Anda baru habis bayar hutang anda namun sekarang rasa nak refinance rumah yang sudah habis bayar tersebut tapi tak tahu cara macam mana.
Bagaimana cara refinance rumah yang boleh dilakukan sama ada untuk rumah yang dah selesai hutang ataupun untuk rumah yang belum habis bayar hutang.
Apa Itu Refinance Rumah?
Refinance rumah adalah bermaksud pembiayaan semula rumah anda dengan membuat hutang yang baru terhadap rumah tersebut.
Bolehkah refinance rumah dengan bank yang sama? Pembiayaan semula rumah ini boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan bank yang sama ataupun menggunakan bank yang lain.
Pengiraan Refinance Rumah
Untuk anda mudah faham bagaimana cara pengiraan refinance rumah secara asas adalah seperti berikut:
Rumah Yang Sudah Habis Bayar
Anda baru sahaja sudah habis bayar rumah anda dan habislah hutang ruah anda dengan bank dan geran juga sudah anda dapat sepenunhya atas nama anda tanpa sebarang cagaran dengan bank.
Namun jika anda berhasrat untuk buat refinance rumah mana lah tahu kan tiba tiba nak pakai duit anda boleh gunakan kaedah refinance ini iaitu dengan membuat loan perumahan baru ke atas rumah yang anda sudah habis bayar tersebut.
Pastikan anda tahu terlebih dahulu sebab apa anda nak buat refinance dan duit cashback yang anda bakal dapat tersebut anda nak gunakan untuk tujuan apa.
Anda juga perlu tahu berapa nilai pasaran semasa rumah anda, berapa tahun loan anda ingin lakukan dan juga berapa kadar interest yang dikenakan atas pinjaman perumahan baru anda.
Sebagai contoh kiraan mudah rumah yang sudah habis habis bayar dan mahu lakukan refinance.
Nilai Semasa Rumah | RM 300,000 |
Jumlah Pembiayaan 90% | RM 270,000 |
Tempoh Pinjaman Baru | 20 tahun |
Bayaran Sebulan (Anggaran) | RM 1850 |
Rumah Yang Belum Habis Bayar
Katakan anda beli rumah yang anda sedang duduk sekarang pada harga RM 200,000 pada tahun 2010.
- Harga Beli RM 200,000
- Tahun Beli 2010
- Kadar Interest 4.1%
- Bulanan xxx
Selepas 10 tahun katakan anda membuat semakan penilaian dengan pihak penilai berdaftar dan mendapati rumah anda pada masa sekarang bernilai RM 350,000
Anda juga menyemak dengan bank dan bank memberi anda tawaran pinjaman perumahan dengan kadar interest yang lebih rendah dengan loan anda sebelum ini.
Jadi di sini anda telah mendapati bahawa harga rumah anda telah naik dan anda juga dapat offer daripada bank dengan interest yang lebih rendah daripada pembiayaan rumah semasa anda.
Gaji anda juga layak untuk membuat pinjaman perumahan baru dengan harga nilai semasa rumah anda.
Cara Dan Proses Refinance Rumah
Proses refinance rumah adalah lebih kurang sama seperti anda memohon untuk membeli rumah dan membuat pinjaman perumahan dengan bank.
Bank akan membuat penilaian harga rumah semasa anda dan menyemak berapa kelayakan loan anda yang boleh lepas berdasarkan gaji semasa anda.
Berapa lama proses refinance rumah? Proses refinance rumah adalah sama seperti anda membuat pinjaman perumahan yang baru yang mana bannk akan memproses permohonan pinjaman anda seperti biasa.
Bergantung kepada proses kelulusan oleh pihak bank, ada bank yang cepat dan ada bank yang mungkin lambat sedikit.
Kelebihan Refinance Rumah
Banyak juga kelebihan yang anda akan dapat jika anda membuat refinance rumah jika rumah anda telah meningkat harga.
1. Anda akan dapat cashback daripada refinance rumah
Apabila anda membuat refinance rumah anda akan dapat sejumlah wang tunai hasil daripada hutang baru rumah anda tolak hutang lama rumah anda.
Sebagai contoh anda buat refinance rumah dengan harga RM 350,000 melalui pinjaman sebanyak 90% (RM 315,000)
Nilai Semasa Rumah | RM 350,000 |
Jumlah Pembiayaan 90% | RM 315,000 |
Tempoh Pinjaman Baru | 30 tahun |
Bayaran Sebulan (Anggaran) | RM 1750 |
Hutang lama rumah anda yang anda telah bayar dan tinggal baki sebanyak RM 120,000
Jumlah hutang baru – jumlah baki hutang lama
RM 315,000 – RM 120,000 = RM 195,000
Jadi dengan anda membuat refinance rumah anda bakal mendapat cashback sebanyak RM 195,000 secara tunai.
Duit ini bukanlah hadiah daripada bank namun ia adalah duit daripada hutang baru yang anda telah buat dengan bank.
2. Bayar hutang hutang yang lain
Dengan duit cashback yang anda telah dapat tadi anda janganlah pula beraya sakan.
Duit yang anda dapat tadi anda langsaikan semua hutang dan komitmen bulanan anda yang sedia ada.
Hapuskan semua hutang hutang yang ada yang anda perlu hadap setiap bulan.
Sebagai contoh hutang hutang:
- Kereta
- Kredit Kad
- Motorsikal
- Penapis Air
- Personal Loan
- Pinjaman pelajaran PTPTN
- Hutang orang kalau ada
Dengan membayar semua senarai hutang hutang di atas anda sudah tidak fikir lagi tiap tiap bulan untuk membayarnya.
3. Anda boleh satukan hutang anda.
Dengan membuat refinance rumah dan mendapat cashback tunai anda boleh satukan hutang hutang anda.
Sebagai contoh apabila anda dah bayar semua hutang hutang anda yang ada setiap bulan seperti senarai di atas, selepas ini anda hanya fokus kepada 1 hutang sahaja iaitu hutang rumah yang baru.
Setiap bulan anda hanya fokus untuk bayar hutang rumah sahaja berbanding sebelum ini anda terpaksa bayar pelbagai hutang dengan banyak transaksi yang perlu dilakukan setiap bulan.
4. Lakukan pelaburan
Duit yang anda masih ada selepas anda selesaikan semua hutang hutang anda, anda boleh lah melakukan pelaburan untuk menjana pendapatan daripada hasil duit tersebut.
Laburlah duit anda didalam pakej pakej pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan dan pastinya patuh shariah.
Selain itu juga anda boleh juga melakukan bisnes sampingan jika anda berminat dengan perniagaan.
Mulakan dengan modal yang minima supaya risiko kerugian yang akan anda tanggung tidak begitu besar.
Apa yang pasti anda janganlah gunakan duit tunai yang anda dapat daripada refinance rumah tersebut untuk perkara perkara yang tidak bermanfaat.
Kalau tidak tahu apa nak buat elok simpan untuk masa penggunaan akan datang.
Keburukan Dan Kekurangan Refinance Rumah
Antara keburukan refinance rumah adalah anda terpaksa membuat hutang baru yang mana anda perlu mula membayar semula hutang rumah seperti anda mula mula beli rumah dahulu.
Sebagai contohnya anda kena mula loan rumah sehingga 30 tahun hingga 35 tahun berikutnya sehingga selesai.
Yang keduanya adalah anda terpaksa membayar hutang bulanan rumah yang lebih tinggi ini adalah kerana anda membuat refinance rumah di atas nilai pasaran semasa bukannya di atas nilai rumah semasa anda beli awal awal dulu.
Dengan adanya kaedah refinance rumah ini sebenarnya ada kebaikan dan kekurangannya yang tersendiri.
Namun jika anda bijak menggunakan kaedah ini ia akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah kewangan anda.
Kesimpulan
Refinance rumah adalah proses menggantikan pinjaman sedia ada dengan pinjaman baru, biasanya dengan syarat yang lebih baik seperti kadar faedah yang lebih rendah atau tempoh bayaran yang lebih panjang.
Ia boleh membantu pemilik rumah mengurangkan jumlah bayaran bulanan atau membayar hutang dengan kadar faedah yang lebih rendah, menjimatkan wang dalam jangka panjang.
Walau bagaimanapun, pemilik rumah perlu mempertimbangkan kos dan faedah yang terlibat sebelum membuat keputusan untuk melakukan refinans.
Dokumen untuk dokumen yang perlu disediakan adalah hampir sama seperti anda ingin membuat permohonan loan membeli rumah
Syarat utama untuk buat refinance rumah adalah nilai rumah semasa mestilah lebih tinggi daripada jumlah baki loan rumah semasa dan satu lagi yang penting adalah mesti layak untuk membuat loan dengan bank.