maksud full loan rumah

Jika anda pertama kali ingin beli hartanah anda tentu nak tahu apakah maksud full loan rumah jika anda ingin buat pinjaman bank.

Jika anda ingin membeli rumah sudah tentunya anda akan buat loan melalui bank.

Pekerja swasta tiada pilihan lain jika nak beli rumah hanya boleh buat loan dengan bank berbanding dengan penjawat awam mereka boleh beli rumah dengan pinjaman perumahan melalui LPPSA yang di sediakan oleh kerajaan.

Kebanyakkan orang akan buat loan rumah sebab mana nak cari duit ratus ribu nak beli rumah cash kecualilah anda orang kaya.

Namun ada juga orang yang banyak duit membeli rumah tanpa menggunakan loan, mereka bayar secara cash.

Maksud full loan rumah adalah anda membeli sesebuah rumah dengan jumlah pinjaman penuh mengikut harga rumah yang telah ditetapkan penjual tanpa anda perlu sediakan deposit rumah.

Loan Rumah 100 Peratus

Untuk lebih mudah ataupun dalam ertikata yang lain ia disebut sebagai 100% loan, loan penuh, pinjaman penuh.

Sebagai contohnya jika anda beli rumah yang dijual dengan harga RM 300,000.

Kemudian anda masuk loan bank dengan harga RM 300,000. Kalau anda dapat lulus full loan maka jumlah pinjaman anda adalah RM 300,000

Kebiasaannya kalau nak buat loan bank ini, bank akan bagi 90% sahaja daripada harga rumah untuk buat loan.

Jadi anda kena sediakan jumlah deposit sebanyak 10% daripada harga rumah iaitu RM 30,000.

Mari kita lihat pengiraan mudah bagaimana beza full loan rumah dengan 90% loan rumah

Katakan harga rumah RM 300,000.

Bank luluskan full loan 100% maka pembeli dapat buat loan dengan jumlah RM 300,000.

Bank luluskan 90% loan daripada harga rumah maka pembeli dapat buat loan dengan jumlah RM 270,000 sahaja disamping kena sediakan 10% deposit berjumlah RM 30,000 untuk dibayar kepada penjual.

10%XRM 300,000=RM 30,000 JUMLAH DEPOSIT

Untuk mendapatkan full loan rumah ini, ianya sangat sangat bergantung kepada kelayakan yang dikira oleh bank berdasarkan berapa jumlah gaji anda dan juga berapa harga rumah yang di beli.

100% loan hanya boleh dapat jika anda baru kali pertama membeli rumah, kalau rumah kedua tak dapat kelebihan ini.

Anda boleh dapat pinjaman penuh ini melalui Skim Rumah Pertama.

Boleh bertanya dengan bank bank yang terlibat tentang skim ini di cawangan terdekat dengan anda.

Boleh baca di sini Cara Beli Rumah Pertamaku

Anda juga boleh semak maklumat tentang skim ini di website skim rumah pertamaku srp.com

Ramai sekarang yang tidak ada simpanan tunai untuk bayar deposit beli rumah jadi dengan adanya pakej full loan ini maka ianya sangat sangat membantu ramai orang diluar sana untuk mereka mendapatkan rumah.

Baca lagi tentang Proses Selepas Loan Rumah Lulus

Related Posts