cara bayar loan rumah guna maybank2u

Bagaimanakah kaedah ataupun cara bayar loan rumah guna Maybank2u yang boleh dibuat secara online sahaja.

Apabila anda membeli rumah pastinya setiap bulan kena membuat bayaran kepada bank tanpa ketinggalan satu bulan pun.

Biasanya bila beli rumah berapa bulan dan tahun tempoh bayaran balik yang ditetapkan oleh bank.

Kita lihat contoh jika pembeli rumah membuat loan 40 tahun, 35 tahun dan 30 tahun berapa bulan kena bayar kepada bank sehingga selesai pinjaman perumahan tersebut.

TEMPOH LOAN (TAHUN)TEMPOH LOAN (BULAN)
40480 BULAN
35420 BULAN
30360 BULAN
Tempoh bayaran balik loan rumah mengikut kiraan bulan

Jika kita lihat jadual diatas maka berapa kalikah pembeli akan ke bank untuk membuat bayaran loan rumah.

Ada yang buat auto debit untuk bayar pinjaman rumah mereka, maksudnya setiap bulan bank akan tolah secara auto daripada akaun bank pembeli sebagai bayaran balik pinjaman perumahan.

Bagi yang buat manual memang terpaksa buat bayaran setiap bulan apabila sudah sampai tarikh bayaran perlu dilakukan sama ada bayar di ATM mesin ataupun secara online.

Kali ini kita nak lihat bagaimana cara nak buat bayaran rumah secara online melalui maybank2u.

Login ke Maybank2u

Langkah pertama login ke akaun maybank2u anda. Masukkan Username dan Password untuk mula membuat bayaran.

Login ke Maybank2u

Pilih Pay and Transfer

Klik pada bahagian “Pay & Transfer” yang terletak di bahagian atas laman web maybank2u.

pay and transfer maybank2u

Pilih Maybank Maxi Home Loan

Seterusnya pada bahagian Pay to pada section New Payment cari Maybank Maxi Home Loan.

Maybank Maxi Home Loan

Masukkan Jumlah Bayaran dan Nombor Akaun Loan

Popup akan muncul, masukkan Amount bayaran dan Loan Account Number kemudian tekan “Pay”

jumlah bayaran loan rumah maybank

Untuk dapatkan akaun nombor pinjaman perumahan anda, anda boleh klik pada “simbol ?) disebelah perkataan Loan Account Number.

contoh nombor akaun loan rumah maybank

Gambar akan muncul dan akan tunjukkan contoh nombor akaun loan perumahan maybank dan anda boleh semak dalam dokumen perjanjian perumahan loan anda.

Request Tac

request tac maybank

Saya pilih SMS TAC dan teruskan bayaran seperti biasa sehingga selesai.

Cara Cek Duit Dalam Bank Online

Selesaikan Pembayaran

Lepas dah dapat nombor TAC, isikan nombor tersebut kemudian habiskan proses pembayaran seperti biasa sehingga selesai.

Lepas dah habis buat bayaran sila simpan resit bayaran loan rumah anda dan simpan di dalam satu fail di dalam komputer atau phone anda sebagai bukti untuk rujukan.

Pentingnya kena simpan resit pembayaran online ini kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan.

Jika bank bertanya bukti pembayaran sekurang kurangnya kita dah ada bukti simpanan resit bayaran bulanan loan rumah kita. Jadi anda kena hati hati dan bersiap sedia.

Langkah dan step bayaran yang saya kongsikan hanyalah contoh dan panduan sahaja.

Begitulah proses bagaimana cara bayar loan rumah guna maybank2u yang hanya boleh dilakukan melalui phone anda sahaja tak kira di mana anda berada, janji ada line internet.

Baca juga cara nak Refinance Rumah Yang Sudah Habis Bayar dan Kiraan Zakat Pendapatan

Bolehkah bayar loan rumah menggunakan ATM mesin?

Kalau tak nak guna perbankkan online boleh juga buat bayaran di ATM mesin

Related Posts