Bagaimanakah cara sewakan rumah jika anda baru berjinak jinak dalam pelaburan hartanah.
Jika anda berhasrat menyewakan rumah anda maka ada beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian supaya rumah anda boleh disewakan dengan jayanya.
Mugkin langkah langkah dibawah dapat membantu anda.
Pilih Kaedah Sewaan
Cara nak sewakan rumah yang anda boleh buat.
Sewakan rumah sebiji terus.
Jika anda nak mudah boleh teruskan sewa rumah terus kepada seorang penyewa sahaja.
Biasanya anda boleh sewakan kepada orang yang bekeluarga sebab mereka mempunyai pekerjaan tetap dan mampu untuk bayar sewa secara berterusan.
Sewakan rumah perbilik
Untuk sewakan rumah perbilik anda ada pilihan sama ada kekalkan bilik sedia ada ataupun anda kena buat renovation untuk tambah bilik.
Jika anda tambah bilik anda maka anda boleh boleh tambah jumlah sewaan anda.
Lagi banyak bilik anda boleh buat lagi banyak pendapatan sewa anda akan perolehi.
Persiapkan Rumah Sewa Anda
Untuk menarik perhatian para penyewa dan memudahkan anda mendapat penyewa, apa yang
anda boleh lakukan antaranya ialah pastikan rumah anda bersedia untuk terima penyewa.
Sediakan kemudahan yang perlu ada dalam rumah seperti katil, almari, televisyen, peti ais, mesin basuh, internet wifi.
Pastikan rumah anda tidak ada sebarang kerosakan, jika ada kerosakan perlu di perbaiki sebelum penyewa datang masuk.
Pasang keperluan seperti grill tingkap dan pintu untuk keselamatan penghuni.
Rumah hendaklah dalam keadaan bersih dan tidak kotor.
First impression adalah amat penting apabila bakal penyewa datang melihat rumah kena pastikan rumah dalam keadaan ok.
Letak Harga Sewa Yang Munasabah
Pastikan rumah yang anda beli bagi tujuan untuk disewakan, bayaran ansuran kepada bank sebolehnya dapat ditampung oleh kutipan daripada sewa rumah.
Seboleh bolehnya begitulah kehendak kita.
Jika bayaran bulanan rumah kepada bank adalah RM 1000 sebulan, maka sebolehnya pendapatan sewaan rumah anda mestilah lebih daripada bayaran bulanan tersebut.
Ini adalah penting supaya anda tidak perlu keluarkan sendiri duit anda untuk membayar instalment bayaran bulanan rumah kepada bank.
Jika bayaran bulanan rumah anda adalah RM 1000 sebulan tetapi sewa bagi rumah anda di kawasan tersebut adalah RM 800 sahaja.
Maka anda terpaksa topup sendiri duit anda sebanyak RM 200 untuk bayar setiap bulan kepada bank.
Ada juga yang rumah tidak dapat disewakan melebihi bayaran bulanan loan, ini bergantung kepada lokasi dan juga permintaan sewa di dalam sesuatu tempat.
Jadi sebelum anda nak beli rumah untuk tujuan sewaan adalah lebih baik anda buat kajian terlebih dahulu.
Berapa anggaran sewa yang sedang dikenakan oleh pemilik rumah didalam sesuatu kawasan tersebut.
Iklankan Rumah Sewa
Jika anda nak iklankan sendiri rumah sewa anda, pertama sekali anda boleh tempeh banner iklan “untuk di sewa” dan diletakkan di hadapan rumah.
Selain itu anda juga boleh iklan juga di tempat lain seperti:
- Group whatsapp penduduk, masjid dan sebagainya.
- Facebook profile, Instagram, twiter
- Facebook group penduduk setempat sekitar kawasan kediaman anda.
- Iklankan di facebook marketplace
- Iklankan secara percuma di website marketplace seperti mudah.my
Jika anda ingin mudah dan tidak mahu buat kerja kerja iklan mencari penyewa.
Maka anda boleh lantik ejen hartanah untuk carikan penyewa bagi pihak anda.
Dengan melantik ejen hartanah berdaftar kerja anda akan lebih mudah.
Dimana kerja kerja pengiklanan dan mencari penyewa akan dilakukan oleh mereka dan kos juga akan di tanggung oleh mereka.
Bayaran untuk ejen hartanah bagi mencari penyewa adalah sebanyak 1 bulan sewaan.
Sebagai contoh jika anda nak sewakan rumah anda sebanyak RM 600 sebulan maka fee untuk ejen hartanah adalah RM 600 jika mereka berjaya mendapatkan penyewa untuk anda.
Mudahkan anda tidak perlu buat apa apa, serahkan semuanya kepada ejen hartanah, anda hanya tunggu penyewa masuk sahaja cuma hanya keluarkan sedikit fee untuk mereka.
Tapis Bakal Penyewa Rumah Anda
Buat tapisan siapa bakal penyewa anda terlebih dahulu sebelum ada bersetuju untuk mereka masuk.
Pastikan mereka ada kerja dan pendapatan serta mampu untuk bayar sewa bulanan anda supaya anda tidak pening kepala setelah mereka masuk.
Jika mereka sudah bekeluarga mungkin mereka lebih berdisiplin untuk menyewa lebih lama dan jaga dengan baik rumah anda.
Lihat kepada permintaan kawasan sekitar lokasi rumah sewa samaada ramai pelajar ataupun ramai orang yang bekerja.
Sediakan Perjanjian Sewaan
Pastikan anda sediakan perjanjian sewaan rumah antara pemilik rumah dengan penyewa rumah.
Ini adalah supaya mereka faham terma terma dan syarat yang anda kenakan pada penyewa.
Sebolehnya ambil deposit rumah daripada penyewa.
Biasanya ada yang kenakan deposit seperti 2+1 ataupun deposit sebulan sewaan dan juga deposit bil api dan bil air.
Pastikan penyewa faham bila tarikh perlu bayar sewa dan bagaimana cara nak bayar sewa setiap bulan.
Matikan setem perjanjian sewaan anda dengan LHDN.
Simpan dokumen perjanjian sewaan anda dengan baik rujukan masa depan.
Begitulah serba sedikit dan secara ringkas bagaimana anda boleh lakukan jika anda ingin sewakan rumah anda.
Langkah langkah di atas adalah asas didalam proses menyewakan rumah yang anda boleh ikuti.
Baca juga tentang info Kerosakan Rumah Sewa Siapa Yang Tanggung [Suatu Pengalaman] dan juga jika nak sediakan surat perjanjian sewa Surat Perjanjian Sewa Rumah
Anda kena laburkan duit untuk sediakan semua kelengkapan dan keperluan untuk hidup di dalam sesebuah rumah seperti katil, tilam, almari, tv, mesin basuh, peti ais dan lain lain lagi. Seperti mana anda ingin mendiami sesuatu rumah seperti itu juga anda kena sediakan kepada penyewa anda.
Kalau anda ada duit lebih boleh lantik peguam untuk sediakan surat perjanjian sewaan rumah, namun jika anda buat sendiri juga boleh, tidak ada masalah.