Semakan cukai tanah Kuala Lumpur boleh dilakukan sama ada di kaunter pejabat tanah ataupun boleh dibuat secara online.
Pada masa ini kalau nak semak cukai tanah kita boleh lakukan secara online sahaja melalui sistem yang di sediakan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pemilik yang memilik hartanah di Kuala Lumpur boleh menyemak cukai tanah anda melalui sistem E-Bayaran yang di perkenalkan oleh pejabat tanah Wilayah Persekutuan.
Oleh itu anda bila bila masa sahaja boleh melakukan semakan cukai tanah diatas hartanah yang dimiliki oleh anda seterusnya membuat bayaran secara dalam talian.
Pergi Ke Laman Ebayaran PTG WP
Untuk membuat semakan cukai tanah di Kuala Lumpur anda boleh ikuti langkah langkah berikut.
1. Masuk kedalam website rasmi pejabat tanah Wilayah Persekutuan di https://www.ptgwp.gov.my/
2. Kemudian pilih pada bahagian eBayaran PPTG WP
3. Anda akan dibawa masuk kebahagian Ebayaran, kemudian pilih pada bendera Kuala Lumpur dan juga Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
4. Seterusnya anda akan dibawa kepada pada bahagian untuk membuat Carian Cukai Tanah.
5. Pada bahagian ini pengguna diberi pilihan untuk membuat carian mengikut kaedah carian yang diberikan dalam sistem.
6. Pengguna boleh membuat carian bil cukai dengan menggunakan:
- Nombor akaun pengguna
- ID hakmilik tanah
- ID hakmilik strata
- Nombor Lot atau PT
Selepas dah selesai pilih semua maklumat yang diperlukan anda boleh tekan pada buatang Cari.
7. Sistem E-bayaran akan tunjukkan detail maklumat yang ada pada hartanah anda.
Buat Bayaran Cukai Tanah
Bayaran cukai tanah Kuala Lumpur boleh dibayar dengan pelbagai cara yang disediakan oleh pejabat tanah.
Anda boleh pilih cara mana yang sesuai dan mudah untuk anda gunakan.
Portal Bayaran | Kaedah Bayaran | |
1 | E-Bayaran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 1. Financial Process Exchange (FPX) 2. Pembayaran melalui kad debit atau kad kredit |
2 | Perbankan Internet (Portal Bank) | Debit (akaun simpanan/semasa) 1. MayBank2u (M2U) 2. CimbClicks 3. RHB |
3 | Portal Pos Online | 1. Debit akaun simpanan atau semasa 2. Kad kredit |
4 | Jompay | Biller Code: 12195 Ref 1: No Akaun Cukai Tanah / Petak Ref 2: No Telefon |
5 | Kaunter Bahagian Hasil PPTG WPKL | 1. Tunai/Cash 2. Wang Pos / Poster Order 3. Kiriman Wang / Money Order 4. Bank Draft / Banker’s Cheque |
Daftar Portal Awam E-Tanah PPTG WP
Untuk lebih memudahkan anda bagi menjalankan urusan semakan dan bayaran cukai tanah anda digalakkan mendaftar akaun sebagai pengguna di Portal Awam E-Tanah PPTG WP.
Dengan adanya akaun awam e tanah ini segala proses carian dan pembayaran lebih mudah dilakukan dan diuruskan dengan lebih baik.
Untuk mendaftar:
1. Klik pada bahagian Portal Awam E-Tanah PPTG WP
2. Kemudian klik pada bahagian Daftar Pengguna
3. Isikan semua maklumat yang diminta kemudian klik pada bahagian Daftar
4. Dengan adanya akaun Portal Awam E-Tanah PPTG WP pengguna boleh:
- Buat semakan dan carian cukai dan maklumat tanah
- Membuat bayaran cukai tanah
- Terima bil cukai tanah dalam sistem E billing. Bil cukai akan dihantar terus kedalam akaun E-Tanah anda selepas E-Billing diaktifkan. Pendaftaran E-Billing boleh dilakukan didalam akaun E-Tanah anda.
Jadi bagi anda yang mempunyai hartanah di Kuala Lumpur boleh segera lakukan perkara diatas dan boleh terus buat semakan cukai tanah anda dan membuat bayaran.
Untuk info tambahan boleh juga baca tentang cara nak Semak Cukai Tanah Kedah dan juga Semak Cukai Tanah Pulau Pinang
Pengemaskinian maklumat bayaran memerlukan sekurang-kurang 3 hari bekerja.
Biller Code Jompay adalah 12195