9 Punca Harga Rumah Mahal di Malaysia

harga rumah mahal di malaysia

Kenapa harga rumah mahal di Malaysia dan semakin hari semakin naik tanpa ada sebarang penurunan.

Memiliki sebuah rumah kediaman sendiri adalah impian yang mahu diperolehi oleh hampir semua individu di seluruh dunia ini.

Siapa la yang tak nak ada rumah sendiri kan semasa hidup di dunia ini.

Rumah bukan hanya sekadar tempat untuk tinggal, tetapi ia juga merupakan simbol stabiliti, keamanan, dan pencapaian dalam kehidupan seseorang dari kacamata pandangan manusia.

Tidak kira apa jua rumah yang ingin dimiliki anda semestinya ia mengikut kemampuan kewangan masing masing.

Dalam artikel kali ini kita akan mengkaji beberapa sebab atau punca mengapa harga rumah semakin hari semakin tinggi di negara kita.

Terlalu banyak dan semakin membimbangkan isu isu kenaikan harga rumah yang semakin mahal dan tidak mampu di beli oleh rakyat.

Jadi mari kita lihat apakah antara punca puncanya.

Permintaan Tinggi

Rumah kediaman selalunya mempunyai permintaan yang tinggi daripada pembeli.

Kediaman yang paling tinggi permintaan adalah rumah yang mampu milik yang mana ramai rakyat majoriti berpendapatan sederhana sahaja.

Pertambahan penduduk ke sesuatu kawasan akanmeningkatkan permintaan untuk rumah sama ada dari segi pembelian ataupun sewaan.

Ini menyebabkan pasaran rumah menjadi lebih aktif akibat daripada permintaan yang sentiasa tinggi.

Sebab itu harga rumah baru atau second hand di kawasan kawasan tumpuan sentiasa harganya menaik.

Kos Bahan Binaan Meningkat

Punca utama kenaikan harga rumah adalah berkait rapat dengan kos bahan binaan yang dibeli oleh kontraktor atau pemaju untuk membuat rumah.

Jika kos binaan naik maka secara tak langsung harga rumah juga akan naik.

Ini adalah kerana pemaju telah tetapkan kadar keuntungan yang mereka ingin perolehi.

Kalau kos binaan naik tetapi harga rumah tidak dinaikan maka keuntungan akan menjadi semakin sedikit.

Ternyata kenaikan harga bahan bahan binaan seperti simen, besi, dan kayu boleh menyebabkan kos pembinaan rumah meningkat dengan lajunya.

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan ada peningkatan harga terhadap bahan bahan binaan untuk rumah ini.

Kos kenaikan ini kemudian akan disalurkan kepada pembeli maka ia menjadikan harga rumah lebih mahal setiap tahun.

Perkembangan Bandar

Bandar-bandar besar terus berkembang dengan pembangunan infrastruktur baru seperti jalan raya, pengangkutan awam, dan kemudahan komersial.

Begitu juga dengan bandar bandar kecil juga turut juga membesar dengan segala aspek pembangunan.

Akibat limpahan pembangunan ini, kawasan kawasan yang dulunya kurang membangun kini mula mendapat limpahan kegiatan ekonomi.

Apabila ini berlaku secara tak langsung harga rumah akan meningkat sejajar dengan pembangunan yang berlaku.

Permintaan akan semakin tinggi jika sesuatu kawasan mula pesat membangun.

Spekulasi Hartanah

Beberapa individu dan pelabur membeli hartanah dengan tujuan untuk menjual semula pada harga yang lebih tinggi.

Mereka yang mempunyai banyak duit dan memang kaki melabur memang akan menggunakan teknik ini untuk mengaut keuntungan daripada hasil jualan hartanah milik mereka.

Para spekulator ini membeli rumah pada harga yang murah, kemudian jika harga rumah naik mereka akan segera menjualkannya.

Rumah rumah dikawasan yang berkepadatan tinggi seperti kawasan kilang, kawasan pendidikan dan bandar adalah target utama mereka.

Aktiviti ini memang terbukti telah menaikkan harga rumah dan peningkatan harga hartanah secara spekulatif.

Kadar Faedah Pinjaman Rendah

Kadar faedah pinjaman perumahan yang rendah pada pinjaman perumahan yang di tawarkan oleh bank dapat mendorong lebih ramai orang untuk membeli rumah.

Bila kadar faedah rendah maka bayaran bulanan juga akan rendah bergantung kepada berapa harag rumah yang dibeli.

Bila ramai orang boleh beli rumah maka permintaan semakin tinggi tetapi rumah tak cukup, sebab itu harga semakin meningkat saban tahun.

Pemaju perumahan sentiasa boleh buat untung dengan mudah atas faktor permintaan yang tinggi tetapi penawaran rumah kurang.

Jika projek perumahan yang dilancarkan dengan harga mampu milik pastinya akan sold out dengan cepat.

Polisi Kerajaan

Dasar perumahan kerajaan yang biasanya diumumkan pada setiap tahun dalam belanjawan akan memberikan kesan kepada permintaan rumah.

Polisi polisi baru yang diperkenalkan seperti insentif cukai atau subsidi perumahan, boleh mempengaruhi harga rumah.

Antara contoh polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah seperti:

Semua polisi polisi yang diperkenalkan adalah bagi membantu rakyat memiliki rumah kediaman sekurang kurang sebuah rumah.

Polisi polisi ini telah membantu untuk rumah dapat dijual dan menyebabkan permintaan sentiasa ada.

Kekurangan Stok Rumah

Apabila permintaan terlalu tinggi dan rumah pula habis dijual berlaku pula masalah dalam penawaran iaitu pembinaan rumah rumah baru oleh pemaju.

Sesuatu projek perumahan memerlukan minimum 2 tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

Atas faktor kekurangan ini jugalah menyebabkan rumah yang telah dibina sebolehnya akan dijual pada harga maksimum mengikut jenis rumah tersebut.

Bukan senang nak buat sesuatu projek perumahan jadi kalau boleh untung lagi tinggi pastinya pemaju akan letak harga paling tinggi.

Gaji Meningkat

Peningkatan pendapatan penduduk juga boleh mempengaruhi harga rumah, kerana orang lebih mampu untuk membeli rumah dengan harga yang lebih tinggi.

Dulu gaji tak mampu nak beli rumah, lepas gaji naik barulah dapat merasa nak beli rumah.

Tapi itulah, dah gaji naik semua harga akan naik juga termasuklah harga rumah.

Lebih lebih lagi jika kenaikan gaji ini adalah polisi oleh kerajaan dan di laksanakan seluruh negara pastinya memberi kesan kepada kenaikan harga rumah.

Pemaju Nak Untung

Pastinya setiap perniagaan mahukan keuntungan termasuklah bagi pemaju perumahan.

Sebenarnya pemaju dah setkan berapa margin keuntungan yang mereka perolehi daripada setiap projek yang dijalankan.

Jadi masalahnya sekarang jika bahan binaan naik, fee perunding pun naik maka pemaju tak boleh nak buat apa sebab kalau dah semua naik maka untuk mereka akan semakin berkurangan.

Bukan nya tak untung tapi untung semakin susut. Jadi disitu adalah kerugian.

Sebagai contoh jika mereka untung 50% untuk setiap unit yang dijual dan mereka memang target margin macam tu, kenapa mereka perlu untung 30% sahaja.

Jadi disini puncanya pemaju takkan turunkan margin keuntungan mereka.

Kalau kos pembinaan naik mereka akan serap didalam harga jualan rumah mereka.

Jadi benda ni akan berterusan dan harga rumah tetap akan naik berkadar dengan kenaikan harga bahan binaan dan faktor faktor lain.

Penutup

Walaupun rumah adalah satu keperluan asas kepada rakyat mahal mana sekali pon rakyat terpaksa terima.

Jika rakyat tak mampu beli rumah maka mereka akan menyewa untuk teruskan kelangsungan hidup mereka.

Faktor faktor yang disenaraikan diatas mendorong kepada kenaikan harga rumah.

Apabila faktor faktor itu bergabung maka harga rumah akan menjadi lebih tinggi dan yang tak mampu beli hanya mampu lihat sahaja.

Itu serba ringkas kenapa harga rumah mahal di Malaysia dikala ini dan tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan jika kenaikan ini berterusan.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk mampu memliki sebuah rumah kediaman.

Baca juga tentang Apakah Kelebihan Jika Membuat Pelaburan Hartanah

Bagaimana permintaan yang tinggi berbanding dengan penawaran menyebabkan harga rumah meningkat?

Apabila terdapat permintaan yang tinggi berbanding dengan penawaran rumah, harga cenderung meningkat kerana penjual dapat menetapkan harga yang lebih tinggi berdasarkan permintaan yang tinggi.

Apakah kenaikan kos bahan binaan dan tenaga memberi kesan kepada harga rumah?

Kenaikan kos bahan binaan seperti keluli, simen, dan kayu, serta kenaikan kos tenaga seperti elektrik dan gas, akan menyebabkan kos pembinaan rumah meningkat, yang pada gilirannya akan menyebabkan peningkatan harga jual rumah.

Related Posts