Fungsi kalkulator kira ansuran bulanan rumah ini adalah bertujuan untuk membantu anda yang ingin membeli rumah untuk mengetahui jumlah harga rumah yang anda boleh beli dan juga berapa anggaran bayaran bulanan yang anda perlu bayar.
Ia begitu mudah digunakan untuk menganggarkan pembayaran bulanan anda, harga rumah, interest dan juga berapa tahun tempoh loan rumah yang anda ingin lakukan.
Tujuan Kira Anggaran Bayaran Bulanan Rumah
Dengan membuat pengiraan awal akan membantu anda untuk langkah seterusnya untuk membuat pembelian rumah yang sesuai dengan lebih mudah.
Adalah sangat sangat penting bagi anda yang ingin membeli rumah supaya tahu terlebih dahulu berapa anggaran komitmen bulanan yang anda perlu tanggung nanti supaya anda boleh bajet siap siap berapa anda perlu peruntukkan daripada gaji bulanan anda untuk membuat pembayaran rumah.
Dengan itu anda tidaklah tersalah bajet selepas anda membeli rumah anda boleh menguruskan gaji anda dengan lebih baik sebab anda sudah membuat anggaran awal terlebih dahulu.
Tidak rugi membuat anggaran kasar terlebih dahulu walaupun ia tidak tepat namun ia sangat sangat membantu untuk anda membuat perancangan untuk masa hadapan.
Bagaimana Cara Nak Guna Kalkulator Loan Rumah Ini?
Pada bahagian “Total Amount” masukkan “Harga Rumah”
Pada bahagian “Downpayment” masukkan jumlah deposit yang anda bayar jika anda tidak buat loan 100%. Biasanya deposit adalah 10% daripada harga rumah.
Sebagai contoh jika harga rumah yang anda ingin beli itu adalah RM 300,000 maka jumlah deposit 10% peratus adalah bersamaan dengan RM 30,000.
Pada bahagian “Interest Rate” masukkan rate anggaran yang biasa dikenakan oleh bank.
Boleh letak antara 3% hingga 4%.
Pada bahagian “Amortization Period (years)” masukkan tempoh loan yang anda ingin buat loan rumah.
Tempoh maksimum untuk buat loan adalah sehingga 35 tahun dan had umur maksimum sehingga 70 tahun.
Selepas itu klik butang “Calculate” Kalkulator akan keluarkan “Popup” berapa anggaran bayaran bulanan mengikut nilai yang anda isi tadi.
Calculator Loan Rumah
Kalkulator ini adalah bertujuan hanya untuk mendapatkan anggaran bayaran bulanan rumah yang dibeli.
Kadar keuntungan interest adalah berbeza mengikut bank.
MASUKKAN NILAI DI SETIAP KOTAK KEMUDIAN TEKAN BUTANG “CALCULATE”
Hasil contoh selepas pengiraan dilakukan.
Kalkulator untuk mengira ansuran bulanan rumah anda ini adalah percuma untuk digunakan.
Jadi anda boleh beritahu kawan kawan dan kenalan anda ke website ini ika mereka sedang dalam mencari rumah dan ingin membuat kiraan bayaran bulanan.
Kesimpulan
Adalah satu perkara utama yang penting sebelum beli rumah adalah membuat pengiraan berapa jumlah bayaran bulanan yang perlu di bayar nanti.
Ini bagi memudahkan kita supaya sebelum membuat loan untuk membeli rumah kita sudah bersedia dengan komitmen bayaran yang akan kita hadapi selepas membeli rumah.
Kadar faedah ialah peratusan wang yang anda pinjam dan perlu bayar semula kepada pemberi pinjaman
Gadai janji ialah pinjaman yang membolehkan anda meminjam wang daripada bank atau institusi pinjaman lain untuk membeli hartanah
Jumlah pinjaman adalah bergantung kepada jumlah pendapatan dan juga harga rumah yang ingin dibeli.