Bagaimanakah untuk tahu apakah perbezaan antara nombor plot dengan nombor rumah yang anda beli ketika rumah masih dalam pembinaan.
Bila anda pertama kali ingin membeli rumah anda pasti akan terjumpa dengan istilah ini lebih lebih lagi jika anda beli rumah baru daripada pemaju yang masih dalam pembinaan.
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan nombor plot?
Nombor plot ialah nombor lot untuk menunjukkan tapak sesebuah rumah yg ingin dibeli.
Nombor plot dalam pelan cadangan tapak adalah yang disubmit oleh arkitek semasa membuat permohonan kebenaran merancang kepada pihak berkuasa tempatan.
Nombor plot adalah nombor sementara sahaja yang digunakan oleh pemaju sebelum mendapat sijil ccc.

Nombor plot adalah tak sama dengan nombor alamat rumah.
Nombor rumah adalah nombor yang akan digunakan dalam alamat rumah nanti.
Siapa yang tentukan nombor rumah.
Nombor rumah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan.
Selepas ccc telah diluluskan oleh PBT, mereka akan berikan nombor rumah serta alamat yang akan digunakan oleh sesebuah projek perumahan.
PLOT 1 | PLOT 2 | PLOT 3 | PLOT 4 |
JALAN | UTAMA | ||
PLOT 8 | PLOT 7 | PLOT 6 | PLOT 5 |
Pernah menjadi isu apabila semasa pembeli membeli rumah, dia pilih nombor lot rumah berdasarkan nombor yang dia suka.
Dia menyangka bahawa nombor tersebut adalah nombor yang akan digunakan dalam alamat rumahnya nanti.
Namun apabila pemaju hantar notis ambil kunci rumah dia bertanya kenapa nombor rumah dia tak sama macam semasa dia beli dulu.
Jadi disini timbul isu tidak puas hati juga daripada pembeli namun pemaju tak boleh buat apa apa sebab keputusan adalah di atas kuasa majlis daerah tempatan.
Jadi rumah dah beli terpaksa juga lah terima walaupun tak dapat nombor yang dikehendaki.
Sebenarnya ramai yang tak tahu perkara ini sehinggalah timbul isu isu semacam ini.
Bila timbul masalah macam ni barulah tahu bahawa nombor plot adalah tidak semestinya sama dengan nombor rumah pada alamat nanti.
Perkara ini berlaku pada rumah yang dalam pembinaan sahaja kalau rumah dah siap tidak timbul isu ini.
Jadi jika anda bekerja dengan pemaju dan berjumpa pelanggan yang pentingkan hal hal nombor ini maka perlu diterangkan lebih awal supaya tidak timbul masalah pada masa hadapan.
Namun boleh jadi juga nombor rumah akan sama dengan nombor plot.
Perkara ini sukar nak ditentukan sebab pihak berkuasa tempatan yang akan buat keputusan.
Jadi kita boleh dapat sedikit info awal tentang hal ini. Jika anda rajin anda boleh terus bertanya dengan pihak berkuasa tempatan di daerah anda.
Jadi jika anda memang jenis minat nombor dan nombor adalah penting bagi anda, maka anda kena semak betul betul dengan pihak yang terlibat sebelum anda membuat sebarang pembelian rumah.
Lihat di sini Percuma Jadual Anggaran Bayaran Bulanan Rumah