Semakan Cukai Tanah Negeri Sembilan

Semakan cukai tanah Negeri Sembilan serta pembayarannya boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu pergi ke pejabat tanah.

Bukan sahaja pembelian barang sahaja boleh dibuat secara online malahan nak buat bayaran cukai tanah pun boleh dibuat secara online pada masa ini.

Sistem dan teknologi moden ini membantu kita untuk membuat pembayaran apa apa transaksi dengan lebih mudah dan pantas.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan telah melakukan satu inisiatif yang baru dengan memperkenalkan sistem bayaran cukai tanah dalam talian.

Sistem online bayaran yang diperkenalkan di kenali sebagai e.ptgns yang mana pengguna boleh akses ke website tersebut di https://e.ptgns.ns.gov.my/

Layari Portal E-ptgns

Bagi anda orang negeri sembilan atau anda yang mempunyai hartanah di negeri ini anda boleh melakukan semakan dan buat bayaran cukai tanah dengan serentak melalui portal online e-ptgns ini.

Sistem ini juga boleh dikenali sebagai e cukai tanah negeri sembilan yang dikawal selia oleh pihak pejabat tanah negeri.

Untuk melakukan semakan cukai tanah anda boleh ikuti langkah langkah dibawah.

1. Layari portal online e cukai tanah negeri sembilan di https://e.ptgns.ns.gov.my/

2. Setelah masuk ke situ anda boleh klik pada butang “Bayar” pada bahagian “bayaran cukai atas talian”

semakan cukai tanah negeri sembilan

3. Selepas klik pada bahagian tersebut anda akan dibawa seterusnya kepada bahagian “Pengumuman Penting”

4. Klik pada butang “Setuju dan Teruskan”

5. Sistem akan beri pilihan sama ada anda ingin buat carian melalui:

  • Melalui No. Hakmilik / No. Akaun atau
  • Melalui carian yang lebih terperinci dan khusus dengan melihat kepada kategori
    • Cukai Tanah
    • Cukai Petak/Strata
    • Lot
carian cukai tanah negeri sembilan

6. Jika anda ingin membuat carian cukai tanah melalui nombor hakmilik atau nombor akaun, masukkan nombor hakmilik kedalam petak dan tekan butang cari. Sistem akan paparkan maklumat hakmilik hartanah anda.

7. Jika anda menggunakan carian yang kedua melalui carian yang lebih terperinci, anda boleh masukkan:

  • Cukai tanah
  • Daerah
  • Mukim/Bandar/Pekan
  • Jenis hakmilik
  • Nombor hakmilik

Kemudian tekan butang Cari. Sistem akan paparkan detail maklumat carian hakmilik hartanah anda dan berapa jumlah cukai tanah semasa yang perlu dibayar.

Sistem akan tunjukkan sama ada anda mempunyai tunggakan ataupun mempunyai denda kerana lewat membayar cukai tanah pada masa yang ditetapkan.

Bayar Cukai Tanah Negeri Sembilan Online

Seterusya bila dah selesai buat carian dan semakan cukai tanah tiba masanya untuk anda bayar cukai tanah di negeri sembilan.

1. Pada bahagian maklumat carian yang ditunjukkan tadi pada bahagian bawah klik pada butang Tambah ke Bakul

2. Sistem akan menyatakan bahawa hakmilik telah berjaya di tambah ke bakul untuk bayaran

3. Setelah tambah ke bakul, seterusnya klik pada icon trolley pada bahagian atas.

4. Kemudian klik pada Teruskan Kepada Pembayaran

5. Cara bayaran akan ditunjukkan, masukkan:

  • Pilih akaun bank yang anda ingin gunakan
  • Masukkan nama anda
  • Masukkan alamat email anda

kemudian klik pada butang Bayar, sistem akan bawa kepada online banking anda.

6. Masukkan Usernam dan Password anda

7. Kemudian pilih cara untuk buat pengesahan sama ada melalui:

  • Secure Verification
  • Secure TAC
  • SMS TAC

8. Selepas selesai pembayaran klik pada Return To Merchant Page

9. Klik pada return to FPX

10. Klik pada butang Click Here to Complete Your Transaction

11. Selesai pembayaran dilakukan dan resit pembayaran cukai tanah akan dipaparkan.

12. Anda boleh download dan print resit pembayaran cukai tanah untuk rujukan anda.

Itulah bagaimana langkah langkah bagaimana melakukan semakan cukai tanah negeri sembilan dan seterusnya membuat bayaran.

Baca juga tentang Semakan Cukai Tanah Perak

Adakah semakan cukai tanah boleh dilakukan untuk semua daerah yang ada didalam negeri sembilan?

Ya anda boleh lakukan semakan cukai tanah seluruh negeri sembilan meliputi semua daerah yang ada.

Bagaimana ingin menghubungi PTGNS jika ada sebarang masalah?

Sebarang masalah sila hubungi PTGNS di talian 06 – 7659831 atau e-mail ke [email protected].

Related Posts