tugas perunding hartanah

Sebagai pembeli untuk menjual rumah anda ada dua pilihan samaada untuk jual sendiri ataupun menggunakan ejen, namun apakah tugas tugas perunding hartanah berdaftar ini.

Perunding hartanah ialah orang profesional yang pakar dalam penjualan hartanah.

Menjual rumah dengan melantik mereka adalah lebih mudah kerana pembeli tidak perlu bersusah payah untuk melakukan kerja kerja penjualan.

Lebih lebih lagi proses penjualan memerlukan banyak pihak yang terlibat seperti penilai hartanah, pegawai bank, peguam hartanah dan lain lain lagi.

Antara perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah menguruskan perkhidmatan jual atau beli rumah dan juga mendapatkan penyewa rumah untuk pemilik rumah.

Lihat bagaimana Cara Jadi Ejen Hartanah

Antara Tugas Tugas Perunding Hartanah Adalah:

Membuat semakan nilai pasaran harga rumah anda.

Pertama sekali mereka akan membantu anda untuk membuat semakan dengan penilai hartanah berdaftar berapa harga pasaran semasa rumah anda sebelum proses penjualan dilakukan.

Ini adalah penting bagi memastikan rumah anda tidak dijual pada harga bawah pasaran dan juga tidak terlalu tinggi pada nilai pasaran semasa.

Membuat iklan penjualan rumah.

Selepas sudah buat semakan nialai pasaran rumah dan pembeli bersetuju dengan harga tersebut maka proses lantikan perunding hartanah akan dilakukan.

Mereka akan membuat promosi penjualan rumah anda dengan mengiklankan ke sebanyak mungkin medium pemasaran.

Biasanya perunding hartanah akan melakukan iklan di online seperti di website penjualan rumah seperti mudah.my, iproperty, propertyguru, facebookmarketplace dan lain lain lagi.

Selain itu juga mereka mempunyai ramai rakan rakan ejen lain yang turut sama membuat promosi rumah anda dengan serentak.

Ada mereka yang menggunakan pengiklanan yang berbayar dan ada yang hanya buat iklan secara percuma sahaja. Ini bergantung kepada ke atas mereka.

Kos kos pemasaran ini ditangggung sendiri oleh mereka secara sepenuhnya.

Membuat lawatan rumah bersama bakal pembeli.

Jika dah ada pembeli yang berminat dengan rumah anda, mereka akan setkan masa untuk melakukan lawatan (inspection) untuk tengok rumah anda.

Mereka akan membawa bakal pembeli untuk masuk dan melawat rumah anda.

Jika banyak yang berminat maka banyak kalilah mereka akan bawa prospek melawat rumah anda.

Semasa proses ini mereka akan berunding dengan bakal pembeli dan menerangkan semua perkara yang terlibat dalam proses jual beli rumah.

Membuat semakan kelayakan loan dengan bank.

Selepas mengiklankan rumah dan ada prospek yang berminat mereka akan lakukan semakan kelayakan loan dengan pihak bank dan juga menyemak kelayakan loan untuk pinjaman LPPSA.

Sebelum nak bayar booking biasanya mereka akan lakukan proses semak loan dulu sama ada layak atau tidak. Kalau loan lepas baru teruskan bayar booking.

Mencadangkan peguam hartanah.

Mereka juga mempunyai panel peguam hartanah yang anda boleh terus guna perkhidmatan mereka tanpa perlu cari yang lain jika belum ada peguam.

Selepas loan perumahan pembeli dah lulus, proses seterusnya akan diuruskan oleh peguam sehinggalah proses tukar nama selesai dipejabat tanah dan proses serahan kunci rumah boleh dilakukan.

Pembayaran komisen perunding hartanah.

Untuk pengetahuan anda sebagai penjual, anda tidak perlu bayar untuk membuat lantikan perunding hartanah, tiada sebarang kos yang dikenakan.

Penjual rumah hanya perlu bayar komisen sebanyak 3% kepada perunding hartanah apabila pembeli selesai sign perjanjian jual beli S&P.

Komisyen perunding hartanah adalah 3% daripada harga jualan rumah tidak termasuk cukai SST.

Duit komisyen bayaran ini boleh dibayar dengan menggunakan duit pembeli yang buat bayaran deposit semasa sign S&P.

Jadi anda tak perlu sediakan duit tersebut.

Biasanya tempoh lantikan untuk perunding hartanah melakukan kerja kerja jualan adalah selama 6 bulan.

Tempoh ini untuk bagi masa kepada mereka mendapatkan pembeli.

Jadi jika anda berhasrat ingin menjual rumah boleh anda boleh membuat pertimbangan untuk melantik perunding hartanah untuk membuat jualan.

Dengan melantik mereka anda tidak perlu pening kepala untuk uruskan kerja kerja seperti yang diterangkan di atas.

Cuma hanya perlu sediakan bayaran untuk perkhidmatan mereka dan anda boleh lakukan kegiatan seharian macam biasa tanpa gangguan semasa proses jual beli rumah berlaku.

Rugi kalau tak baca ni Ejen Hartanah Kena Baca Kalau Nak Tahu Cara Mendapatkan Listing Hartanah Untuk Dijual.

Apakah maksud perunding hartanah in English?

Maksud perunding hartanah dalam bahasa English adalah Real Estate Negotiator

Bagaimana ingin menjadi perunding hartanah part time?

Jika anda berminat anda boleh terus ke mana mana pejabat ejen hartanah berdaftar dan isi borang untuk menjadi perunding hartanah dan boleh boleh dilakukan secara part time tanpa anda perlu berhenti kerja.

Related Posts