Semak cukai tanah Kedah dan buat bayaran secara online boleh dilakukan hanya dengan hanya menggunakan portal ibayaq.

Kini untuk buat semakan cukai tanah negeri Kedah para pemilik tanah yang ada tanah di negeri Kedah ini boleh semak dan bayar dengan menggunakan platform ibayaq.

Portal online iBAYAQ dicipta khusus bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi bayaran pelbagai jenis hasil negeri kepada Kerajaan Negeri Kedah.

Hasil hasil kutipan seperti cukai tanah, kutipan bil perumahan, bayaran balik pinjaman pendidikan dan pinjaman usahawan niaga kini semua boleh dibayar secara online menggunakan ibayaq.

Konsep dan proses ini adalah selari dengan matlamat dan inisiatif mendigitalkan pelbagai servis dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah

Daftar Akaun Ibayaq Kedah

Sebelum anda membuat semakan dan membuat pembayaran cukai tanah melalui portal ibayaq, pertama sekali adalah mendaftar sebagai pengguna ibayaq terlebih dahulu.

Membuka akaun baru sebagai pengguna di ibayaq memudahkan anda melakukan carian cukai tanah serta membuat bayaran.

Untukmendaftar ibayaq anda boleh ikuti langkah langkah berikut:

1. Masuk kedalam website ibayaq di https://ibayaq.kedah.gov.my/

daftar ibayaq kedah

2. Kemudian klik pada bahagian Pendaftaran

3. Seterusnya anda perlu isi maklumat maklumat yang diminta untuk mendaftar sebagai pengguna

  • Kategori individu atau syarikat
  • Nama pengguna
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat email
  • Masukkan kata laluan
  • Sahkan kata laluan
  • Masukkan nombor telefon

Kemudian klik pada setuju pada Terma dan Syarat

4. Kemudian klik pada butang Daftar untuk selesaikan mendaftar akaun pengguna ibayaq.

Buat Carian Cukai Tanah

Selain daripada itu juga anda boleh terus buat semakan cukai tanah secara terus di portal ibayaq.

1. Masuk ke portal ibayaq, pada bahagian hadapan pilih Carian Ibayaq

2. Sila masukkan Nombor hakmilik atau Nombor akaun atau Nombor bil kemudian klik butang Carian untuk dapatkan maklumat hartanah anda.

3. Selain daripada cara tersebut anda juga boleh buat carian dengan menggunakan kaedah kedua iaitu melalui Carian Cukai Terperinci

semak cukai tanah kedah

4. Anda perlu pilih maklumat berikut untuk membuat semakan cukait tanah:

  • Pilih Daerah
  • Mukim
  • Jenis Hakmilik
  • Nombor Hakmilik

Kemudian tekan butang Cari.

Detail maklumat terperinci tentang cukai hakmilik tanah yang anda cari akan ditunjukkan.

Lakukan Pembayaran

Untuk melakukan pembayaran cukai tanah yang anda miliki, anda boleh login masuk ke akaun ibayaq anda.

Kemudian buat semakan cukai tanah bagi tanah hakmilik anda seperti biasa, kemudian teruskan buat bayaran secara online sehingga selesai.

Resit bayaran cukai tanah akan diberikan selepas pembayaran selesai dilakukan.

Anda boleh simpan resit bayaran cukai tanah anda untuk rujukan pada masa akan datang.

Pembayaran cukai tanah secara online ini adalah pilihan bagi anda yang mahu membuat bayaran secara online dan tidak mahu ke kaunter pejabat tanah.

Namun pembayaran di kaunter masih boleh dilakukan seperti biasa di setiap pejabat tanah daerah diseluruh negeri Kedah.

Bukan semua pemilik tanah boleh melakukan pembayaran cukai tanah secara online dan masih ramai memilih untuk membayar di kaunter pejabat tanah.

Terpulang kepada pendapat masing masing yang penting anda perlu jelaskan cukai tanah setiap tahun tanpa ketinggalan.

Nak memohon rumah PPRT baca disini Permohonan Bantuan Rumah PPRT Online

Apakah tindakan yang boleh diambil jika pemilik tanah tidak membayar cukai tanah?

Tanah tersebut boleh dirampas mengikut di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara.

Bilakah tempoh masa untuk perlu menjelaskan cukai tanah ini?

Tempoh masa untuk membayar cukai tanah setiap tahun adalah bermula pada 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Setahun sekali sahaja kena bayar cukai tanah.

Related Posts