lot untuk bumi” atau “rezab melayu” hakmilik tersebut adalah terbuka untuk semua.

Non Bumi tak boleh beli lot yang berstatus lot bumi

status bumi lot dalam geran

Siapakah pihak yang tentukan status ini.

Pihak yang bertanggungjawab untuk menentukan sama ada sesuatu hakmilik itu untuk lot bumi ataupun non bumi adalah pihak kerajaan negeri menerusi pejabat tanah daerah.

Pemaju perumahan tidak boleh membuat keputusan berkenaan ini walaupun sesuatu projek perumahan tersebut mereka yang yang bina.

Keputusan mutlak adalah hak kerajaan negeri masing masing dan mengikut undang undang tanah negeri.

kuasa pejabat tanah

Cara Jual Rumah Bumi Lot Kepada Non Bumi

Adakah terdapat cara bagaimana jika ingin jual rumah bumi lot kepada non bumi lot.

Apabila sesuatu tanah itu digazetkan dalam status bumi lot maka ia hanya boleh dijual kepada orang berstatus bumi sahaja.

jual kepada non bumi

Jika ingin menjual kepada non bumi maka pemilik rumah bumi lot kena buat penggantian status tanah terlebih dahulu sebelum boleh menjual.

Pemilik perlu gantikan rumah lain yang berstatus non bumi kepada status bumi terlebih dahulu.

Selepas proses penggatan status tanah selesai baru boleh buat penjualan.

Anda kena memohon ke pejabat tanah untuk pohon penukaran status tanah.

Apa yang dinyatakan diatas adalah contoh bagaimana cara boleh menukar status bumi lot kepada non bumi lot.

Sila rujuk dengan pejabat tanah berhampiran anda.

Kesimpulan

Kesimpulannya dalam hal berkaitan status rizab didalam geran, anda sebagai pembeli hendaklah menyemak secara teliti status rizab yang terdapat dalam geran.

Jika tidak tahu boleh buat semakan di pejabat tanah daerah, mereka akan bantu terangkan status sesuatu hakmilik tersebut.

Jadi jika anda ingin membeli rumah ada perlu selidiki terlebih dahulu status yang ada di dalam geran tersebut.

Sama ada ianya bumi lot atau non bumi lot.

Kadang kadang ada orang bumiputra yang nak beli rumah yang berstatus open lot.

Jadi anda kena semak betul betul sebelu membuat sebarang pembelian ke atas mana mana hartanah yang anda berminat.

Bagaimana cara Proses Tukar Nama Rumah Dari Pemaju dan Perbezaan Freehold Dan Leasehold

Beza bumi lot dan non bumi lot.

Bumi lot boleh dimiliki oleh kalangan Bumiputra sahaja manakala Non Bumi Lot boleh dimiliki oleh semua kaum.

Maksud International Lot

Maksud International Lot adalah tanah yang boleh dimilik oleh semua kaum dan mempunyai pegangan hakmilik selama lamanya.

Related Posts