semak harga tanah semasa

Bagaimanakah cara nak semak harga tanah semasa terutama sekali jika hartanah anda berstatus pertanian.

Untuk mengetahui harga hartanah pertanian seperti tanah getah, kelapa sawit ataupun padi kaedah yang digunakan adalah sama.

Kaedah penilaian yang digunakan adalah sama sebagaimana cara untuk mengetahui harga rumah.

Penilaian harga tanah atau kaedah penilaian yang digunakan adalah kaedah perbandingan.

Kaedah ini adalah kaedah yang selalu digunakan dalam menentukan harga pasaran semasa sesuatu hartanah.

Untuk mendapatkan nilai harga tanah pertanian semasa tidak lah semudah untuk mendapatkan harga pasaran semasa rumah jika kita ingin melakukan sendiri.

Ini kerana tanah pertanian tidak banyak transaksi penjualan dan pembelian berbanding dengan penjualan rumah.

Kalau kita nak tahu harga anggaran pasaran rumah kita mungkin hanya boleh tengok di website jual beli rumah yang terdapat di Malaysia.

Walaupun bukanlah secara tepat harga yang terdapat di situ namun kita sudah boleh buat agakan berapa kadar harga yang sedang orang jual di dalam pasaran.

Memang ada tanah pertanian yang dijual di dalam website online namun harganya sukar untuk kita tentukan sama ada ianya adalah harga pasaran semasa ataupun tidak.

Kadang kadang owner jual harga yang lebih tinggi dan tidak munasabah daripada harga pasaran semasa.

Jadi bagaimana ingin tahu cara lebih tepat harga pasaran semasa bagi tanah pertanian.

Anda hanya ada 2 cara sahaja untuk tahu secara tepat untuk mendapatkan harga semasa tanah pertanian.

Buat Laporan Penilaian

Cara pertama adalah dengan melakukan penilaian harga tanah secara rasmi.

Lantik penilai hartanah berdaftar untuk menyediakan laporan penilaian hartanah dan bayar kepada mereka.

Kalau anda dah confirm untuk beli tidak masalah untuk beli tidak masalah untuk buat laporan penilaian.

Sebab memang laporan penilaian memang akan kena buat jika anda buat loan bank.

Tapi jika anda baru nak beli ataupun nak jual dan nak tahu harga pasaran semasa yang anda patut tentukan, bagaimanakah ingin dapatkan harga pasaran tersebut.

Jika anda sebagai pemilik hartanah dan ingin menjual hartanah pertanian, perkara yang sebaiknya adalah membuat laporan penilaian.

Namun anda kena bayar kos laporan tersebut, tetapi anda bukti jika ada pembeli bertanya harga pasaran semasa.

penilaian harga tanah

Buat Verbal Dengan Pihak Penilaian

Namun jika anda tidak tidak mahu buat laporan penilaian dan hanya mahu tahu harga pasaran sahaja, anda boleh bertanya kepada penilai hartanah berdaftar.

Proses ini dipanggil sebagai “verbal” yang mana pihak penilai hartanah boleh memberikan harga semasa seperti yang diminta oleh pelanggan tanpa perlu membuat laporan penilaian penuh.

Tetapi cara menilai harga tanah pertanian adalah tidak sama seperti menilai harga rumah.

Ini kerana harga rumah senang untuk ditentukan berbanding dengan harga tanah pertanian.

Untuk pengetahuan, jika anda ingin tahu harga nilaian semasa harga rumah secara verbal dengan penilai hartanah ianya adalah percuma sahaja

Namun jika harga tanah pertanian anda akan dikenakan sedikit bayaran.

Manakala tempohnya juga adalah lebih lama sedikit untuk anda mendapat jawapan.

Ini adalah situasi yang berlaku ketika saya menjadi perunding hartanah sebelum ini.

Apabila ada pelanggan yang ingin meminta untuk menjual tanah pertanian mereka, maka perunding hartanah kena bertanya kepada penilai hartanah berdaftar berapa harga pasaran semasa.

Jadi mahu tidak mahu jika jika tuan tanah ingin tahu harga anggaran semasa yang lebih tepat maka mahu tidak mahu, maka tuan tanah perlu bayar untuk tahu harga pasaran semasa.

Jumlah yang dikenakan adalah berjumlah sebanyak RM 50 sahaja dan sekurang kurang nya dalam tempoh seminggu untuk dapatkan jawapan.

Mungkin harga dan caj akan berubah dari masa ke semasa

Jadi begitulah proses dan kaedahnya jika anda ada tanah berstatus pertanian dan ingin jual

Maka anda boleh ikut proses di atas  bagi mengetahui nilai harga tanah semasa bagi memudahkan proses penjualan tanah anda.

Bagaimana nak semak harga rumah percuma?

Untuk semak harga rumah percuma anda boleh semak online seperti di mudah.my dan juga facebook marketplace

Berapa kos penilaian tanah?

Anda boleh kira berapa anggaran kos penilaian tanah disini melalui Kalkulator Fee Penilaian Hartanah

Related Posts