rumah mampu milik sarawak

Kerajaan negeri ada menyediakan skim rumah mampu milik sarawak untuk rakyatnya yang menetap di situ.

Pelbagai skim rumah mampu milik di sediakan oleh kerajaan Sarawak bagi membantu nasib golongan berpendapatan rendah untuk memilik sebuah rumah.

Rumah rumah yang dibina adalah khusus untuk mereka yang tinggal menetap di sarawak sahaja.

Orang yang tidak menetap di Sarawak maka ia tidak boleh memohon untuk mendapatkan skim perumahan ini.

Semua projek perumahan ini di kawal selia oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan HDC sebuah badan korporat di bawah Kementerian Kesihatan Awam Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.

Badan ini bertanggungjawab membangunkan rumah rumah mampu milik di seluruh negeri Sawarak.

Fungsi HDc ini adalah untuk membangun dan menyediakan tapak dengan infrastruktur perkhidmatan dan kemudahan yang mencukupi untuk pembinaan rumah dan keperluan tempat tinggal.

Dalam erti kata yang lain HDC ini adalah mewakili kerajaan negeri Sarawak untuk mengendalikan semua aspek berkaitan perumahan di dalam negeri Sarawak.

Di bawah ini ada disertakan skim skim projek perumahan yang di tawarkan oleh kerajaan negeri Sarawak untuk pemohon sekalian.

Program Perumahan Rakyat PPR

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) adalah Program Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan diuruskan oleh HDC setelah siap.

Terdapat dua (2) Program di bawah PPR iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

SYARAT PERMOHONAN

Syarat syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Keutamaan bagi penghuni kawasan setinggan (untuk PPR Disewa)
  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak
  • Umur pemohon 18 tahun hingga 65 tahun
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 kebawah
  • Tidak memiliki rumah atau tanah
  • Sudah berkahwin

Rumah Spektra Permata

Skim rumah spektra permata adalah satu lagi skim rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Sarawak.

Ciri ciri rumah skim spektra permata:

  • Berharga antara RM 90,000 hingga RM 160,000
  • Skim penempatan semula kampung dan skim pembesaran kampung
  • Rumah jenis teres setingkat dan bertiang dengan keluasan antara 750 kaki persegi hingga 850 kaki pesegi
  • Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Menggunakan sistem IBS

Syarat memohon:

  • Umur pemohon 18 tahun hingga 65 tahun
  • Tidak memiliki rumah atau tanah
  • Berkahwin/Ibu bapa tunggal
  • Pendapatan isi rumah antara RM 1500 hingga RM 6000
  • Pemegang lot yang diperuntukkan Jabatan Tanah dan Survey

Program Pinjaman Rumah Panjang

Program Pinjaman Rumah Panjang adalah satu program pinjaman yang diberikan dalam bentuk bahan binaan untuk pembinaan atau pengubahsuaian rumah panjang.

Pinjaman yang diberikan adalah sehingga RM 30,000 maksimum

Borang permohonan boleh didapati di laman web HDC https://hdc.sarawak.gov.my/

Tiga skim perumahan ini adalah usaha kerajaan negeri Sarawak untuk memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan rumah dengan harga mampu milik.

Oleh itu jika anda berminat dan layak anda boleh segera memohon.

Related Posts