Berapakah anggaran kos guaman beli rumah second hand jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan lawyer hartanah.
Perkara asas yang penting dan wajib ada jika nak beli rumah adalah perkhidmatan lawyer hartanah.
Anggaran Kos Guaman
Anggaran kasar kos guaman untuk beli rumah adalah lingkungan 4% hingga 5% daripada harga belian rumah.
Kiraan peratusan ini adalah kaedah mudah untuk anda buat anggaran berapa nak kena sedia duit bagi khidmat guaman.
Kos guaman bagi pembelian rumah sama ada rumah second hand rumah pertama adalah lebih kurang sama sahaja kadarnya.
Pengiraan adalah dalam bentuk percentage x harga jualan rumah.
Sebagai contoh mudah untuk anda kira berapa kos guaman:
Sebagai contoh jika anda nak beli harga rumah berharga RM 300,000. Jadi pengiraan untuk anggaran kos guaman adalah sekitar 4% – 5%.
Kita ambil paling 5% paling tinggi.
Formula pengiraan yuran guaman:
5% x RM 300,000 = RM 15,000
Ataupun kita ambil 4%
4% x RM 300,000 = RM 12,000
Jadi jika anda nak beli rumah yang berharga RM 300,000 anggaran kos guaman yang anda perlu sediakan adalah sekitar RM 12,000 hingga RM 15,000.
Buat kiraan lebih tinggi sedikit tidak mengapa takut tidak cukup nanti.
Kos guaman ini adalah meliputi kerja kerja peguam hartanah untuk selesaikan proses pembelian rumah pembeli sehinggalah tamat dan selesai dengan melibatkan semua proses sampai boleh tukar nama di dalam geran.
Yuran guaman ini akan dapat kurang lagi kalau anda beli rumah semasa kerajaan promosi kempen HOC iaitu pembeli dapat pengecualian bayaran duti setem.
Kalau beli rumah masa kempen ini memang akan jimat lagi duit anda sebab dah tak perlu bayar duti setem.
Yuran duti setem ini memang terkandung dalam kos guaman dan ia adalah sebahagian daripada kerja kerja yang peguam hartanah perlu lakukan bagi pihak pembeli.
Jadi dengan kaedah ini anda boleh buat anggaran awal berapa kos guaman beli rumah second hand, jadi mudah anda nak prepare duit.
Apa yang penting sekali adalah kos sebenar yang akan di berikan oleh peguam hartanah anda. Itulah harga sebenar kos guaman anda.
Bagaimana Nak Cari Peguam Jual Beli Rumah
Mungkin anda baru first time nak beli rumah dan tak biasa deal lagi dengan peguam hartanah, cara cara di bawah ini mungkin boleh membantu anda.
Tanya kenalan anda.
Jika ada sedara mara atau kawan kawan yang pernah beli rumah tentu mereka ada peguam yang terlibat ,tanya mereka dan dapatkan rekomen daripada mereka.
Tanya pegawai bank. Bank biasanya akan ada senarai lantikan panel peguam dalam sistem mereka. Untuk uruskan kes daripada sesuatu bank, peguam kena daftar dulu dengan bank untuk jadi panel.
Lepas dapat kelulusan lantikan sebagai panel peguam bank, baru boleh lawyer jalankan kerja mereka.
Jika pembeli membeli rumah daripada pemaju, mereka dah ada sediakan peguam mereka sendiri.
Jika dah jumpa yag berkenan terus pergi ke office mereka, kalau anda pergi berjumpa di pejabat mereka lebih mudah nak berurusan dan bertanya.
Jangan bagi hilang benda ni kalau tak Apa Perlu Buat Jika Snp Rumah Hilang?
Kesimpulan
Kos guaman untuk beli rumah baru dan rumah second hand adalah berbeza jumlahnya.
Jadi anda perlu tahu terlebih dahulu rumah jenis apa yang anda ingin beli sama ada nak beli rumah baru atau rumah second supaya anda boleh bajet berapa jumlah kos guaman yang anda perlukan nanti.
Kos yang terlibat dalam pembelian rumah termasuk bayaran peguam, caj pemindahan hak milik, caj perkhidmatan agensi hartanah (jika menggunakan agensi hartanah), serta cukai dan yuran yang berkaitan. Anda juga perlu mengambil kira kos pendaftaran dan caj guaman
Dokumen yang diperlukan untuk proses pembelian rumah termasuk salinan IC, surat perakuan gaji, penyata bank, dan surat perjanjian jual beli. Anda juga mungkin perlu menyediakan dokumen tambahan bergantung kepada keperluan bank dan undang-undang tempatan.