Semakan cukai tanah Pahang untuk semua pemilik hartanah boleh dilakukan secara online selain daripada dibuat di kaunter.
Selain daripada nak semak cukai tanah, pembayaran cukai tanah di negeri Pahang juga boleh juga dilakkukan secara online.
Pihak Pengarah Tanah dan Galian Pahang telah menyediakan satu platform atau sistem untuk memudahkan urusan pelanggan mereka untuk menyemak dan membuat bayaran cukai tanah.
Kini pembayaran cukai tanah hanya boleh dilakukan dihujung jari sahaja melalui smartphone atau laptop.
Masuk Ke Website PTG.Pahang
Bagi anda yang memilik hartanah di negeri Pahang anda boleh buat semakan dan bayaran tidak kira dimana lokasi anda berada.
Mungkin dulu anda kena beratur dan terpaksa ke kaunter pejabat tanah untuk mebayar cukai tanah.
Namun sekarang anda boleh buat terus didalam talian sahaja.
Untuk menyemak cukai tanah anda boleh ikuti langkah berikut:
1. Layari website utama pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang di ptgpahang
2. Kemudian pada bahagian Perkhidmatan klik pada bahagian Bayaran Cukai Atas Talian
3. Kemudian sistem akan paparkan tentang Terma dan Syarat sebelum anda Membayar Cukai Tanah.
4. Anda baca semua terma dan syarat syarat yang telah ditetapkan kemudian tandakan pada kotak “Saya bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan diatas”
5. Kemudian klik pada butang Setuju
6. Seterusnya anda boleh lakukan Semakan Maklumat Cukai Tanah
7. Masukkan Nombor hakmilik hartanah anda kemudian klik pada butang Semak Cukai, maklumat hasil carian akan ditunjukkan.
8. Ataupun anda boleh buat cara semakan kedua iaitu:
- Pilih daerah hartanah anda
- Pilih mukim
- Jenis hakmilik
- Nombor hakmilik/Nombor Geran
kemudian klik pada butang Semak Cukai. Maklumat hasil carian hartanah akan dipaparkan.
Anda boleh print dan download maklumat carian cukai tanah tersebut.
Buat Pembayaran Cukai Tanah
Selepas anda dah buat semakan cukai tanah hartanah anda, seterusnya adalah proses untuk membuat bayaran kepada pihak pejabat tanah negeri Pahang.
Untuk membuat bayaran, di bahagian bawah hasil carian maklumat cukai hartanah tadi akan terdapat butang Bayar untuk anda meneruskan proses pembayaran.
1. Klik pada butang Bayar tersebut
2. Kemudian klik pada butang Klik Untuk Membayar
3. Satu paparan bayaran melalui FPX akan ditunjukkan
4. Klik pada bank pilihan anda untuk membuat bayaran
5. Anda boleh masukkan email anda jika mahu terima status pembayaran ke email anda.
6. Kemudian klik pada Agree And Continue
7. Teruskan proses pembayaran online banking dengan login ke akaun bank anda masukkan Username dan Password akaun bank anda.
8. Selesaikan bayaran sehingga selesai.
9. Selepas dah selesai proses pembayaran resit pembayaran cukai tanah akan dihasilkan. Anda boleh download dan simpan resit pembayaran tersebut.
Tempoh untuk kemaskini proses pembayaran adalah selama 3 hari bekerja (Jika tiada apa apa masalah berkaitan sistem teknikal).
Begitulah caranya bagaimana anda boleh lakukan semakan cukai tanah untuk hakmilik tanah di negeri Pahang dan seterusnya membuat bayaran dalam talian.
Baca juga info ini jika anda ada tanah di negeri Sembilan Semakan Cukai Tanah Negeri Sembilan
Had maksima pembayaran melalui FPX adalah tidak melebihi RM30,000.00 bagi satu transaksi.
Cukai tanah perlu dibayar sebelum 31 Mei setiap tahun. Denda lewat bayar akan dikenakan mulai 1 Jun setiap tahun.